Memories of Bali [day 1]

Selamat siang kepada kalian semua. Ada yang menunggukan cherita-cherita beta dari Bali, Indonesia?? Okay, kita mula dari Day 1.

Percutian beta ke Bali bermula dengan perjalanan ke KLIA pada jam 12 tengah hari. Mr.K memandu keretanya dari Kay El dan meletakkan kereta di tempat letak kereta selama 3 hari. Kadar bayaran?? Sila kelik di sini.

ho ho ho.. Merry X-Mas

Sesampainya beta di KLIA, terus beli padlocks, Strepsils Strong, Woods Cough candy (for my sore-throat and cough), dan international adaptors. Langsung kami ke KFC kemudiannya sebab perut dah berkeroncong.

Tunggu Kak Nor datang, kemudian jumpa dengan Kak Tinie masa nak check-in. Flight dijadualkan jam 1520, waktu tempatan.

my boarding pass

menunggu pesawat dengan secangkir hot choc di Harrods

Tempat duduk beta sepatutnya tepi tingkap tapi entah macam mana ada sorang budak perempuan India dah duduk tempat beta. I guess she got confused MAS with Air Asia. Even now Air Asia having seating numbering system. Or maybe, she just got confused between bus and flight??

nampak tak budak kat tepi tingkap yang amek seat beta itu??

Heh, dah la amek seat beta pastu annoying gila sebab conquer tingkap tu kat dia sorang. ITU TEMPAT BETA YANG PUNYA. Malas nak mintak tukar balik sebab Mr.K dah suka ati sangat duduk kat tepi skali. Senang nak tengok cabin crew, katanya. Pemandangan jelas. Ceh!

Makanan so-so aje. Nasi Goreng & Sate tu takleh nak telan sangat sebab beta memang dah rasa tak sedap badan. Badan seram-sejuk nak demam dengan sakit tekak. Tapi gagahhhhhhhhh jugak nak pergi Bali sebab suma dah bayar. Rugilah tak pegi.

Tapi MAS memang kelassssssss. Siap served 3 bijik Forrero Rocher dengan aiskrim Baskin-Robins. Sakit tekak pun, beta blasah. Ada haku kesah???!!!

Flight delayed 20 minit sebab air traffic sesak. Penerbangan mengambil masa 3 jam ke Bali. Touched down kat Ngurah Rai Airport jam 6.30pm, waktu tempatan. Bali dengan Kuala Lumpur takde beza masa. Sama je. Tak payah nak susah payah putar jam.

dalam APV

Travel agent dah sedia menunggu kat airport. Lansung dibawanya ke Jimbaran untuk dinner. Seafood dinner. Meja-meja makan memang disusun kat tepi pantai.

Gekko Tiram nama restorannya

meja-meja yang disusun di tepi pantai..open air

mmmmm..yummaaayyyyy

Sambil makan, dihidangkan dengan nyanyian dan persembahan tarian. Angin Indian Ocean memang kuat sekali, ditambah pulak dengan langit cerah berbintang..jelas kelihatan pesawat-pesawat yang baru sampai dan berlepas.

lagu "Pretty Woman" dinyanyikan

kagum bila tengok budak ni menari..lentik!

Lepas dinner, terus ke Kuta. Nak check-in hotel. Menurutnya Ibu Wirda, the whole strech tempat penginapan kami semua memang happening. Kat mana kitaorang tinggal?? Kat sini haaaa…

Kelik sini untuk Hard Rock Hotel Bali

Kelik sini untuk Hard Rock Hotels

Memang happening gilosss..nak nak pulak Saturday night. Memang padat dengan manusia yang macham-macham warna. Nak masuk ke kawasan Hard Rock Hotel memang seksa sebab jalan jammed.

Bilik dapat upgrade ke Deluxe Room sebab Kak Tinie ada member card Hard Rock. Dapat speacial vouchers itu ini. Banyak sangat, dah tak ingat tapi valid sampai 20th Dec jek. Lepas checked-in, mandi, kemas barang, amek gambor bagai, kemudian terus keluar jalan-jalan.

bilik dinamakan dengan jenis muzik

bilik beta bernomor 2202-Raggae

my room

radio jugak ada

Jalan-jalan malam hari kat sepanjang strech Hard Rock, dengan angin pantainya, dengan neon lampunya. Memang havoc sungguh. Kedai kiri-kanan sepanjang jalan, memang tak habis kalo nak explore.

Kitaorang singgah kat Smart; Salon & Relaxing Spot. Mr.K amek 1 hour body massage, Kak Nor dan beta amek one hour foot massage, Kak Tinie pulak amek manicure and pedicure. Beta lupa harga dia berapa.

Beta kena urut dengan cowok yang ganteng sekali. Halus je kulit tangan dia. Urutan bukan aje kat kaki, tapi bahu, bahagian belakang, termasuk jugak kepala. Sedang sakit kepala yang demam-tak-demam tu, pastu kena plak urutan kepala..layaaannnnnnnn.

Pukul 12 tengah malam, balik hotel. Dah penat. Esok adalah hari yang panjang.

.

End of day one..

.

Izzie speaks:

1 MYR = 2800 IDR

4 thoughts on “Memories of Bali [day 1]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s