surat chenta..the journey [part 4]

Ggggrrrrrrr…. menggeletar satu badan. Gigi berlaga sama sendiri, atas & bawah. Tiap kali mandi, macam nak bertarung nyawa. Air sejuk macam ais. Dah la shower dia takde rupa macam air hujan ke apa tapi keluar seketul dari batang paip. Belum kira lagi air mandi yang mengalir dari bilik mandi sebelah masuk / lalu kat longkang kecik saluran bilik mandi ako tu..! Kalo air mandi dengan sabun tu kira orait lagi. Ada buih. Kalo air tu warna merah??!! Ya Allah, dugaan!

By tinggal kat tingkat atas. Selalu bertembung kalo nak mandi. Room-mate dia cuba teka sapa?? Hazipah Hasim, budak yang pakai serba merah yang interview skali tu dulu. Keciknya dunia.  Kalo pergi kelas, asik berempat. Juitta, Leann, Yan (Izyanni) & ako. Disebabkan bilik kitaorang sangat best and besar plak tuh, Leann and Yan selalu datang melepak / tido skali. Tapi bila dah lama-lama (takde lah lama mana, dalam 2 ari lepas tu), diaorang hangkut suma barang dan jadik pemastautin tetap kat bilik ako n Juitta.

Tataulah kenapa, sepanjang kursus kat Taiping tu dulu..orang lain macam pandang semacam je kat kitaorang berempat. Yang perempuan terutama skali. Macam diaorang ni menyampah pun ada. Pasal apa eh? Perasaan aje? Ke perasan?

gadis banned - X

Owh.. Kapten adalah jantan terhangat di pasaran masa kat Taiping. Sampai kena gossip dengan Juitta pasai selalu sangat berdua. Kapten ni dulu Penghulu Kursus Induksi tapi sebab jejaka-jejaka sekalian yang tidak puas ati dengan kepemimpinan beliau (termasuklah Abang Bobo & Fido..betul, kan?), Kapten digulingkan dan kuasanya dirampok. Juitta dilantik jadik Bendahari masa pertengahan kursus. Kalo ada aktiviti apa-apa, semua AJK kena stay back untuk discussion. Maka timbullah gossip liar. Jeles sebenarnya, eh??

Tapi memang tak leh blah, sebab pemerintahan Kapten ni dah jadi macam dalam pasukan Askar Wataniah. Hari pertama dia pegang kuasa, terus keluar arahan mandatori, pukul 6 sharp turun kat padang dengan pakaian sukan. Dia suh buat aktiviti ikut kumpulan. Lari keliling kawasan kolej. Alasan?? Persediaan nak daki Bukit Larut sebab khuatir manusia-manusia yang badannya biasa dimanja-manjai akan pancit bila buat pendakian.

gwe berjaya panjat Bukit Larut

penat toksah cakap laaaaaa...

Tak sampai satu round, suku je kot..ramai dah jalan berlenggang. Kapten je yang maintained LARI berpusing-pusingan sambil t-shirt berkolarnya kekal di-tucked-in dalam track bottomnya sehingga getah seluar itu jelas kelihatan. Tiada tanda-tanda perut yang maju ke depan. Flat, six pack abs mungkin. Jelas??? Dapat bayangkan??

Sila tengok gambar je lah sepanjang aktiviti 2 minggu kat sana ye. Cuba teka mana satu Kapten?? Budak-budak yang dah kenal Kapten, disqualified!

sebelum pegi aerobik kat Taman Tasik

sempat aerobik 10 minit je..

sempat aerobik 10 minit jer....

dam ular besor untuk budak-budak besor

berendam kat air terjun walaupun Kapten macham tak kasik mandi pasal tak bawak baju spare..ada ako kesah??!!

mau pigi kanan ka..kiri ka..?

ako tak paham kenapa dekat traffic light pun nak bergambor. owh, Kapten ada bersama-sama

Kapten masih lagi bersama-sama

Kapten selamanyaaaaaaaa...

sampai jugak ke Zoo Taiping

baru lepas dari zoo...ehhhh???

sila pangkah

bukti dah sampai kat Tesco Taiping..ha ha ha

3 thoughts on “surat chenta..the journey [part 4]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s