punggung pok-pok ai naik kematu

Al-kisahnya, ai nak balik kampung belah mak ai kat Pekan Bandar Di-Raja. Ai punya tiket pukul 11 am dari Pudu, naik Utama Ekspress yang langsung dari KL-Pekan.

Sampai Pudu, 10.20 am. Cepat-cepat beli air mineral, air Milo, roti Gardenia dengan krim jagung, buah ciku, buah mangga nak buat bekal naik bas. Perut dah pedih sebab tak breakfast lagi. Bayar RM 10, terus melulu turun ke Platform 1. Dah ramai orang yang tunggu tapi bas yang ada cuma Cepat Ekspress.

Ai naik balik sebab tak sanggup nak hidu asap bas. Duduk kat kerusi batu sambil galas beg laptop, beg baju ai kaler merah menyala ai galas belah kiri bahu, beg tangan ai belah kanan bahu, makanan segala ai pegang kat tangan je. Dah macham Indonpun ada.

10.45 am, ai turun semula ke platform tapi tunggu kat tangga. Pukul 11.00 am, bas takde nampak bayangpun. Bas Cepat memang cepat sungguh blah, datang bas Mayang Sari. Bas Utama jugak yang tak muncul-muncul. 11.15 am baru terhegeh-hegeh masuk platform.

11.30 am, baru bas mula gerak. Ai duduk single seat, tapi belah kiri ai semua orang dah cakap loghat Pekan yang sangatlah pekat. Oke, cakap loghat pekat ai tak kisah tapi bila dah suara mula naik beroktaf-oktaf, ai dah mula naik sakit kepala.

Tapi ai lagik sakit ati bila bas tu bergerak macam siput babi. KL-Pekan tak jauh manapun, kurang dari 300 km. Tapi bayangkan, ai naik bas 11.30 am. Ai sampai kat Pekan pukul 5 pm. Boleh bayangkan tak betapa seksanya ai duduk dalam bas yang patutnya perjalanan dalam 3 jam je?

Dahla bawak bas lembab nak mampos, berhenti mencekik sampai dua kali. Tiap kali brenti mau dekat 30 minit. Yang paling ai tak leh blah, BERCHENTA masa bawak bas. Ada ke patut, driver tu siap bawak marka dia skali naik bas. Berdating baekkkkk punya!! Mana ai tak hangen?

Bila masuk kawasan Gambang, bas ekspress dah jadik macam bas henti-henti. Tiap 5 minit ada je yang nak berhenti tepi jalan. Dah tu plak, masuk Kuantan dulu nak hantar penumpang. Pastu baru patah balik masuk Pekan. Buang masa okeh!!

Ai dah tido banyak kali dalam bas. Celik mata, tak sampai lagi. Celik mata lagi, pun tak sampai-sampai kat destinasi. Lagi skali celik mata, baru sampai kat Jambatan Sultan Abu Bakar. Heh, babish betul!! Skang ai dah sampai kampung. Ai nak makan satar + nasi dagang. Lapor!! Chiau~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s