jauh perjalanan..sakit bontot

Heh! Entry yang backdated lagik! Apa-apalah Labu..janji ai bahagia. Raya Haji dah lepas. Ayuh kita bercerita pasal raya yang baru lepas. WARNING: TIADA GAMBAR SEKADAR HIASAN DALAM INI CHERITA.

25hb November 2009

Bas dari Kay El pukul 8pm. Jalan lancar, takde jam or sesak kat mana-mana. Cuma sesak dengan budak mana datang ntah. Macam student je yang baru nak datang melancong kat Penang. They were in group, so paham-paham je lah..bila dah ramai tu, gediknye terlebey sudey.

Dah la pompuan, cakap plak ngada-ngada, suara bukan main kuat lagi, macam saja je nak kasik satu bas dengar. Hoih, meluat ai. Bernanah telinga. Nasib baik sampai kat Penang dengan selamat, tiada pertumpahan darah berlaku di dalam bas.

.

26hb November 2009

Plan nak balik Perlis terbantut. Jadi haruslah makan-makan kat umah dulu. Dah namanya Alang ada kat umah, order je nak makan apa. Duk kat umah sangat heaven, makan sampai buntang.

Oh..budak yang baru masuk Jawi itu sangat manja mengada-ngada. Ai jeles suma orang pun layan dia. Tapi ai tetap sayang budak busuk itu.

.

27hb November 2009

Ingatkan nak tunggu selesai korban baru nak balik kampung. Rupanya orang masjid nak mula sembelih lepas solat Jumaat. We decided to go back to kampung and did not wait for the qurban.

Sampai kat umah Tok (my paternal Grandmother’s place) kat Beseri, terus disua dengan ketupat daun palas dengan kari daging. Perut tengah lapor, memang belasah je. Lepas tu baru menggagau carik nasik. Ada sup tulang Gearbox!! Mantooooppppp!! Ada air asam yang pedas nak mampos! Leleh ai. Tok memang best!

Lepas Maghrib, sesi kerahan tenaga. Siap-siap untuk kenduri doa selamat untuk esoknya. Doa selamat ni Mak yang nak buat untuk budak yang baru masuk Jawi tu, sama dengan Alang & ai yang dah selamat habiskan studies and skang dah bekerja. Tok  buat lauk kampung je..

Nasi Putih

Kurma Daging

Sup Tulang

Nangka Masak Lemak

Asam Pedas Keladi

Ikan Masin Goreng

Sambal belacan

Ulam-ulaman

Jemputan untuk 100-150 orang. Malam tu memang tak tidoq la. Kene siang nangka 8 bijik, keladi, kukur nyior. Nasib baik barang-barang tu senang nak carik walaupun bagitau nak buat kenduri ni hari sebelumnya. Kayu api pun dah siap potong. Kayu api bukan sembarangan -kayu getah! Memang best buat kenduri kat kampung. Satu kampung datang tolong walaupun kenduri doa selamat je.

.

28 November 2009

Dari awal pagi lagi geng-geng tukang masak dah mula potong bawang. Dah mula masak. Alang & ai lah pakai paling selekeh sedangkan orang lain suma pakai lawa-lawa. Buat apa nak pakai chantek-chantek kalo nak kena basuh pinggan mangkuk, kan??

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Makanan cukup and memang masakan kampung memang lain. Cuma penat yang sangat amat sebab kerahan tenaga. Siap kena cuci periuk belanga yang besar, kawah, besen-besen.

Tapi yang paling best skali kalo balik Beseri, minum kopi cap Bola Sepak. Kopi ni memang kaw abis. Ai minum tak gastrik, siap boleh tido lagi dengan nyenyak.

Malam tu, lepas selesai suma, terus balik Penang sebab esoknya dah nak kena balik Kay El.

.

29 November 2009

Bas dari Sungai Nibong pukul 4pm. Perjalanan yang makan masa 4 to 4 jam setengah jadi berkali-kali ganda sebab jam giler babi dari Penang sampai ke Kay El.

Tau pukul baper ai sampai Kay El?? 12.45am.

One thought on “jauh perjalanan..sakit bontot

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s