surat chenta..the journey [finale]

Hari terakhir kat Taiping, ari Ahad. Orang HR dari Kay El turun ke Taiping sebab nak bagi official letter & tempat ditugaskan kat mana.

Ahad kasik surat & tempat, Isnin dihantar balik ke Kay El, Selasa mula tugas. Lahanat, kan?? Ako dapat kat Head Quaters, Kay El. Ada yang dapat kat Cyberjaya, kat Negeri Sembilan, semua tercampak jauh.

Memang kelam kabut sangat. Mana nak carik umah sewa, mana nak uruskan semua tu dalam masa sehari? Bertolak dari Taiping dah nak menginjak ke tengah hari. Sampai Kay El dah petang lepas Asar.

Nasib baiklah dapat bilik sewa kat Sri Rampai dalam keadaan terdesak tu. Jauh, memanglah jauh dari opis. Dari stesen Wangsa Maju-Kerinchi. Memang tiap-tiap pagi bersesak dengan manusia. Bila lepas stesen KLCC, baru lega sikit. SIKIT je lah. Memang tak pernah dapat tempat duduk pegi-balik keje. Memanjang kene berdiri.

Letih memang toksah cakaplah. Sebab bilik yang ako sewa tu dengan orang berkeluarga. Suami dia takdak sebab kena bertugas kat luar negara -askar. Tinggal bini dia dengan anak laki & anak pompuan kat umah tu. Budak kecik lagik. Sorang dah tadika, sorang belum.

Masalahnya, budak dua orang ni jemuan giler. Memang boleh bikin ako hot tahap melampau. Tak reti orang penat balik keja ke apa, sibuk nak masuk bilik ako apa kes?? Bila nampak ako bukak laptop dalam bilik, sibuk nak maen game. Apa ko ingat ni harta benda ko ke??

Sorry lah. Ako memang kureeeeng sket dengan budak. Kalo budak comey, takpe. Tapi kalo comey tapi perangai mengada-ngada lepas tu tak reti dengar cakap orang memang ako benci. Budak dua orang tu pulak jenis tak dengar cakap mak dia. Lagiiiiiiiiiiii lah ako hangen dengan budak yang macam ni.

Duk skali dengan orang yang dah berkeluarga memang sangat tak best. Sebab rasa kehidupan ko terbatas. Rasa macam tersekat je, nak buat apa-apa yang biasa ko buatpun takleh. Yelah, ako bukan kenalpun family tu..bukan sedara ke apa. Kene plak kadang-kadang tu jaga anak dia yang memang ntah pape punya nakal…hhhhhhhuuuuuuhhhhhhhhhh!!

Balik lambat, penat. Lepas tu ingat nak rehat bila sampai umah, tapi memang tak dapat rehat kalo dah gitu gayanya. Pagi-pagi kena bangun awal sebab nak kene jalan kaki pegi stesen bas pastu amek cab nak pegi stesen Wangsa Maju.

Al-kisahnya, adalah pagi ke-3 ako baru mula keja. Ako tahan la cab nak pegi stesen Wangsa Maju. Toksah la kata ada bas Rapid dari situ. Memang ada, tapi ako tak biasa lagi dengan keadaan sekeliling. Malas nak pikir, ako naik cab je.

Memang nasib ako malang sungguh aritu. Driver taxi tu nak pedajal ako. Dia bawak ako pegi ntah mana-mana je. Ako ni mana nak hafal lagi jalan kat area Wangsa Maju ke, Sri Rampai ke.. Cuma ako perasan, macam jauh semacam je driver tu bawak ako. Nak bagitau gak kat sini, driver tu ca ya nun alif.

Dalam ati dah cuak badak tahap tak hengat. Cuak sebab sure nanti sampai lambat kat opis sebab dah pukul 7.45am masa tu tapi tak sampai kat LRT lagi. Cuak takot apa-apa jadik kat ako. Mana tau kot kene bunuh ke, rogol ke, kene rampuk ke.. Ya Allah, jauhkan!!

Dalam takut tu, timbul berani pulak. Takleh tunjuk takot, kang tak pasal je driver tu lagik berani. Selamber badak je driver tu cakap salah jalan lepas dia dah bawak ako pusing ntah sampai mana dah. Terus ako sound balik, “Eh, you nak main-main ke apa? I nak pegi keje tau! Boleh pulak you cakap salah jalan. Bawak taxi takkan tak tahu jalan?”.

Bodoh giler punya alasan. Tu saja nak ketuk ako lah tu! Takde maknanya, ako bebel sepanjang jalan. “Ni saja nak kasik meter naik lah ni. I biasa bayar 4 rengget je kalo nak pegi LRT”. “I tak tau jalan sini. You tunjuk mana jalan”. Heh, memang ako dah peluh sejuk masa tu. Tapi ako tunjuk gak jalan, ako suh dia masuk satu simpang.

Dah jauh dia masuk simpang yang ako tunjuk tadi tu, stesen LRT tak nampak-nampak gak. Lagi la ako berpeluh.

Ako: Jalan mana yang you bawak I ni??

Driver: You yang tunjuk jalan ni. (Boleh plakkkk nak salahkan ako, kan??)

Ako: You bawak taxi ke, I yang bawak taxi?? Kalo you tak tau jalan, pasai apa bawak taxi? Tengok, meter dah sampai 10 ringget. You saja nak charge I lebih, bawak I pusing-pusing.

Driver: Takpelah. You kasik I 4 ringget ajalah. Tapi mau hantar you sampai tempat you mau pegi.

Ako: Ah..sudahlah!! (Ayat baekkkk punya) You brenti kat sini. I nak turun.

Ako kasik dia 4 hengget je. Lepas tu ako tahan cab lain. Memang ako tak tahu dah tercampak kat daerah mana dah masa tu. Tawakal je dalam hati. Berserah kat Allah mintak dilindungi. Janganlah ako mati dalam keadaan yang tak sempurna..wuwuwuwuw.

Sampai opis, memang lambat la. Dekat pukul 9am. Dah la baru je masuk keje kan?? Nasib baek masa tu opis ako tak ramai orang lagek. Tapi memang tak tunggu lama la..terus carik umah yang dekat dengan tempat keje. Takmo peristiwa kena bawak larik macham tu berulang kembali.

Alhamdulillah, dapat umah sewa (yang ako duduk skang ni la). Tapi terpaksa jadik pelarian dulu la sebab ako patut masuk umah tu awal bulan 12, tapi sebab darurat, kira menumpang la seminggu kat situ.

Owh..kesah umah sewa..lain cerita pulak. Tapi tu suma pengalaman hidup nak carik rezeki. Kalo duduk dengan mak bapak, memang senang. Kepala tak susah nak pikir macam mana nak bayar bil, beli makan, nak urus diri sendiri sebab semua dah cukup lengkap, selesa, bersih, aman & damai.

Dah nama pun hidup merantau carik rezeki kat Kay El ni. Tabahkan je lah hati dengan dugaan & cabaran. Ni suma rencah kehidupan, kan?? Sekurang-kurangnya, dapat dijadikan sebagai pedoman, juga sebagai peringatan kepada diri sendiri.

Okey, sudah abis cerita. Skang mau sambung buat keja. Doakan ako murah rezeki keje kat sini ye..amin. FIN~~

2 thoughts on “surat chenta..the journey [finale]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s