Los Hombres

no-men

Tajuk adalah geli-geli. Isi karangan akan menjadi bertambah geli-geliman dan meremangkan bulu tengkuk serta bulu-bulu yang sedia ada. (Pesanan ikhlas dari pihak penaja).

Ako penah cakap kat Inchey K, dalam masa 2-3 tahun ni, mesti ramai akan kasik kad kat semua staff opis. Bukan kad ucapan, bukan kad raya tapi kad kawen. Oh, sampai satu tahap dari status single, akan tukar jadik double, dari Ms kepada Mrs, dan Cik ke Puan. Lelaki tak payahlah, semuapun panggil En/Mr tak kira dah kawen tapi nikah je belom ke tak, kan?

Apasal ako cakap pasal kawen? Akopun nak kawen, kah? Hoho, perangaipun macam kanak-kanak ribena. Memang tak sesuai nak jadik bini orang, apatah lagi jadik mak orang. MAK ORANG?? Silap-silap haribulan, ako gaduh berebut laki ako dengan anak sendiri kalo buat perangai ngada-ngada nak manja terlebih dos. Ako je boleh manja-manja, ada paham?

Dolu, kan.. Ako macam kurang percaya pada institusi perkahwinan (eceh..dah tukar kepada serious mode). Oit, jangan terkezut dulu! Ako bukan nak jadik macam omputeh ke apa. Baca sampai abis, baru komen okeh?

Ako membesar dengan dikelilingi dengan keluarga-keluarga yang tak berapa nak bahagia macam dalam filem. Laki bini yang selalu bergaduh, rumah tangga kacau-bilau, anak-anak bermasalah, laki pukul bini, bini maki hamun laki,  kes laki kawen dua walaupun duit belanja sekolah anak-anak, pakaian, duit belanja dapur bini yang tanggung sebab gaji laki ciput tapi ada hati nak kawen lagik! Makin hari ako makin takut. Dalam kepala otak ako masa tu, kalo kawen nanti, mesti jadik macam tu.

Tapi lama-lama, ako sedar. Ako bukan paraniod dengan institusi perkahwinan ropa-ropanya. Tapi ako paranoid dengan lelaki/lelaki Melayu. Pasai apa lelaki/lelaki Melayu? Pasai keluarga bermasalah tu adalah jiran-jiran Melayu ako, kawan-kawan Melayu ako. Jiran-jiran/kawan-kawan ako masa kecik dulu sangat terhad. Ako hidup di dalam ruang lingkup orang Melayu sama ada di sekolah mahupun di kuarters kediaman.

gambar sekadar hiasan

gambar sekadar hiasan

Otak yang baru nak berkembang masa tu dah buat penilaian bahawasanya, lelaki/lelaki Melayu ni tak reti nak hargai keluarga, anak-bini, pastu boleh plak main kayu tiga kat belakang, tak setia. Dalam genetik depa ni memang dah ada traits yang macam tu kot.

Masa tu memang ako tak suka lelaki/lelaki Melayu. Dalam kepala, depa ni memang haprak dan pemusnah alam. Sampai ako pernah vowed pada diri sendiri, ako takmo end up dengan lelaki Melayu, takmo hidup sengsara dengan lelaki yang hanya tau menyusahkah hidup perempuan. Sampai macam tu skali prejudisnya ako kat depa.

Ako hidup dengan ketidakpercayaan yang sangat menebal. Sampailah ako jumpa Mr. K (bukan seorang lelaki Melayu tetapi masih lagi seorang lelaki). Pelan-pelan, persepsi ako berubah. Mr. K bukanlah seorang yang sempurna, mahupun maksum daripada melakukan kesilapan. Dari dia ako belajar. Tidak salah memberikan peluang sebelum terus menjatuhkan hukuman. Bukan semua lelaki macam tu. Dan bukan semua lelaki Melayu macam tu.

Bila dah besar gajah ni, pikiran dah tak terbatas dan hanya menunjukkan jari telunjuk kepada insan-insan yang bergelar lelaki. Yang boleh ako katakan sekarang, mungkin keadaan dan situasi tak sama macam apa yang ako pikir dulu. Rasional di sebaliknya, tanggungjawab. Mungkin masa berchenta, semua indah dan baik-baik belaka, tak kira lelaki Melayu, Cina, India, atau lain-lain bangsa. Bila dah kawen, bila dah rasa bahu tu berat dengan tanggungjawab, mungkin masa tu akan reveal our own true colours, kan?

Izzie speaks:

Menantikan masa depan dengan penuh debaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s