Masters of Linguistics

Bukanlah gua tak rajin nak menulis lagi tapi apakan daya, masalah kekangan masa (alasan biasa).

Kelmarin gua tonton The King’s Speech. Again. Pada gua, Colin Firth memang punya perfect pronunciation, diction, dan suara yang bisa gugur jantung gwe bila bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan British accent. Begitu juga dengan the late Alan Rickman (sob sob sob), Benedict Cumberbatch, Tom Hiddleston, dan panjang berjela lagi senarai yang gua ada. Bukan semua Brits bercakap sedap didengar. Tapi Kalau empat orang aktor ini, memang sahaja gua pasang movie di telly semata-mata untuk dengar suara deme dengan perfect British English 1119 gitu!

Dalam pengajian Masters of Linguistics gua sekarang, speech impediment adalah berkait rapat dan merupakan salah satu cabang pilihan untuk pilihan subjek elektif gua. Kalau dolu gua sekadar menonton, dan hanya mampu memerhatikan betapa hazabnya untuk seseorang yang gagap dalam pertuturan sewaktu pengucapan tetapi dengan ilmu yang baru gua tuntut ini betapa gua dapat kaitkan tiap teori dan dalam pengucapan harian, dan juga dalam speech impediment.

Andai gua punya pilihan, mahu gua berhenti bekerja dan fokus sepenuhnya pada pengajian. Kerna bidang ini bukan mudah seperti mana orang di luar sana sering beranggapan. Walau bukan teknikal, tapi tiap teori dan falsafahnya perlu dikaji dan dihadamkan. Bila gua suarakan kepada Nyonya, betapa Nyonya berbangga kerna gua tidak memilih untuk tinggalkan pengajian bila berhadapan dengan kesukaran.

Mana tidaknya? Cabang ilmu ini begitu menarik untuk diterokai. Banyak lagi yang gua perlu pelajari tapi kekangan masa dan tuntutan tugas hari di pejabat buatkan gua penat saat tiba masanya pulang ke rumah. Otak gua tiada rehatnya. Sentiasa berfikir mengenai tugasan kerja, dan tugasan kelas. What’s next? What to do after this? How to solve this?

Betapa banyaknya peluang-peluang lain yang gua tak dapat gapai. Contohnya; peluang mengajar selama 2 bulan di Vietnam, ataupun menghadiri conference berkaitan sign languages for speech and hearing impaired.

Walau chentanya gua untuk betul-betul mendalami ilmu ini, manakan bisa gua menindakkan betapa wang juga perlu untuk meneruskan kelangsungan hidup? Tanpa income yang stabil, bagaimana bisa gua mampu untuk meneruskan pengajian walau dibiayai dengan dengan biasiswa sebahagiannya?

Kerna hidup perlukan pengorbanan. Tiada yang mudah, tiada yang akan datang bergolek. Mahukan sesuatu, perlu diikhtiarkan sampai berjaya. Nescaya, kejayaan itu akan lebih bermakna dan lebih manis.

Andai dengan izin-Nya, gua ingin terus mendalami ilmu ini. Hati dan jiwa ini sering berkata, ingin buat sesuatu untuk masyarakat di luar sana. Untuk menolong komuniti yang punya masalah dalam pertuturan, dan juga menolong golongan yang kurang bernasib baik (pekak & bisu). Andai gua bekerja, gua mahukan kepuasan bekerja itu lahir dari perasaan yang benar-benar ikhlas. Gua harap, inilah jalan permulaan untuk sebuah pembaharuan. Andai ilmu ini dapat membantu, gua mohon dipermudahkan. Doa dari semua, gua harapkan.

homesick

Ingatkan dah tua-tua bangka ni dah habislah penyakit homesick. Ropanya nan hado!

Dolu masa kat matrik, jarak antara kolej dengan rumah dipisahkan dengan lautan walaupun dalam negeri yang sama. Mana tidaknya, rumah di pulau manakala kolej di Tanah Besar. Kalau Abah tak datang jemput pada hujung minggu, kompom masuk minggu kedua aja gua mulalah tak lalu makan. Nak buat apapun serba tak kena. Makanya, kompom-kompom gua akan gigih kemas beg untuk pulang ke pulau walau kena panjat tangga bas, lompat dari satu bas ke satu bas yang lain, naik feri, kemudian panjat tangga bas lagi untuk sampai ke rumah.

