surat chenta..the journey [part 2]

Bermulalah cherita; kisah seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batukkkk…. Dari awal dipanggil interview, sampailah dapat panggilan untuk jawatan, memang kartun habis.

Pasai apa ako kata kartun??? Pasal ako kena panggil untuk interview sehari sebelum tarikh interview. Tu pun panggil melalui sms, kul 12.30 pm. Interview ako plak keesokan hari, kul 2pm kat Kay El. Menggelupur carik tiket dari Penang on the spot. Nasib baik rezeki ako ada, dapat bas Konsortium kul 5.30pm dari Sungai Nibong. Memang tak pernah dibuat orang panggey interview macam ni punya ropa.

Sampai kat Kay El dalam kul 11pm. Mr.K dah tunggu kat Tol Duta. Memandangkan ako takdak sedara kat Kay El, maka tidurlah ako kat Cititel Mid Valley. Tido tak nyenyak dowh, sebab satu apapun tak prepared lagik. Memang buta-buta je ako kena tembak nanti.

Bangun pagi, cuci muka ala kadar je. Memang dah takde selera ako nak turun breakfast bila pikirkan persiapan yang ntah hape-hape. Jadik mengonlinekan diri sebentar. Cari info and apa-apa yang patut pasal job description. Buat note sket, hafal dua tiga baris. Banyak lupa daripada ingat.

Menara Pucuk Rebung

Kul 1pm, naik cab dari Mid Valley. Sampai kat tempat kejadian, muka dah cuak badak. Daftar kat reception counter, amek pas pelawat. Masa ni tengah tunggu kat lobby Menara pasai tak leh naik lagi ke tingkat 13 waktu lunch. Maka senyum-senyumlah dengan orang sekeliling. Duduk kat sofa tepi tu, owh..ada sorang minah pakai baju kurung (minah ni nama dia Khadijah Abdlah..skang ni satu opis dengan ako yang ako panggey Kak Jah).

Masa nak tunggu giliran tu, manusia dah makin ramai. Masa ni ada nampak sorang budak pakai tudung kaler merah dengan baju kurung bunga merah. Merah garang plak tuh. Mak ai..merah nyer mak ngah. Bukan ke orang nak gi interview kena pakai baju yang warna lembut ke? Ako pakai apa?? Ako pakai slack, pakai kemeja Seed yang Angah kasik, pakai vest. Galas beg laptop and jinjing handbag. Rambut ako sanggul tinggi macam ballerina. Owh, budak yang pakai serba merah tu turned out to be my current roomie –Hazipah Hasim (sila cari beliau di Facebook).

Khadijah punya turn dah lepas. Dia dah abis pun kena soal jawab, ako masih lagi duk tercongok tunggu turn. Apa ke suwey pun tak tahu la..giliran ako yang paling lassssstttttttttttttt skali. Masa tu dah pukul 4.30pm. Dah la group interview, skali panggey dalam 3 orang. Ak o punya group yang lasssssssssssstttttt skali  tu masuk sampai 5 orang!! Demmit. Ako orang kedua daripada 5 orang tu sebab diaorang susun siap-siap dah.

Group ako ada 3 laki, 2 pompuan. Interviewers ada 5 orang gak.  Ko tau dak, ako terkujat-kujat dalam tu sebab kena kejutan budaya. Diaorang interview dalam Bahasa Malaysia -BM!! Sungguh ako tak tipo. Budak pertama kenalkan diri. Diapun cakap BM gak. Ako lupa nama dia hape. Tapi budak ni dasat beb! Budak UTM, Anugerah Dekan every sem. CGPA 3.7! Tapi final sem ah..tengah exam masa interview tuh.

