Aidil Fitri 1430 Hijrah [part 1]

Hari ni semua orang excited masuk opis, dapat half-day lah katakan. Ako tak berapa nak excited, sebab kul 11.30 am nak kene jumpa GM TNOC untuk sesi sign-off. GM tu plak siap nak tanya pasal technical specification yang team ako prepare. 2 benda dah buat ako cuak kat situ.

Tengah sibuk-sibuk nak pergi jumpa GM TNOC, kawan-kawan dari tingkat 13, 21 & 22 datang buat lawatan dari cubicle ke cubicle. Salam-salaman, ucap-ucapan, cium-ciuman, peluk-pelukkan, maaf-maafan. Yang tak pernah kenalpun, tegur dan ucap selamat. Bagus, ada semangat raya.

Abis jumpa GM & AGM TNOC (GM dia sangat baik dan sangatlah friendly), baru ako rasa semangat raya. Mak, Abang, Alang & Apieq dah otw, dah sampai kat Tapah pun. Ako kemas barang, jumpa bos-bos, minta maaf segala, chiau. Dalam ati dah tak sabar nak balik Pekan. Dah rindu dengan Tok, rindu nak peluk cium Tok, rindu nak tido sebelah Tok.

12.30 pm, Alang cakap dah sampai Slim River. Kereta banyak kat highway. 12.54 pm, Alang tepon. Alang kata kereta rosak kat Slim River. Masa tengah drive, tetiba enjin kereta macam meletup. Abang berhenti kat lorong kecemasan. Enjin kereta Abang baru tukar sebab nak balik raya.

Abang tak dapat nak repair kereta dia. Puas dia cuba, enjin tak mau hidup jugak. Selama ni kereta orang dia boleh buat, dari mampos tak boleh nak start, sampai elok boleh pecut atas jalan. Kereta peronda PLUS sampai, tunda kereta Bumblebee Abang pergi tol Behrang.

Abang cakap, piston kereta dia yang meletup. Kalau nak tukar, dia kene turunkan satu enjin. Macam mana dia nak buat kat situ? Sudahnya, Alang sampaikan berita yang memang langsung tak best..

.

.

.

.

.

.

.

“Tahun ni tak dapat beraya kat kampung.

Mak, Abang, Alang & Apieq patah balik ke Penang.”

Terus ako tepon Angah. Memang sah kitaorang berdua raya kat KL dua beradik tahun ni. Mana nak carik tiket last minute macam ni? Nak balik Pahang, mak ada kat Penang. Nak balik Penang.. Nak balik Penang.. Nak balik Penang!!

Housemates semua dah balik kampung masing-masing. Tinggal ako sorang. Makcu plak tepon. Daging ayam, daging lembu, daun palas semua dah dibeli. Makcu tak buat biskut, sebab Alang yang buat dari Penang. Baju raya Makcu tak buat, sebab mak yang jahitkan.

Tahun ni takde ketupat daun palas, takde rendang daging, takde nasi dagang, takde nasi himpit, takde kuah kacang, takde kek span.

4 jam diaorang tunggu kat tol Behrang, towing truck dari Penang sampai. 4 jam diaorang duduk dalam kereta yang panas sedangkan kat luar hujan lebat. Mak, Abang, Alang & Apieq dah otw balik Penang, lalu jalan lama tak lalu highway.

Ako dah takde mood nak raya. Tengah memikirkan macam mana nak raya kat KL jauh dari keluarga buat ati jadi sangat sayu. Dah nak berbuka puasa ni, ako makan meggi je. Mesti diaorangpun berbuka ala kadar. Moga diaorang selamat sampai ke rumah semula. Amin.

.

A series of unfortunate events.. Continues

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s