Dan sila sedia maklum gua bukan jenis light traveler. Barang gua tak pernah sikit. Semua benda kalau boleh nak dihangkut sekali. Oleh yang demikian, perjalanan gua pulang ke rumah itu bukan mudah sebab beg memang berat! Pada siapa-siapa yang biasa naik feri penumpang, memang tau jauh gila nak kena berjalan. By the time sampai kat port, nak tunggu feri sampai gua dah lencun dengan peluh.

Hyperhidrosis!

Habis belajar di kolej matrik, jauh lagi merantau dari rumah. Kalau dolu masih di negeri yang sama, tapi di universiti jaraknya memang jauh benar. Kalau dolu seminggu sudah tak mampooo bertahan, tapi disebabkan kejauhan maksimum gua dapat tahan sebulan. Masuk bulan kedua, dah rasa lain macham. Takat telepon aja tidak cukup. Gua perlukan sentuhan dan belaian manja. Ahahahahaha.

Dan makanan yang sedap-sedap hendaknya!

Sanggup naik komuter, tukar pulak naik lrt, kemudian jalan kaki, semata-mata nak naik bas di Pudu ataupun stesen Kuala Lumpur (situ ada bas Plusliner/Nice ke Penang). Masih lagi hangkut segala barang yang ada dari hostel bawak balik ke rumah. Lepas tu tambah lagi barang dari Penang bawak balik ke hostel. Neverending.

Sekali-sekala balik Penang sama dengan Nyonya. Tapi Nyonya jenis bas tak bergerak lagi dia dah membuta. Jaga sat-sat pun cuma nak tanya, “Sampai mana dah?”. Haru sungguh! Tapi kami dua memang champion. Sama-sama gagah perkasa, beg masing-masing seropa ada batu. Kalau ada orang nak tolong angkat masuk dalam bas kompom menyesal. Ha ha.

La ni homesick gua mai lagi. CNY aritu Mak dah turun mai KL. Tapi rasanya feeling dapat bernapas dengan udara Penang yang masin dengan air laut takkan sama dengan udara di KL (yang penuh dengan asap), bau rumah, bau anak-anak sedara, bau anak bulus, takkan dapat bawak turun mai KL. Last gua balik dalam Christmas tempoh hari. Ini dah masuk bulan Maret. Tambah pulak dengan kekangan kelas di hari Sabtu, lebih menyukarkan gua untuk lari pulang ke pangkuan ibu.

Nak buat gheja pun tak jadik apa dah ni. Hu hu.

afraid of the unknown

Ini adalah kisah benar, kisah yang bukan rekaan atau sengaja gua ekzejeret. Ini adalah benar-benar kejadian.

Some of you might have known that gua sambung belajar, dan kelas telahpun bermula minggu lepas. Allah, Allah. Punyalah cuak badak attending the first class. Sebab apa? Sebab dah lebih 7 tahun tinggalkan bangku sekolah, not knowing what to do, what to expect, what to study. Plus, gua memang takde background baik dari bidang akademik mahupun bidang kerja berkenaan dengan kursus pengajian gua sekarang. Belajar lillahi ta’ala, dan niat nak tambah ilmu di dada.

When I introduced myself in the Research Methodology class about my no-basic-background-knowledge, Dr. M (bukan Tun M) went, “Oh, dear.”

Gua amek dua subjek semester ni, in total of 7 credit hours. Both of the classes, gua sorang je tadak basic background wehhhhhhh~~~!! *cry a river*

How things have changed from the last 7 years? -VERY! Even students nowadays are very much rely on the student portal to know about the next class content, any announcement from the lecturers, discussion, assignments. Plus the Whatsapp Messenger plays the biggest role ever when the whole class/discussion groups will be created to ease up the communication. More and more notification, I guess. And student nowadays don’t do much of writing/jot down notes, everything is snapped with the camera phone.

But I am an oldschool. Knowing myself, kalau tak tulis sendiri memang takkan dapat masuk dalam kepala. Sedangkan yang ditulis sendiripun boleh lupa inikan pulak hanya ditangkap gambarnya?

