Aidil Fitri 1430 Hijrah [part 3]

Petang Raya

muka menunggu mak otw dari penang..masa ni belum menerima khabar kurang enak itu (T_T)v

muka jemu menunggu mak otw dari penang ari jumaat..masa ni belum menerima khabar kurang enak itu (T_T)v

Sebelum keberangkatan pulang beta dan kakanda beta ke Pulau Mutiara, sempat beta mengabadikan kenangan tempat letak kereta yang kosong di kediaman beta. KOSONG!! Ya..beta sudah merasai bagaimana keadaannya kalo beraya di Kay El. Tak sanggup, hokey!!

kosong..!!

kosong..!!

kosong jugak..!!

kosong jugak..!!

1 Syawal

Yeah!! Sudah berjaya sampai ke rumah pada jam 12 tengah malam sesudah merentas Selat Melaka dengan menaiki feri. Rumah sudah mengalamai transformasi (macham rancangan Deco, Deco, Deco) walaupun beraya di Penang adalah secara ad-hoc.

deco #1

deco #2

Adalah standard piawaian antarabangsa bagi beta dan kakanda-kakanda beta untuk menjahit di pagi raya. Bonda tidak akan sempat untuk menyembat / jahit kancing / jahit shoulder pads.

menjahit di pagi raya #1

menjahit di pagi raya #2

menjahit di pagi raya #3

Sampin Apieq longgar untuk pinggang dia yang ramping. Jadi terpaksa mencari alternatif supaya sampin tetap dapat dipakai bersama-sama Baju Melayu Teluk Belanganya itu.

sampin apieq

Sila lihat gambar-gambar di bawah bagi penjelasan dalam bentuk visual. Menu 1 Syawal adalah Ketupat Daun Palas, Rendang Minang & Mee Kuah. Nasib baik baju yang bonda jahit ni tidak sendat di bahagian perut. Kalo tak, rugi beta tak leh nak sumbat macham-macham ke dalam perut.

Ketupat Daun Palas

Ketupat Daun Palas

Tetap pegi beraya ke rumah jiran tetangga!! Eheh, sebuah rumah je pun.. Dah itu je yang ada.

Roti Jala + Kari Daging + Rendang Ayam = peberet!!

Roti Jala + Kari Daging + Rendang Ayam = peberet!!

Batang Buruk terbaek!! abis semua ako kerjakan

Batang Buruk terbaek!! abis semua beta kerjakan

Apieq & Fikri

Apieq & Fikri

2 Syawal

Menu 2 Syawal: Laksa Penang. Yeah, Laksa Penang adalah wajib. Makan secara marathon tanpa henti dari pagi hingga ke malam. Oh, Zoom datang umah dengan Pak Ngah. Dapat jumpa setelah sekian lama tidak berjumpa..dalam 3 minggu dah kot tak jumpa..hehe.

aksesori-aksesori laksa

aksesori-aksesori laksa

3 Syawal

Menu 3 Syawal: Nasi Ayam, Agar-agar Milo. Hari Raya ke-3 memang beta dah lembik. Perut kembong, cirit-birit, bisa badan, demam segala sebab makan laksa. Gambar semua dah tak amek dah. Takde bahan bukti nak ditunjukkan di sini.

raya 09

4 Syawal

Raya ke-4 dah kena balik Key El. Penyeksaan belom berakhir. Bas yang beta tunggangi rosak pendingin hawanya bermula dari Sungai Perak hinggalah sampai di Key El. Bayangkan betapa panasnya beta di dalam bas tersebut terutamanya pabila hujan lebat menggila sepajang perjalanan melalui Perak. Macam dalam sauna!

Oh, tempat duduk beta di dalam bas, sukar diceritakan di sini. Tapi sumpah, memang takkan lupa pengalaman naik bas cenggitu punya ropa.

.

A series of unfortunate events.. Ends

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s