saya macham ibu mengandung

Mengandung? Preggy?? No!! Nehi!! No puede ser!! Ok, dah..jangan nak melalut. Mari kita mulakan cerita. Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca (ako tau ah korang baca diam-diam, tapi malas nak tinggal jejak kan?)

Hari ni ako ada appointment dengan Lady Doctor a.k.a Gynae. Asalnya appointment tu tarikh 17 September tapi atas sebab Gynae tu dah nak bercuti raya, maka dengan demikian..appointment ako dah dianjak ke tarikh hari ni. Ya, ako cuak jumpa doktor. Ako tak suka jumpa doktor tapi ako selalu kena jumpa doktor pasal selalu je sakit. Ako tak suka doktor tapi ako crush kat sorang doktor..eh eh termengaku plak. Ako tak suka bau ubat tapi ako selalu makan ubat.

Al-kisahnya, ako dengan perasaan cuak pergilah kat tingkat 26 tuh. Appointment pukul 4.oo pm tapi sebab ako dah tak sanggup nak tahan perasaan cuak badak ako nih, ako redah tepat kul 3.15 pm. Skali ako sampai kat klinik, ramai giler manusia kat situ, dah macam wad kecemasan pun ada. Selalunya kalo ako pergi, paling kuatpun ada 3 orang tengah tunggu turn. Ni tidak, sampai kena berdiripun ada.

So ako dengan selamber pergi kaunter. Akak tu kenal muka ako. Kasik kad appointment, isi borang, terus dia suh ako gi duduk kat kerusi. “Eheh, kerusi mana kak?? Semuapun penuh.”Ako cakap dalam ati je la.. Ako carik kerusi kosong, yang betul2 kat depan pintu nak masuk bilik doktor tu. Ako duk situ, ako tunggu turn.

Kanan ako ada sorang laki, tengah tido ternganga. Huih, dah la tido melopong, siap dengkur plak tu. Lama sangat ke tunggu nak jumpa doktor ni? Makin lama, makin kuat bunyik. Ako dah geli telinga dah. Mau je ako tepuk kerusi tu, bior dia terkejut, bior dia berhenti berdengkur. Tapi ako tak tepuk kerusi, dalam ati ako cuma berharap lalat akan terbang masuk dalam mulut dia yang terlopong tu pastu laki tu akan terbatuk-batuk macam nak putus nyawa sebab ada menda sangkut dalam kerongkong dia.

Kiri ako perempuan ngandung. Kerusi hujung sana ada 2 perempuan pun mak buyong jugak. Lalu sorang mak buyong lagik, kemudian duduk tepi mak buyong berdua tu. Heh, banyaknya mak buyong arini. Mesti kes nak jumpa Lady Doctor gak macam ako. Laki belah kanan dah terjaga, belek-belek majalah United (dia pakai langyard Liverpool. Apa kes??). Nama dia dipanggil. Ako dengar dia kata, “Now? Thank Goodness”. Oh no, pakcik. Sepatutnya saya yang kata macam tu sebab saya tak yah dah duk tepi pakcik yang berkemungkinan akan berdengkur lagi.

Tinggallah mak-mak buyong dengan ako kat situ. Mak buyong belah kiri ako dah kena panggil. Ako dah lama tunggu ni. Tapi mata gatal jeling kerusi hujung nun. Semuapun dah memboyot, ako takot tengok perut besor weehhh!!! Macam nak meletup! Ako tengok baju diaorang pakai, semua longgar-longgar. Standardlah.. Ako tengok lagi kat kaki diaorang, kot kot la dah bengkak ke kan? Tapikan, ako perasan..sandal diaorang semua sepesen je.

macham ni ha..!!

macham ni ha..!!

Sepesen je sandal diaorang tuh macham yang ako pakai. Hahaha. Ako tengok perut ako. Ades, arini pakai baju kurung. Jenis kain yang ala-ala sangatlah lembut yang mengikut bentuk dan segala lekuk-lekuk termasuklah bentuk PERUT YANG TERBONJOL MACAM 2 BULAN! Haish.. nasib takdak mak buyong kat situ yang tanya ako dah berapa bulan, tapi diaorang duk senyum-senyum je kat ako. Sedekah ye kak?? Ye, baeklah..saya redha.

Giliran ako sampai masa pukul 4.15 pm. Dekat sejam tunggu dowhhh!!! Brok-brek-brok-brek dengan Gynae yang sangatlah sweet dan baek, hilang rasa takot. Kemudian dia suh ako baring atas katil..auuuwww!! Eceh, prosedur biasa sebab dia nak scan perut ako lah!

Owh, perasaan berada atas katil memang sangat takot. Sebab mesin kat sebelah tu membuatkan bulu tengkuk ako berdiri tegak. Mesin tu mesin ultrasound yang mak buyong-mak buyong guna nak tengok baby dalam perut dan mesin itu juga digunakan ke atas perot ako (-_-“)

.

Gynae: Your bladder is full.

Ako: Senyum (ako cuak sampai nak kencingpun ako tahan tau!)

Gynae: This is your uterus (tunjuk kat dalam skrin hitam-putih tu). Yada-yada-yada. Your uterus is perfectly in a good condition, no cyst and no fibroid. Tak ada ketumbuhan. Rahim belah kiri dan kanan dalam keadaan baik, dan kilang telurpun okey..tak ada masalah.

Ako: Diam tengok skrin hitam-putih (macam dalam kelas Biology, cuma bezanya dulu ako belajar teori..skang ako tengah buat praktikal)

.

Gynae kemudiannya checked blood pressure, bagitau ubat apa nak kena makan, supplement apa ako kena amek. Kena jumpa Gynae tu semula 2 bulan kemudian. Ako amek ubat dan supplement, 4.35 pm selesai.

Izzie speaks:

Dear Girlfriends,

Please refer to Gynae if you are suffering period cramp / period pain during your menses. It could be some kind of problems with our dear uterus. It could be normal because of physiology or it could be abnormal because of cyst / fibroid / tumor. It is the best way to go and check it out before everything is too late. Prevention is better than cure!

One thought on “saya macham ibu mengandung

  1. Pingback: Evening Primrose Oil « i.Z.Z.i.e

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s