kemalasan melanda

Ako malas, malas sangat ako. Dan dekat sebulan (mungkin lebey) ako ada rasa macam ni. Buang tebiat kot? Tapi belom lagi rasa mata belah kanan/kiri/dahi bergerak-gerak. Orang tua kata kalo gerak-gerak tu tak lama lagi nak innalillah.

malas blogging

Malas nak tulis dalam English sebenornya. Sebab tu lately ako tulis main hentam je dalam Bahasa Malaysia. Takde mood dowh.. Nak bloggingpun dah rasa macam separuh hati je nih.

malas jalan kaki

Pergi keja hari-hari ako dah malas nak jalan kaki jauh-jauh. Ako rela keluar lambat sebab nak naik LRT dari Universiti sampai Kerinchi. Universiti-Kerinchi je pun.

Kalo ako kentut kat dalam tren dari stesen Universiti, baunya tak nyah lagi bila sampai kat stesen Kerinchi. Begitulah analogi betapa dekatnya kedua-dua stesen tersebut tapi ako masih lagi gagah nak baik LRT.Tambang murah, 70 posen je sehala.

Balik kejapun ako naik LRT jugak. Balik keja senang sket, tak payah rebut-rebut/beratur panjang macam pagi-pagi kat stesen Universiti tu.

Tapi, kan.. Tiap kali ako jalan kaki dari stesen Kerinchi nak ke opis ako (masih lagi kena jalan tapi dalam kadar yang berkurangan), dan bila melintasi Wisma UOA Pantai tu..mata ako mesti pandang kat opis EXTOL. Sebab ako tau, situ ada sorang mamat yang muka macam Japang yang macho abis dengan gaya yang sangat stylo.

malas gosok baju untuk stok seminggu

Ako gosok bila bangun pagi je skang ni. Dahlah bangun pagipun dah lambat. Pastu pulak ada hati nak gosok baju lagi. Gosok atas katil ke. Dasar kemasalan tahap dewa-dewi sampai alaspun ako tak pakai dah. Malas!

malas makan

Ako lagi rela terus tido je lepas abis keja. Dah tatau nak makan apa. Asik ulang makanan yang sama aje. Nak-nak lagi kalo ada pasar malam tiap Isnin & Jumaat. Makan menda yang sama je weh!! Naik kembang tekak ako.

Tapi minggu depan dah nak puasa. Maka secara automatiknya puasa yang ako dah kantoi tahun lepas tu kena ganti gak sebelom start puasa. Dan ako kena buat acara marathon. Sila paham-paham sendiri okeh! Maka, nafsu untuk makan tu menurun dengan kadar mendadak. Cuma berat ako je masih berkadar songsang dengan kadar nafsu makan ako tuh.

malas pikir

Otak terbang melayang.

2 thoughts on “kemalasan melanda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s