Canggung

Senario 1

Ako jalan balik sorang-sorang dari ofis nak ke stesen Kerinchi. Sampai kat bangunan UOA, ada 3 orang gadis melintas dan kemudian berjalan di hadapan ako.

Ketiga-tiganya bertudung. Tapi apa yang mencurik pandangan adalah yang sorang di antara bertiga. Dia pakai Kurung Kedah. Semua sedia maklum bukan yang Kurung Kedah bajunya agak singkat daripada Kurung Johor. Itu biasa.

Cuma yang luar biasanya pabila kain yang dipakai tu berbelah di tepi, tinggi sampai ke paras lutut kat bahagian kanan. Ni bukan belah silisih ye, tapi memang belah terus..

belahnya cenggini..sejibik

Senario 2

Setiap kali hujan, ako harap sangat kebetulan ako pakai Kurung masa tu. Sebabnya, kalo pakai seluar nanti habis kaki seluar tu basah sebab tak leh nak angkat. Kalo pakai Kurung, kain tu boleh diangkat sikit.

Jadi tiap kali hujan, adalah perkara lumrah bagi yang memakai Kurung untuk angkat sedikit kain Kurungnya supaya tak basah dek air hujan.

Tak kurang juga yang angkat sampai ke paras tengah betis. Putih bersih dan gebu kulitnya jelas kelihatan. Dan dia bertudung.

.

Senario 3

Kepalanya dilitupi dengan tudung. Indah sekali.

Bajunya sendat, kadangkala lengannya bajunya pendek hingga ke pangkal lengan.

Seluarnya senteng. Skirtnya jarang.

.

Izzie speaks:

Bukan ketam mengajar anak berjalan lurus. Tak berniat nak mengajar / ceramah kat mana-mana pihak. Diri sendiri pun tak betul, itu ako sedia maklum. Pakaian ako pun kadang-kadang macham tak cukup kain. Terbelah kat sana, singkat kat sini. Kepala apatah lagi, langsung tak bertudung. Cuma kerap kali diperlihatkan senario sebegini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s