tag oleh inchey k

the tag rules:

sila bayangkan anda sedang membuat buku biodata/biografi rakan anda semasa anda berumur 12 tahun. lalu jawab soalan2 di bawah ini oke. mudah kan? jadi sila la jawab.

Nama :

Izyana binti Zin

(Dulu mak cakap dia nak buh nama ako, Nur Ain. Masa sekolah ako macam sedey sebab nama ako dahlah pendek, pastu macham tak berapa nak best. Ako tak pernah suka nama ako time tu kot. Sekarang..takde perasaan dengan nama sendiri dah)

Nama Pangilan :

Izyana, Iz, Yana, Zana (hanya digunapakai masa praktikal kat Agilent Technologies), Izzie, Adik & N*n* (nama yang abah ako kasik masa kecik-kecik yang lekat dan digunapakai oleh famili sampai ke hari ni)

Tarikh lahir :

2 Januari 1986

(Tarikh lahir yang sangat awal tahun yang tak pernah orang perasan sebab 1 Januari cuti umum, 2 Januari masih lagi dalam mood bercuti. Tapi takpe, ako dah biasa)

Tempat lahir :

Pekan Bandar Di-Raja

(Mak Bidan sambut ako kat umah je. Semua adik-beradik ako dibersalinkan kat umah je oleh mak ako)

Status :

Single

(Sumpah ako bohong! Ahahaha)

Hobi :

Tido

(Ako paling suka tido. Masa sekolah ako memang tak missed tido petang. Sampai umah je, ako campak beg je terus terbongkang atas katil dengan baju sekolah. Dah maghrib baru ako bangun, makan, tengok tv. Bukan masa sekolah je, sekarangpun macham tu jugak)

Makanan kegemaran :

Ako paling suka makan. Tak payah tanya apa yang ako paling suka. Memang semua ako telan. Tolak batu dengan kayu je. Kalo batu dengan kayu tu boleh makan, mesti ako tak tolak punya. Senangkan jaga ako?? Hahaha.. Tapi kalo tak sedap, toksah nak sua.

Minuman kegemaran :

Ako tonggang je air pape pun. Air syaitoooonnnn tu ako tak tongganglah, okeh! (Diulangi: Senangkan jaga ako??)

Cita- cita :

Nak kasik mak ako rasa hasil titik peluh ako lepas dah susah-payah bela ako dari tapak kaki selebar 2 jari sampai dah besar panjang

Pengalaman buruk :

Tragedi Tsunami Disember 2004

Pengalaman manis :

Kawen

(Muahaha..ok. Ako reka je tu. Pengalaman manis ni mempunyai kebarangkalian yang sangat tinggi untuk ako lupa. Ako ingat yang buruk je)

Perkara yang disukai :

Duit

Perkara yang tak disukai :

Ditipu oleh penipu. Dengan penipu-penipu tu ako menci

Kawan yang diminati :

Tak ada. Ada kawan yang minat kat ako dak?

Adakah anda berpuas hati dengan apa yang anda ada? :

Ako masih lagi belom berpuas ati dengan apa yang ako ada pada ketika ini (eh, apa je yang ako ada pun???)

Harapan :

Ako berharap.. Dan sangat berharap… Hidup ako seindah bulan purnama mengambang yang dipagari bintang-bintang yang bergemelapan di malam hari

Last sekali aku tag :

Ako takde nak tag sapa-sapa pung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s