2012 [part 2]

Buenos dias! Sebelum memulakan review 2012, meh nak story dulu kisah ako semalam.. Al-kisah..(thoooiibbb) al-kisah maka tersebutlah kisah (thoooiiibbbb)..

Seharian adalah sibuk dengan meeting / presentation tapi telah bertekad nak balik awal sebab nak catch up movie pukul 6.35pm. Hujan turun mencurah-curah dan sudah menjadi kebiasaan Lebuh Raya Persekutuan menjadi sangat sesak di waktu-waktu petang ditambah pula dengan hujan lebat.

5.30pm tepat, terus cabut. Jalan pergi Stesen Kerinchi. Kali ni bertekad nak turun kat Stesen Bangsar, amek cab dari sana terus ke Gardens. Kononnya kalo naik Rapid dari Stesen Universiti tu, lambat sebab jam satu hal, bas tu plak nak gerak rasanya tiap 15-20 minit kot.

Sampai kat Stesen Bangsar 6.00pm. Tunggu kat stesen bas dengan manusia yang boleh tahan ramai. Hujan tak berhenti lagi. Mr.K sangkut kat Jalan Tun Razak. Dia dah keluarkan usul tidak percaya. Ada ke patut nak CANCEL je movie semalam sebab MACHAM dah tak sempat??!!

H-E-L-L-O!! Tau tak betapa payahnya nak beli online ticket dengan internet connection CELCOM yang lembab nak mampos + online banking MAYBANK yang ntah-apa-apa dua-tiga ari ni + server GSC yang sesak-mesak tuh + ako plak yang belanja kali ni (ni adalah sebab utama, yang lain tu penambah perisa aji-no-moto)??!!! Dah tu plak, takmo tengok kat Mid Valley, tapi nak tengok kat Signature @Gardens (mujurlah berjaya pujuk masuk Premier Class je. Kalo Mr.K berkeras gak nak masuk Golden Class, lagilah ako ralat kalo main cancel je..walaupun duit dia yang keluar hahahaha).

Punyalah susah nak dapatkan cab kat Bangsar, masa ni dah menyesal sebab menyombong dengan Rapid T631 kat Universiti. Konon senang sangatlah kan, kat Bangsar kan, banyak teksi kan, ada bas kan, kalo bertuah dapat naik shuttle bus to Mid Valley terus kan? Bila datang bas U84, ada tulis gi Mid Valley tapi rasa tak yakin sebab kang ntah mana-mana pula ako meraban. Jadi terus menunggu teksi dengan muka konfiden.

Teksi semua tak nak berhenti. Bila aku tahan, takmo plak dia bawak ako gi Mid Valley. Sudahlah hujan, tangan dah lencun sebab menahan teksi. Dengan handbag, dengan cengkerang kura-kura kat belakang (beg laptop), pakai wedges 4 inci. Seluar dah basah sampai ke lutut. Rupa macam turun ke bendang. 6.20pm, berjaya dapat cab.

Tak sampai 5 minit pun, dah sampai kat pintu masuk The Gardens. Valet boy siap bukak pintu teksi lagi okeh! Tapi ako rasa akolah manusia paling selekeh dan tak senonoh semalam sebab rambut dah penyek kena air hujan, seluar basah sampai ke lutut. Blouse pun ada tompok-tompok air hujan. Dengan muka slumber badak, masuk lobby The Gardens Hotel, terus naik escalator.

Mr.K tak sampai lagi kat Signature. Maknanya, akolah yang kene collect tiket.6.30pm. Dah elok ako kat kaunter tiket, toleh blakang..nampak dia tercegat kat situ. JUST-IN-TIME lah sangat kan??

Moral of the story, ako penat weh rushing macam hape je semata-mata nak tengok movie. Tak hingen ako nak naik cab / bas dari Bangsar lagi dah lepas ni. Biorlah ako naik kat Universiti je. Sila jangan menyombong dengan bas T631 itu.

Sekarang boleh baca review filem 2012.. *peace*

.

Another natural disaster movie. As I mentioned yesterday, I really want to see how the CGI plays it role in 2012. And yes it works. It shows the catastrophe very well, it gives so much impact to the audience.

But I couldn’t help to count so called narrow escape the lead actors, John Cusack and his family. 3 times he and his family escaped from the bizarre natural disaster. 3 times he and his family escaped from the other “technical malfunction”. Up to one point, I just came to realized..this couldn’t be happening and it was so unrealistic.

Only 3 arks to save the whole humankind? Mount Everest is just that high? First, there was a massive earth quake in US, and few other places shown in Italy and Japan. After the earth quake, then tsunami came. Destruction, death, how’s the President sacrifice himself, bla-bla-bla..how they fight for their lives to live, drama, drama, drama and then just that. Suddenly they managed to become the survivors and heading to South Africa.

So it was all about the tectonic plates, earth quakes and tsunami. I thought the Earth will explodes or become ashes or something.. Guess my imagination went wild.

Run time: 2 hours 40 minutes

Izzie speaks:

Can’t wait to watch New Moon. It’s coming to the cinema this Eid Al-Haj, peeps! Let’s scream for EDWARD CULLEN!!!

3 thoughts on “2012 [part 2]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s