During my first class, sempat kenal-kenal dengan classmates yang lain. Terpaksalah beramas-mesra. Takkan nak diam aja. A bit taken aback, when most of them are not working in their field of studies. Bukan menjadi tenaga pengajar, dan yang sewaktu dengannya. Oke, itu tak salahpun. Cuma apa yang gua nak nyatakan di sini, betapa bukan semua graduan memilih kerja seperti yang dikata. Ramai yang melakukan kerja walau bukan bidang yang dipelajari, asalkan dapat gaji. Malah, masih gigih menyambung ke peringkat yang lebih tinggi kerna punya segulung ijazah Master sudah diketahui tidak menjanjikan tangga gaji yang lebih tinggi.

Kemudian mulalah gua cermin-cerminkan diri. Walaupun gua teda hati, namun gua masih lagi dapat bekerja dalam bidang yang gua pelajari di peringkat Degree. Dapat bekerja dengan syarikat yang kukuh, dan punya stabiliti, serta merupakan seorang kuli dengan jawatan sebagai eksekutif (hadamkan; KULI). Betapa selayaknya, gua mensyukuri nikmat yang Allah beri.

Gua jadikan ini sebagai eye opener gua. Terlalu lama berada di tempat yang sama kadang-kadang buleh membutakan mata. Terasa semuanya baik-baik aja, ataupun masih rasa tidak cukup adanya. Sedangkan di luar sana, masih ramai yang bermatian-matian berusaha untuk diri sendiri dan klorga.

Jauh perjalanan yang bakal gua tempuh. Ini hanya permulaan, walaupun gugup dan takut, harapnya gua takkan mengundur. Gua seringkali memikirkan apa lagi dugaan yang akan seterusnya gua bakal hadap. Mampooookah gua mengikuti kelas-kelas, memahamkan teori-teori yang tidak pernah gua dengari selama ini, daripada bidang teknikal kepada bidang bukan teknikal, mampoooo kah?

Kerna perasaan ini afraid of the unknown ini terlalu kuat. Terlalu sering merisaukan sesuatu yang tidak ketahuan. Gua tidak tahu apa-apa, lalu menjadikan semuanya berat di pundak gua.

Mujur kawan-kawan terdekat dan beberapa kenalan dalam kelas seringkali memberikan semangat. Tak terkecuali Mak yang sering menjadi tukang sorak.

Oh ya. Akhirnya, keputusan MyBrain15 sudah diumumkan selepas berkurun lamanya menunggu dengan pelbagai spekulasi. Alhamdulillah, gua ditawarkan biasiswa tersebut. Rasa sangat bertuah kerna percobaan kali pertama sudah berjaya sedangkan ramai rakan seperjuangan dan seangkatan yang gagal walau sudah mencoba berkali-kali. Bukan sebab tak memenuhi syarat, tapi kadang-kadang kesilapan teknikal dalam pengisian borang, mahupun sekatan PTPTN.

Syarat MyBrain15: kalau kandas dan tak habiskan pengajian, kena bayar balik semua biayaan yang telah ditanggung KPT. Walaupun kedengaran agak ngeri di situ, ini buleh dijadikan satu cabaran lagi untuk gua buat sehabis baik. Sebab itu Allah janjikan hambanya balasan baik untuk mereka yang menuntut ilmu.

Fighting~~!!

Betullah Allah adalah sebaik-baik pencipta. Diaturkan segalanya hanya yang terbaik untuk tiap hamba-Nya. Dia tak berikan jalan gua sambung ke UK bukan sebab Dia tak sayangkan gua tapi Dia punya percaturan yang lebih baik untuk gua tinggal di tanah air. Kalau di UK dengan menyambung pengajian dalam MBA, mungkin gua akan menjadi jiwa mati lagi sekali tapi diatur-Nya untuk gua belajar di sini dengan kursus yang lebih menjanjikan suatu kepuasan dan pengalaman baru yang tak mungkin gua akan sesali kemudian hari.

Sekurang-kurangnya gua tak akan keep on wondering, “Kenapalah aku tak coba ambik kursus ni dulu..?”