Tiba turn ako. Masa menjualkan diri. Akopun kononlah, cakap BM gak. Sekali bila sebut je, “Nama saya Izyana binti Zin”..terus ako blank. Ako tak tahu dah nak cakap benda paling basic nak perkenalkan diri dalam BM. Ako jadik macam budak baru nak pandai bercakap. Pause punya la lama kat situ. Sudahnya ako bagitau ako amek kursus apa, universiti mana. Tu je. Kejap giler. Dalam ati ako dah sumpah seranah. Memang ako tak pernah kene interview keje dalam BM, ako tak bersedia dowh. Kepala hotak ako ni memang dah set siap-siap, interview dalam English. *sigh*

Kakak sebelah ako tu nama dia Juitta. Pun dasat sebab sebelum ni keje dengan VADS. Sebelah dia plak sorang brother ni yang umor dah dalam 40-an. Dulu keje dengan Time.Com bahagian Operational. Sorang lagi jejaka hujung sana..paling hujung. Dia bukak mulut je, macam nak tercabut jantung semua orang dalam bilik tu. Suara dia ntah berapa oktaf. Rupanya dia ni Kapten Askar Wataniah Melayu, yang penah pegang panji-panji Agung. Owh, patutlah suara kuat kemain, selalu kawat tengah padang rupanya (mesti Fido, Charlie & Abang Bobo meluat ako sebut pasai Kapten ni hehehe).

Tiba second round, job scope / job description. Ako nekad, ako blasah dalam English je kali ni. Biorlah orang lain suma cakap BM, ako je yang speaking London. Nak kata ako kekwat ke apa, ado ako kesah?? Daripada ako tergagap-gagap nak menjawab macam orang bodoh (“I sound silly when I speak in Malay” -eh??), baik ako jawab dengan bahasa yang ako confident.

Yeeeeezzzzaaa…mulot ako lancar je menjawab. Tapi nasib baiklah ako orang kedua, sebab memang pasal job scope / job description tu sangat-sangatlah limited info dia buat masa tu. So orang yang lepas-lepas ako tu macam kene pandai cari point lain la supaya tak berulang. Tapi, berulang-ulang menda yang sama gak..tak dapek den nak nolong.

Third round, pasal self competency. Ako jual diri lagik masa ni..cakap haruslah confident. Namapun nak suh orang percaya yang kita boleh wat keje. Sapa nak hire ko kalo takleh nak yakinkan orang, Dol?? Eye contact harus ada, body language, muka sentiasa berikan senyuman paling manis..muka yakin. Turned out to be ako sorang cakap English. Sorry sangat Para Penemuduga. Saya bukan tak bangga dengan bangsa Kebangsaan, cuma saya gagap and gugup, gugu-gaga Era je. Lidah sudah tergeliat. Harap maaf.

Habis sesi interview dah pukul 5.15pm. Ako kenal-kenal dengan Juitta tu. Yelah, kenalah beramas mesra, kan? Tapi takdelah ako saje nak menggedik dengan yang laki-laki tu. Ako ramah dengan yang pompuan je.

Habis seksa ako. Blasah jelah. Dah cuba yang terbaik dengan notis yang diberikan sangatlah singkat. Nak balik semula ke Cititel Mid Valley, ako menggelupor tepon Mr.K. Dia suh ako naik LRT je dari situ. Stesen Kerinchi. Manalah ako tau. KLCC ako taulah. Nasib baik nampak teksi. Sampai kat Mid Valley, terus masuk kat Cititel. Pergi kat Concierge, amek beg baju ako and terus ke UKM. Lepak di sana dengan Lynn sebelum pulang ke Penang.

became a giant screen in 2007

8 thoughts on “surat chenta..the journey [part 2]

  1. sorry kak jah.. komen terpaksa kena remove sebab memaparkan nama syarikat tempat berkhidmat. muahahaha..

    owh, Menara TM tu ada juga syarikat lain ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. ada Mercedes-Benz, DHL, TNB dan yang sewaktu dengannya. sila google sendiri

  2. wah, igt secara detail..mmg haru laa time interview..bkn awk je..dah laa interview cam hampessss!!!!xsangke akhirnye dpt jugak..ALHAMDULILAH

  3. i didn’t prepared for that interview. i don’t know why. i just went there and leave things happened spontaneously. i was one of the earliest to arrive, and i was the 3rd to be called (since it’s early in the morning – the interview was done individually). everything was in English. lucky me i’ve some sales experiences before, so i did managed to sale myself and thank God, i got the job.. teehee, otherwise i won’t know you by now. (^.^)v

  4. kak nad:
    ngee..kita ingat sebab tu mimpi ngeri. muehehe.. ALHAMDULILLAH sebab akhirnya dapat jugak

    inche k:
    yeap..otherwise, i won’t get to know you by now, dear.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s