cuti hujung minggu yang sangat singkat

Sabtu:

Cheq naaakkk sangat makan nasik kandaq yang paling best tapi Mr. K nak makan kat Subaidah. Dia tak lalu nak makan kat Line Clear pasai..pasai tempat makan dia tak selesa. Oke, cheq pun ikut  saja dia pi makan kat Subaidah. Sorrylah sapa-sapa yang kipas susah mati dengan restoran Subaidah. Nasik kandaq dia tak mencapai piawaian tekak cheq.

Habis makan haruslah berjalan-jalan. Cheq jalan sorang je..seperti biasa. Jalan kat Chowrasta, harus masuk Mydin. Masuk Mydin, harus beli kerongsang. Bling-bling..cheq suka!

Pukul 6 pm janji nak jumpa dengan Shy. Kausar takleh kuaq skali sebab ada kenduri kawen sepupu dia. Takpalah babe, cheq paham. Shy terkezut sat pasai Mr. K tau ceruk mana nak redah kat Penang. Toksah susah-susah nak pi habaq lagu mana nak pi Batu Feringghi, toksah habaq lagu mana nak pi feri. Dia tau tang mana nak celuih pi.

Sampai kat Hard Rock Cafe, sekuriti duk habaq yang malam tu ada function. So nak makan kat Hard Rock Cafe takleh kecuali ada invitation on that particular function. Oh, pakcik sekuriti habaq Ella & The Boyz mai buat show. Tak dapat makan kat Hard Rock Penang. Sedey sat tapi Hard Rock KL, Hard Rock Bali, Hard Rock Bangkok kan ada… (please take note on this Mr. K).

tak dapat masuk..amek gambaq kat luaq pun jadik laaa..

tak dapat masuk..amek gambaq kat luaq pun jadik laaa..

ampa tengok sat..camera phone cheq memang dengki kalo amek gambaq kat lampu

ampa tengok sat..camera phone cheq memang dengki kalo amek gambaq kat lampu

Kami beralih nak pi makan kat tempat lain la pulak lepas kuciwa tak dapat makan kat Hard Rock Cafe. Cheq kata nak pi  makan kat The Ship. Shy tukang hangguk tanda setuju, tukang bayaq tak kata apa.

ni la The Ship Penang..nala sebijik kapai

ni la The Ship Penang..nala sebijik kapai

Masuk dalam restoran The Ship (duk kat Penang dari umoq 6 tahun tapi ni baru nak masuk The Ship) memang kagum sat pasai interior dia memang sebijik macham duk dalam kapai. Waiters + waitresses pun duk pakai macam Sailormoon.

Shy: Iced Cuppucino + Mixed Grill

Cheq: Iced Lemon Tea + Grilled Lobster (half grilled, half grilled with cheese)

Mr. K: Whole Coconut Drinks + Chicken Tom Yam + Black Pepper Chicken + Hot Tea

Tapi cheq tak ambik gambaq makanan kali ni, satgi orang kata cheq jakun. Tapi cheq memang saja gatai nak pi try makan lobster. RM 23 bagi tiap-tiap 100 gm. Waiter tu pi tangkap sekoq yang 1.02 kg. Ampa tulung kali sat kat cheq.. Tak ka RM 234.60 untuk sekoq? Pi shopping dengan RM 234.60 tu lagik berbaloi kot! Cheq ingatkan harga dia duk ada dalam RM 50-RM 80 macham tu.. Cheq salah kira. Naya kat Mr. K kena bayaq.

dak aih..bukan keta mr.k pun

dak aih..bukan keta mr.k pun

Lepaih makan, pi jalan-jalan sat kat Batu Feringghi Night Market. Shy beli dvd, cheq tak beli apapun..saja cuci mata. Pi sat ja pun, lepaih tu balik.

.

Ahad:

Pasai cheq tak puas ati tak dapat makan nasik kandaq yang paling baguuuuiihhh duk ada kat Penang, cheq redah jugak pi kat Line Clear sorang diri. Gaya duk ada macham pelancong, skali cheq cakap Penang piau dengan mamu Line Clear sampai orang sebelah duk senyum.

“Mamu, nasik putih kasik separuh. Teluq rebuih satu, ayam mau tang paha..kasik potong, bendi mau lebey. Kuah campuuuqq, mau banjir.”

Ampa suma jangan salah baca. Baca huruf “R” tu dengan ‘R – ringan’. Kepala mau goyang. Mami tak cakap huruf “R” yang ‘R – tebal’.

Ya..pasai Mr. K duk ada gheja, cheq pi makan sorang. SORANG. Tsk.. Mamu cashier pun duk tanya, awat duk makan sorang-sorang.. -Takpala mamu, ramai duk ada makan skali. Depan, blakang, kiri, kanan. Cuma cheq tak kenai saja.

Nasik kandaq Line Clear memang paling best skali. Ako ni bukan suka sangat makan nasik kandaq, tapi kalo ako balik Penang, mesti ako teringat nak pi makan. Kari dia memang power..tak sama dengan tempat lain. Kayu ka, Khalel ka, Kassim Mustafa ka, Pelita ka.. Line Clear jugak sedap.

Lepaih makan, wajib pekena cendul. Paling beeeestttttt kat Penang – Teochew Cendul, Penang Road. Toksah pi carik kat tempat lain, memang tak sama.

Nak tunggu sampai pukui 4 pm, cheq pi jalan-jalan kat KOMTAR. Ambbooiii haih.. KOMTAR dah tak macham dulu naaa.. Baguuiiih duk ada. Depa dah banyak upgrade.

jamban

dah upgrade woooo..!!

Pi jalan kat Prangin Mall, ada depa buat Thai Fair. Duduk sat pekena Kerabu Mangga dengan Coconut Ice Cream. Seddaappp.. (cuma tak berapa nak sedap pasai makan sorang-sorang ja). Cocunut Ice Cream tu dia campuq skali dengan pulut. Orang Thailand ni suma mendapun depa pi makan dengan pulut. Pasai tu kulit depa haluih muluih.

cheq pekena sorang-sorang..sedap

cheq pekena sorang-sorang..sedap

lemak berkrim..disukai ramai

lemak berkrim..disukai ramai

Dah makan, dah minum. Balik. Bukan balik umah, tapi balik Kay El. Tsk..

Izzie speaks:

Kausar, Mokcik Shy dah jumpa Mr. K. Hehehehe.. Sila jeles.

4 thoughts on “cuti hujung minggu yang sangat singkat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s