Jakarta, Indonesia [Part 1]

Selamat sejahtera *kenyit mata*

Terlupa, benarnya gua terlupa terus untuk menulis tentang Jakarta, Indonesia. Sampaikan bila menggodek-godek arkib gambar dalam laptop ini barulah sadar yang masih tidak bertulis apa-apa mengenai percotian yang ini.

Ke Jakarta Februari yang lalu. Ya, lazimnya ramai yang kalau ke Jakarta lantas ke Bandung kerna jaraknya tidaklah jauh mana. Bisa menaiki keretapi mahupun kenderaan darat yang lain. Memandangkan tahun lepas gua sudah ke sana, lalu tahun ini ke Jakarta sahaja. Lagi pula, kalau mau ke Jakarta-Bandung untuk 4 hari 3 malam tidak mencukupi. Perlu seminggu paling elok. Baru puas berjalan-jalan. Baru puas shopping.

Rombongan kali ini seramai enam orang. Ya ampun, boleh tahan pening jugak untuk mengumpulkan semuanya. Ini baru enam orang, sudah bikin gua pusing. Belum lagi mengumpulkan rombongan satu bas!

Day 1: 25-Feb-2012

Orang Kaya (sementara waktu) Jelitawan Ayu & Zati. Muka berseri-seri sebab masih bergelar jutawan!

.

Orang Kaya (sementara waktu) Laksamana Khairie & Jonathan Mackenzie. Jon paling jutawan antara kami!

.

Orang Kaya (sementara waktu) Perkasa Kak Mas dan gua. List membeli-belah panjang berjela!

.

Tips dan panduan akan dikongsi kemudiannya. Ayuh telusuri dahulu pengalaman kami di sana.

Keberangkatan dari KUL adalah pada 0950, 25 Februari 2012. Memandangkan yang perginya semua masih solo and steady, masing-masing bergalaskan bagpack di bahu. Kecuali untuk beberapa orang *batuk batuk* yang sudah bersedia untuk memborong di sana, satu beg sahaja semustinya tidak mencukupi! Dari KL Sentral, kami menaiki Skybus seawal jam 7 pagi.

Itupun mujur Kak Ayu tak ditinggalin kerna dompetnya keciciran. Nota: Kak Ayu dan Kak Mas suka menambahkan “-in” dalam setiap ayat dituturkan. Berterabur Bahasa Indonesianya *facepalm*. Kak Zati tak kronik sangat macham dua orang tu.

Dari KUL-CGK mengambil masa 2 jam. Sengaja tidak mahu menggunakan roaming, pulsa (prepaid/simcard) tempatan digunakan. Di sini pelbagai jenis pulsa ditawarkan oleh telco tempatan. SIMpati, XL dan macham-macham lagi. Kebetulan di LCCT ada satu booth jual simcard telco Indonesia dan Thailand. Sebetulnya, kalau beli dari LCCT agak mahal sikit nak dibandingkan dengan beli di sana. Tapi sebab nak telefon supir bila sampai di sana nanti, nak tak nak kena beli jugak.

Sesampainya di Terminal 3, supir sudah sedia menunggu di luar. Perhatikan jumlah beg di atas troli.

Kota Jakarta memang beda benar dengan Bandung dan Bali. Kotanya besar, macet (maksud: kesesakan lalulintas) di sana sini. Dalam perjalan nak ke apartment pun naik seriau dengan teknik pemanduan supir tu. Terel betul mencilok! Mengucap panjang kami yang dalam MPV.

Suatu pemandangan yang biasa di jalan raya. Mereka berjualan dari satu kereta ke satu kereta yang lainnya. Ada yang menjual air, suratkhabar, dan makanan. Ada jugak yang meminta sedekah.

Check-in di Gloria Apartment. Studio Room untuk cowok, dan Two-bedroom Apartment untuk cewek. Biliknya selesa.

Memandangkan sampai di Kota Jakarta sudah tengah hari, masing-masing punya perut yang berbunyi muzik keroncong mintak diisi. Sebagai permulaan, ke restoran Sederhana untuk menjamu Nasi Padang seperti yang dicadangkan oleh bos Kak Zati.

Wajah-wajah kegumbiraan..

.

..dapat makan :D

.

Ya, memang kebuluran. Kalau tidak, takkan licin semua pinggan?! Siap ada yang mintak tambah nasik tahu?! Lauk pauk kat sini sedap, terutamanya Sambal Hijau peberet gua tu.  Boleh dikira mahal jugaklah makan di Restoran Sederhana, tak berapa nak sederhana seperti namanya. Tapi mungkin dikira sederhana kalo nak dibanding dengan hotel? Namun dari segi keadaan kedai dan kebersihan, boleh dipuji. Bagi yang mementingkan keselesaan dan kurang senang nak menjejakkan kaki ke kadai-kedai yang biasa di tepi jalan, Restoran Sederhana sesuai untuk kalian.

Sampai sini dulu untuk pengenalan. Banyak gambor yang nak kena tapis. Banyak jugak memori yang nak kena ingat balik. Sampai jumpa lagi!

Bersambung..

About these ads

One thought on “Jakarta, Indonesia [Part 1]

  1. Hi izzie..post baru ttg jakarta mmg dinanti..btw yg baru ni pun saya pegi bandung through jakarta..what an experience..hehe..waiting for ur 2nd part :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s