Bukan senang menyemai chenta selama bertahun-tahun. Dan chenta itu tak pernah padam. Sehinggalah ke hari ini. Dan esok beliau akan kembali.
SHAH RUKH KHAN!!
Minggu lepas tengok Dil To Pagal Hai. Lirik, dialog semua mainan di bibir. Koreografi? Dulu Alang sama gua pasang VCD, kemudian menari depan tv. Konon-kononnya gua Shah Rukh (sebab badan gua lagik besar daripada Alang), dia plak Madhuri. Mencik! Berat tau nak pangkung dia!
Kenapa Shah Rukh? Because he is the King Khan. Har har har. Takde pelakon yang menari sebest SRK. Ini adalah #fakta.
Filem Dilwale Dulhania Le Jayange (DDLJ) adalah filem paling lama ditayangkan di India. Khabarnya, hingga sekarang! Ini adalah #fakta juga.
“It was declared an All Time Blockbuster, and remains the longest-running film in the history of Indian cinema. As of 2011, it was still playing at the Maratha Mandir theatre in Mumbai.” – Wikipedia
Dan R-Patz suka tengok citer ni..seperti dinda jua! #fakta. Tak percaya? Sila kelik di sini.
Dilwale Dulhania memberikan kesan yang mendalam kepada gua sejak gua berusia 10 tahun (1996) lagi. Dari filem ni lah gua pasang angan-angan. Suatu hari musti, MUSTI pergi ke benua Eropah dan menjelajah tiap kotanya. Sepertimana yang dilakukan oleh Raj Malhotra dan Simran. Haruslah pergi dengan menggalas bag pack dan memakai Fedora! Barulah Raj Malhotra!
Tak lupa jugak mandolin! Petikan mandolin inilah yang paling berhantu dalam filem ni gua rasa.
Lagu peberet gua? Ho Gaya Hai Tujhko To Pyaar Sajna. Lagu saat Simran dan Raj berpisah di stesen keretapi di kota London. Emosi yang bercampur-campur kerna selepas mengembara bersama-sama selama sebulan di segenap benua Eropah, tanpa sedar perasaan benci mula bertukar kepada chenta. Sampai terbayang-bayang akan kelibat masing-masing.
Angau!
Keretapi adalah ‘watak’ utama dalam DDLJ. Mula pertemuan di stesen keretapi. Kemudian terlepas keretapi ke Zurich. Berpisah dan ikut haluan masing-masing di stesen keretapi. Dan di pengakhiran cerita disudahi dengan scene dalam keretapi.
Dilwale Dulhania Le Jayenge. 11/1/2012. TV2, jam 10 malam. Tengok kat TV2 taklah merengkam sangat sebab tak banyak potong macham TV3. TV3 asal tayang citer Hindi, banyak iklan daripada wayang. Lagu pun potong. Baik tak payah tayang!
Dinda tunggu kanda esok ♥




Che kiyah
January 11, 2012 at 4:46 am
Dinda pun dok tunggu jugak hehehe
Dulu zaman filem SRK ni meletup, i kat matrikulasi. Ada sorang kawan sgt fanatik dgn SRK. Sanggup ke Penang cari cd filem Dil to pagal hai dan DDLJ. Balik kolej, berjemaah tgk cd beramai2, yg bestnya tak dak translation pun kt movie tu tapi masing2 pakat2 buat2 faham dialog. Lepas keluar kt tv, i gelak sendiri. Punya beza makna yg kami dok paham sendiri selama ni…
iZZie
January 11, 2012 at 4:21 pm
ye betul!! dulu VCD filem Hindi mana ada subtitle. paham-paham sendiri je. kadang-kadang kagum dengan diri sendiri sebab boleh paham Hindi. Hindi je lah, kalo Tamil memang tak mampu nak paham
Gambit !
January 11, 2012 at 8:59 am
::ohh !! i leb amir khan more !! SRK _ _ Y _ (cam sharnaaaz) !! (yehh, mesti kene pijak ngan SRK’s fans pas ni …) ::
iZZie
January 11, 2012 at 4:23 pm
i kena teka ke tempat kosong tu? boleh beli vokal tak Halim?
nabila
January 11, 2012 at 10:11 am
kalo i minat kat aamir khan…….hehehe…dah tgk ‘ghajini’? kalo blom try tgk la….
dulu kecik2 tgk gak cite bollywood ni….tapi dah besar malas lak….tapi lepas tertgk movie ‘ghajini’, terus terminat tgk cite hindustan ni balik….tp kalo ada aamir je la….hehehe…and also cite yg baru2 la….yg lama tgk dia berlakon tak best….hehehehe
iZZie
January 11, 2012 at 4:26 pm
belom..!! i tak tengok ‘ghajini’. dulu mmg tgk gak citer aamir khan, ishq, maan. maan punya filem buat i merambu-rambu ayaq mata. pastu tgk balik aamir dalam 3 Idiots. hero sorang ni tak makan dek usia pun! muka bebi face gilaaaa!!
skang ni i tak tgk sangat dah filem Bollywood, sebab banyak pelakon baru. lagi plak asik nak tayang badan padahal citer ntah pape. buang masa 3 jam nak tgk derang asik nak jadi macham Hollywood.
Gambit !
January 12, 2012 at 8:44 am
::oh che nabila !! i leb u bcoz u oso leb aamir..haha..cam nk belanja pulot kuning plak macham ni !! pulot kuning ke manisan ? *dilemma*::
::oh izzie..u boleh beli vokal..i bg clue, bukan A E I dan U ..oh oh::
::ohh~~ jaane kyon log pyaar kaarte hain ?::
za somerhalder
January 12, 2012 at 8:49 am
::eh, i tgk ghajini..nk tau sapa rekomen ? Madam BEL i..i ingat die siap cakap.kat kelas lagek..oh, btw, citer ghajini tu saduran citer hollywood – ‘memento’ , cuma ghajini lagi best !! aamir never let me down ..(er, ada skali, citer rangeela ke hapa tu) ..cume gerun sket tgk badan dia..cam kene suntik !!::
iZZie
February 1, 2012 at 1:45 pm
i tak download lagik citer tuuuu!! nanti i carik eh?!
nabila
January 27, 2012 at 3:26 pm
Izzie,
Review n comment la pe2 cite….dah lama takde….ariana n mikhail ke..dingin lavender ke….gemersik kalbu ke….
iZZie
February 1, 2012 at 1:19 pm
bukan taknak tulis, tapi malas lebih menguasai diri. ariana mikhail i baru tengok separuh kat episod 2, gemersik kalbu pulak lompat-lompat. dingin lavender citer apa? -__-”
nabila
February 2, 2012 at 11:45 am
dingin lavenda tu cite yg ada wat kat oz tu…tv3 gak….tapi kalo malas tu i paham…sebab i pun sama! hohohoho
che gambit….pulut kuning la…nak rendang dgn telur rebus dgn timun…..hahaha ada bran?