Pandai memujuk itu adalah satu kelebihan!

Lelaki yang molot manis, lidah tak bertulang ni memang ramai je pompuan melekat kat dia, kan? Pasai ayat dia sedap je didengar, macham halwa telinga. Kalo tengah nak marahpun, leh jadik sejuk hati. Ni kira memang jenis ayat power lah! Kalo ditipupun, mati-mati kita percaya, hidup-hidup kita kena bohong.

Tapi bukan semua jenis lidah tak bertulang. Memang ada yang dilahirkan dengan berjiwa romantika. Dah sejak azali, ayat yang keluar dari bibir dia tu memang puitis. Untung badan sapa yang dapat. Pompuan mana tak suka weh laki bercakap dengan bahasa puitis. Skali dia kasik ayat macam lagu Kopratasa nih;

.

Akan ku pintal buih-buih
Menjadi tali mengikatmu
Akan ku anyam gelombang-gelombang
Menjadi hamparan ranjang tidur mu

Akan ku tenun awan gemawan
Menjadi selendang
Menudungi rambut mu
Akan ku jahit bayu gunung
Menjadi baju pakaian malam mu

Akan ku petik bintang timur
Menjadi kerongsang meyinari dada mu
Akan ku jolok bulan gerhana
Menjadi lampu menyuluh rindu mu
Akan ku rebahkan matahari
Menjadi laut malam mu
Menghirup sakar madu mu

.

Maunya ako tangkap nanges pasal puitis gila (wahhh tipo, meremang bulu ako kot!). Gila terharu, okeh! Tapi ini dah jadik allahyarham SN Datuk Dr Usman Awang kalo gaya cakap hari-hari macham ni. Kagum sat.

Tu kalo bertuah. Kalo yang tak bertuah? Dahlah nak susun ayatpun tonggang-langgang, BM pun tak lepas, ada hati nak puitis-puitis *pppttuuuiiihhhh*. Tu belom lagik kira pujuk. PUJUK??

Apasal susah sangat nak pujuk ar?? Oit, jangan kata sebab ako bongsu, ako ngada-ngada nak kena pujuk. Sket-sket nak majuk, sket-sket nak pujuk. Malam sket! Ko tau dak, kalo asik kena pujuk diri sendiri, satu hari nanti boleh naik sawan? Sawan kira ok lagik. Kalo meroyan?? Sapa nak kawen dengan ako kalo dah meroyan?

Ko suka ke dak, sila blaja ilmu pujuk. Ako kasik sketla, sket je. Yang lain, ko pikir sendiri. Bior kreatif, sumpah ako ingat sampai mati.

Tunggu balik kerja

Ako bayangkan, kalo ako tengah majuk, kemudian bila ako keluar dari opis, ako nampak keta pakwe ako kat luar tu. Musti ako akan senyum lebar. Tu baru nampak keta tuh, belom nampak tuan punya lagik. Nak-nak plak ako balik lambat, mestilah dia pun kena tunggu jugak, kan? Ni kira macham surpriselah. Kalo selalunya, lagi 10 menet nak sampai, dah bising suh ako turun bawah. Tiba-tiba kali ni, takde angin, takde petir, dia tercongok kat situ. Tak ke happy?? At least terubat sket ati yang bengkek ni tau.

Penghantaran khas

Kalo dah tau kat opis tu ada Despatch Boy, susah sangat ke nak hantar skeping kad? Kad je? Takde bunga ke, coklat ke, kek ke, tapau nasik ke, KFC ke, McD ke, apa ke? Tak pun, tulis je nota macham ni;

“Honey,

Please jangan majuk dengan I lagi. I had sleepless night thinking about u. U really made my day. I am sorry.

-Bee”

Maunya ako melompat kalo dapat nota macam tu. NOTA ok. Bukan emel, bukan SMS, YM, FB ke apa. NOTA. Tulis tangan.

Makan

Bawaklah awek ko gi makan. Bawaklah gi tempat yang agak-agak ada privacy sket. Kalo nak bertekak kat meja makanpun, mesti tak jadik sebab tengah khalayak. Lagi pulak, perut dah berisi baru senang nak berkomunikasi. Tapi janganlah sebelom makan lagi dah masing-masing tunjuk keras kepala. Kang tak pasal je makan pinggan.

Ambik angin

Yang ni leh try kalo dah nampak tanda-tanda majuk tu dah berkurangan. Strolling under the moonlight, by the beach, with the sea breeze caress your skin. Ok, overdosed.

Shopping

Susah-susah sangat, bawak je awek ko gi shopping. Hilanglah majuk dia nanti tu. Habis cerita.

Izzie speaks:

Lelaki yang pandai pujuk sangat sexay okeh! Cuba tengok kalo dia (dia itu haruslah seorang yang hensem, stylo, wangi macham bau baby) sedang memujuk seorang budak. Auuwwww… (sedang membayangkan diri ako budak yang dipujuk oleh dia itu (seorang yang hencem, stylo, wangi macham bau baby).



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s