surat chenta..the journey [part 3]

Lepas interview, dapat sms mengkhabarkan ako berjaya diterima bekerja dalam syarikat. Masih lagi guna sms..hmmpp. 2-3 hari lepas tu, terus ako ke Kay El untuk lapor diri.

Lapor diri bukan sembarangan. Sebab ako kena ke kursus induksi dulu untuk 2 minggu sebelum dapat tau di mana ako akan ditempatkan. Kursus Induksi sepatutnya di Taiping tapi memandangkan ako takmo nanti tercanguk-canguk sorang diri kat Taiping sambil tengok orang lain dah ada kawan-kawan, ako buat keputusan nak datang Kay El dulu.

Seperti biasa, sampai di Kay El dah malam. Mr.K jemput dari Tol Duta langsung ke Cititel Mid Valley. Esok paginya pukul 7am dia akan datang jemput kemudian hantar ke tempat lapor diri kat Jalan Semarak. Ako bawak 1 beg yg penuh dengan barang-barang untuk kegunaan 2 minggu, termasuklah seterika, hanger, segala jadah. Laptop yang ako bawak tu ako tinggalkan kat Mr.K sebab takot nanti kat sana kena curik. Tatau lagi keadaan tempat kat Taiping tu macam mana, so better take precaution.

Sampai kat tempat yang dituju, tiba-tiba jadik sebak sebab kene tinggal dengan Mr.K. Dah la ako sendirian berhad, orang lain mak abah yang hantor. Ako heret beg macam budak-budak AF tu sampai ke dataran. Maintain ayu dengan baju kurung, high heels, handbag & beg besar gedabak. Tunggu kat situ sebab tatau nak gi mana. Masa ni awal lagi, jadik orang kat situ tak ramai sangat. Ako duduk kat tepi tu. Bila dah lama duk kat situ, makin ramai yang datang. Dari jauh dah senyum (tu nak buat kawan lah tu..ako tau!).

Dah kenal-kenal dengan orang sekeliling, rata-rata semua dari area Kay El. Ako je yang jauh tersesat dari Utara. Semua orang pelik, kenapa ako nak turun Kay El dulu sedangkan leh je terus ke Taiping. Inilah namanya strategi..muahahaha. Nak carik kawan dulu, ada paham?? Masa kat dataran ni lah, ako kenal Kak By. Kemudian dari jauh, sorang budak freehair dah senyum-senyum. Lega! Sebab bukan ako sorang tak bertudung. Budak ni comey..muka putih licin, senyuman tak lokek. Chantek! Nama dia? Liyana. Tapi ako panggey, Leann. Cabin bag dia kaler pink terang lagik! I LOIKE!

leann & me

Intake yang nak pergi kursus ni, majoriti budak scholar. Ada jugak budak non-executive yang join skali. Ako jatuh dalam kategori non-scholar tapi executive. Fresh graduate. Innocent & naive..muahahaha.

8.30am, pendaftaran. Masa ni manusia dah makin ramai. Tengah sibuk-sibuk semak nama, nombor bas berapa nak kena naik pegi Taiping -nama ako takde dalam senarai. Takpelah, tunggu kat tepi. Dah terpisah dari Leann & By. Bila semua orang dah naik bas, barulah nama yang takde dalam senarai tu dibahagikan ikut kekosongan yang tinggal. Ako naik bas no.2 daripada 4 buah bas yang disediakan. Sama dengan Leann tapi Leann dah duduk dengan orang lain. Takpelah.

Dalam bas tak banyak sembang dengan budak sebelah. Budak scholar, Law Degree. Sepanjang jalan ako tido je. Tengok-tengok bas dah masuk exit Taiping. Owh, nanti leh pegi Taiping Zoo. Nak eksyen kat Apieq yang dah 2 kali pegi. Hehe..

Sampai kat Kolej Taiping, hati dah dup-dap-dup-dap. Kitaorg bas yang second last sampai. Kena hangkut beg-beg sekalian masuk dewan. Tau ajelah, beg suma besar-besar and berat-berat. Kena turunkan dari bas, lepas tu angkat pulak sebab tangga nak ke dewan tu tinggi. Mana-mana jejaka yang kesian tengok anak dara terkial-kial angkat beg gedabak, meringankan tulang mereka yang gagah perkasa. Skali hangkat, mak engkau! Berat macam batu! Mesti sumpah seranah dalam hati menyesal tolong.

Masuk dalam dewan, sesi senyum-senyum lagi. Leann kenalkan member dia yang duk skali dalam bas. “Nama dia Izyanni. Nama awak Izyana. Nak dekat sama.” Senyum. Toleh belah kiri kat kawasan jejaka-jejaka sekalian, ternampak Kapten yang interview skali aritu. Ntah macam mana, terjumpa pulak Juitta. Jodoh. Kitaorangpun decided nak share bilik sebab satu bilik hostel kena tinggal 2 orang.

izyanni & izyana

Nak dijadikan cherita, bilik yang Juitta and ako dapat tu, tingkat 21. Tapi kecik yang amat. Bilik tu sebenarnya untuk single je tapi sebab dah terlalu ramai, diletakkan katil lagi satu. Almari & meja memang sedia ada tapi ada satu je. Itu takpe lagi. Yang tak boleh tahan, bilik kitaorang tu bau jamban!! Sebab pipe jamban yang di tingkat atas tu memang cun sungguh bertenggek kat atas siling bilik kitaorang. Sadis!

Pergilah kitaorang ni ke pejabat nak mintak tukar bilik. Tapi orang pejabat kata takde bilik kosong. Pasrah. So kitaorang balik semula ke bilik dengan perasaan kecewa. Barang-barang dalam beg semua dikeluarkan kemudian dikemas, disusun elok-elok dalam almari. Almari tu kena share, sebelah ako amek, sebelah lagi Juitta amek.

juitta & me

Memang dah rezeki kami, orang pejabat telefon lepas kitaorang dah siap berkemas. Katanya ada bilik kosong. Tak tunggu lama, terus kitaorang turun semula ke pejabat, amek kunci bilik baru & pulangkan kunci bilik busuk bau jamban tu. Segala jadah dalam almari yang dah susun chantek tu ako campak je dalam beg. Hangkut plak ke tingkat 3, bilik baru! Harapnya, takde bau jamban. Itu sudah mencukupi.

Bila masuk bilik baru, syukur sangat! Sebab bilik tu untuk VIP. Ada Air-cond, kipas pun ada, lantai semua bukan simen tapi tiles. Air-cond tu tak kisah sangat sebab Juitta & ako tak tahan sejuk, kipas je pun dah cukup. Lagi pulak, Taiping sangat sejuk dowwhhhh..! Katil duvet ada 2, satu lagi kat lantai diletak tilam yang bercadar. Almari ada satu tapi besar, ada 2 meja, ada penyakut untuk letak sejadah / towel tapi plug ada satu! Shower room ada kat sebelah bilik ako je, so sangat senang. Cuma bilik termenung kat tingkat 5, kena berlari kalo nak melabur. Haishhh..!

Syukur sangat. Pahit akan manis akhirnya, kan??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s