Dah 10 hari ropanya di tahun baru. Terasa sekejapan sangat. Masa berlari dengan terlalu pantas sampai kadang-kadang tak terkejar rasanya. Manakan bisa sendainya langkah kaki hanyalah setapak dua sedangkan masa pula berlalu sepantas kilat.
Ini adalah omelan. Omelan seorang yang hatinya kadangkala kosong dengan persekitaran. Yang sering hanyut dalam donianya sendiri. Terkadang terasa selesa begitu, untuk menjadi ignorance dan terus khayal tanpa gangguan dari luar. Kerna kalau terlalu mengambil hal-hal sekeliling, bikin sendiri jadi lebih pusing.
Ya, ini sesi bercakap dengan diri sendiri (lagi).
Dari kecil, gua betah tinggal seorang di rumah. Mak dan abah kerja, abang, angah dan alang sekolah pagi. Gua je yang bersekolah petang. Waktu tu gua di Tahun 1. Mak akan masak siap-siap setiap pagi. Nasi akan diletakkan dalam flask, supaya kekal panas. Lauk dalam periuk dan kuali. Kadang-kadang akan diletakkan dalam oven kalau ada lauk lain seperti ikan goreng.
Kalau tak ada kerja sekolah, gua akan bangun sedikit lambat. Ya, sedari kecil memang susah untuk gua bangun pagi. Apabila terjaga, gua akan baca nota yang mak tinggalkan di tepi bantal. Dipesannya supaya makan nasik, mandi, pakai baju sekolah, pakai bedak, sikat rambut elok-elok dan tunggu bas jam 11.45am.
“Tinggal kat rumah elok-elok ya, sayang.”
Pesan mak di akhir nota.
Gua pergi ke bilik air, basuh muka dan gosok gigi. Terus pergi bukak tv, tengok apa-apa rancangan yang menarik. Kadang-kadang tengok TV Pendidikan. Sebab nak tunggu kartun kegemaran, “Sang Kancil dan Buaya”, “Monyet Yang Degil”, “Kura-kura dan Arnab”, “Kerbau Yang Malang”, “Gagak Yang Bijak”, etc. Pukul 11 mandi, pakai pinafore yang sudah mak gosokkan, makan nasik kemudian tunggu bas. Kawan-kawan lain mak derang temankan.
Balik sekolah dalam pukul 6pm. Sampai di rumah gua duduk dalam rumah aja tengok tv. Tak bermain di luar dengan kawan-kawan. Tinggal sorang lagi sebab mak dan abah belum balik kerja. Abang, dan kakak-kakak punya aktiviti sendiri dengan kawan-kawan sendiri.
Oh, itu semua adalah kenangan 20 tahun lalu.
Sekarang hidup makin kompleks. Penuh emosi. Dan drama. Yang kadang-kala meletihkan akal fikiran dan badan. Tapi itulah yang akan membuatkan kita lebih matang, belajar dari pengalaman.



nabila
January 10, 2012 at 1:46 pm
kecik2 u dah pandai memahami dan pandai jaga diri…..bagus…..skang anak saya pulak lalui keadaan lebih kurang mcm tu walaupun situasi tak sama…..nak buat mcm mana….nak tak nak i kena keja…..kalo tak nak makan pe…..
iZZie
January 10, 2012 at 7:03 pm
ye.. skang ni memang mak ayah kena kluar bekerja utk masa depan yg lebih terjamin. bukan utk sapa, utk anak-anak jugak. tapi ur kids tinggal dengan sapa? pengasuh/maid?
tiap kali kalo ingat balik kenangan ni, musti mak i cakap..dia tawakal dan berserah kepada Allah untuk tinggalkan anak kecik sorang2 dan pelihara keselamtan anak-anak di rumah. sebab dia keluar cari rezeki untuk besarkan anak-anak. eh, sebak ;’(
hydeist
January 10, 2012 at 8:30 pm
ye benar, dulu kanda pun mempunyai pengalaman yg sama.. bezanya kanda tak dpt nota kecik di tepi bantal dan nasi kene masak sendiri huwaaaaa hehe.
iZZie
January 10, 2012 at 9:25 pm
huwaaa.. nasib baik membesar bagaikan juara
nabila
January 11, 2012 at 10:06 am
my son dh masuk tadika…so ptg kat situ gak….nursery skali…..part yg mak u kata tu rasa mcm sebak lak….bole bayang kan…..isk…isk…
iZZie
January 11, 2012 at 4:24 pm
hati ibu kan.. memang dia berat hati nak tinggalkan anak sendirian, tapi dia sendiri takde pilihan lain. itulah pengorbanan seorang ibu :’(
Noraini ali
January 19, 2012 at 8:13 pm
Alahai.u turn out well dear.i guess malaikat jaga u n u r such a good girl
iZZie
February 1, 2012 at 1:32 pm
amin. thank u so much nor