Lagi adaptasi novel ke drama: Sehangat Asmara

Siapa kata Malaysia ni cuma punya musim hujan, musim panas, musim panas terik, dan musim panas nak mampos sdhjtyuicvbnrtyuiofghjkdfghj sahaja? Anda silap. Sebenarnya, Malaysia ni negara yang bermusim-musim. Contohnya; musim semua orang nak makan burger bakar dan minum Chatime, musim mengawan, dan macham-macham musim lagik. Eh, tak. Musim mengawan sebenarnya berlangsung sepanjang tahun, 24/7/365.

Dan satu musim yang makin menjadik-jadik sekarang ni; adaptasi novel ke drama/filem. Kahuna penah cakap, kalau di negara Barat adaptasi ni bukan perkara baru. Berlambak naskah yang dah diangkat ke layar perak. Ada hasil yang lebih baik daripada novel itu sendiri, tapi ada jugak yang hanya merosakkan karya si penulis asal.

Di Malaysia, trend ini makin menjadi-jadi. Sorang buat, semua nak buat jugak. Habis semua novel nak diadaptasi. Dari pandangan mata kasar gua yang sememangnya rabun di skala 550 ini, kebanyakannya adalah dari novel yang dari kategori bacaan ringan dan tiinggi dengan nilai komersial. Kalau disusun satu per satu novel-novel yang diadaptasi ini, semuanya best-seller dan begitu popular di ZAMAN GUA MASIH BERSEKOLAH DAHULU. Masa tu kalau sorang beli novel, pakat-pakat pinjam. Ikut giliran. Tahap ke-awesomeness novel tu akan turut di-passing-kan dari satu mulut ke mulut yang lainnya.

Sebab tu kalau dolu musti kawan-kawan sekolah tau nak sembang topik novel mana yang best untuk dibaca. Hariz, Carl Zafran, Kasyah, Adam Mukhriz, Syafiq, Tengku Syahran, Taufik Iskandar, Benz Alif Sulaiman, Afiq (Along Serbia), Iskandar, Seth Tan dan macham-macham nama bombastik lagi yang sememangnya menjadi suami idaman bagi gadis-gadis.

Yelah, siapa nak ambik risiko dengan mengangkat naskah yang kurang dibaca dan jarang didengar, bukan?

Dah terlalu banyak gua menceceh. Sekadar pandangan gua yang tak seberapa. Mungkin kerna terlalu banyak disogokkan dengan adaptasi begini, gua rasa makin kurang kualiti.

Sehangat Asmara, karya Aisya Sofea. Bakal ke udara di Astro Mustika HD bermula 7 Januari 2013 dengan durasi 30 minit setiap episod. Gua syak, ini musti menggantikan slot Adam dan Hawa. Cuma tayangannya adalah selama 30 episod, bukan 80. SYUKUR! *tadah tangan tanda kesyukuran*. Watak Zainal Arief dipegang oleh Adi Putra, manakala Kamilia Najwa pula dipegang oleh Rita Rudaini.

Kalau bukan abam Aaron sebagao hero, musti Adi Putra. Itu sahajalah hero idaman Malaya. Dan jugak hero di hati dinda.

Hero je lah. Raja kepada hati ini tetaplah Mr.K. Inilah namanya berpijak di bumi yang nyata *lap ayer mata*.

Kamilia Najwa (Kay) merahsiakan tentang kewujudan Misya, cahaya mata hasil perkongsian dengan suami yang dinikahi di luar negara, Zainal Arief. Mereka berpisah sebelum Zainal Arief mengetahui segalanya. Setelah bertahun-tahun rahsia itu terbongkar apabila Kay, Misya dan ibubapanya muncul dalam sebuah majalah tempatan. Segalanya berubah bertitik tolak dari saat itu.

Apakah pergolakan dan konflik yang timbul? Bagaimanakah kesudahannya?

Tunggu dan tengoklah sendiri nanti..

About these ads

3 thoughts on “Lagi adaptasi novel ke drama: Sehangat Asmara

  1. ::30 episod ? bukan 120 ? betul ? abes camana pngarah nak ulang tayang babak2 dalam 2,3 episod yg lepas ? adakah babak bercakap dengan diri sendiri juga tiada ? camana ni..nk monolog dalaamaaaaannn !!::

  2. haihhhhh..serius sy nak tanya ayah saya dulu bukak mulut sy dengan apa, semua yg saya cakap benci akan jadik realiti.. aishhhhhhh!! sehangat asmara, karya yg banyak bermain dengan perasaan..harap marah yg diluahkan bukan dalam bentuk jeritan-jeritan histeria mcm ombak rindu. **angkat tangan berdoa** Aminnn Aminnn ya Rabbal Alamin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s