Nora Elena: Episode 11

Buru-buru meggi dimasak di atas dapur. Segalanya perlu siap sebelum jam 7. Perlu siap masak, perlu siap makan. Meggi pun, meggi lah! Kalau dulu waktu cenggini sedang enak bersiar-siar sambil menikmati kicauan burung dan keindahan alam. Tapi sekarang tidak lagi! Pukul 6 dah terpacak kat pintu rumah.

Jam 7. Meggi tak sempat dihabiskan. Takpe, kendian boleh makan. Kalau jadi kembang besar cacing pun gua akan telan. Kerna gua perlukan sepenuh perhatian. Perlu fokus. Dan perlukan konsentrasi. Ini antara hidup dan mati!

Meggi ditolak ke tepi. Tak laku buat masa ni. Iklan nanti gua sambung makan lagi. Debar-debar. Bantal tak sempat dicapai..bahaya ni! Persedian tak cukup rapi.

PerSETH-TANkan!!!

Auzubillah hi minasy syaitoonirrajim…

Gua akan coba tulis secara waras. Dan maafin atas recaps yang lambat (semalamkan malam pengantin..pancit bak kata Leanne *pangggggggg*). Episode ini begitu mencabar minda dan jiwa untuk dicoretkan. Kerna apa yang bergelora di dalam hati ini mungkin tidak dapat dikongsikan kesemuanya sekali. Dan gua mahu fokus pada pengantin baru sahaja *senyum miang*

Pakaian untuk majlis persandingannya serba kuning, bersampin, bertanjak, siap berdokoh. Sekali pandang tak ubah seperti seorang pembesar istana lagaknya. Orang Kaya Laksamana barangkali. Kelihatan sungguh gagah perkasa. Molek benar dengan permaisuri hati yang baru dinikahinya itu. Pasangan raja sehari yang umpama turun dari kayangan. Oh, indahnya ciptaan Tuhan.

Seth dan Elena mengucapkan terima kasih kepada staff pejabat Seth yang hadir. Tapi Elena rasa kurang senang lalu mintak diri untuk berlalu. Di pintu rumah, bertembung pula dengan Maria. Maria memuji-muji betapa chantek kakak ipar barunya. Elena bertuah katanya kerna takkan punya ramai in-laws memandangkan Seth cuma punya Maria dan tiada ahli klorga yang lain. Senang satu hal :P

Datanglah si Orang Kaya Laksamana mendapatkan kedua-dua insan yang dikasihi. Sempat Maria bergurau-senda dengan abangnya. Sengaja diusik dan disakat, maklumlah pengantin baru. Perlakuan manja antara abang-adik itu diperhatikan oleh Kak Pah. Ditegurnya andai Elena mungkin akan iri hati dengan aksi Maria yang begitu manja dengan Seth itu. Maria, Maria. Maukah tuan hamba bergantikan tempat dengan beta? Andai Elena tidak cemburu, namun hati beta ini cemburu!!

Menyangkal kenyataan Kak Pah itu, sekonyong-konyong Seth mendepakan tangan, lalu adik kandung diapit di sisi kanan, permaisuri hati pula diapit di sisi kiri. Kemas, dan kejap pautannya dari lengan sasanya. Rapat hingga tiada ruang yang tinggal.

CUT!! CUT!!

Gua perlu hentikan penulisan ala-ala zaman dahulu kala ni. Kang tak pasal lagi berjela-jela panjang dengan bunga bahasa segala.

Seth!! Pandainya amek peluang nak bersentuhan dengan Elena!! Muka tu!! Muka tu kenapa comel sangat bila pegang bahu wifey?? Seth tanya kat Elena, apa menda lagi dia nak kena buat lepas ni. Yelah, dia kan tak tau sangat adat kenduri-kendara orang Melayu. Terus Elena suruh Seth pergi belakang basuh periuk, pinggan mangkuk kenduri segala.

Atan tanpa banyak soal terus pergi belakang, cabut sampin kemudian sangkut kat tiang. Dia amek berus, duduk mencangkung, terus sental bontot kuali yang hitam legam DENGAN BAJU PENGANTIN DAN TENGKOLOK ATAS KEPALA TAPI PAKAI SENGET KE BELAKANG!! CHUMILS!! HAHAHAH!! But whyyyyy??? Whyyyy?? Kenapa tak salin dulu baju sanding tu kanda? Elena, you sangat rugi tau!! Kalau I, I akan duduk kat situ jugak dan sama-sama sental periuk belanga kawah segala. Kan ada air paip kat situ..I akan simbah-simbah dan percik-percikkan air kat Seth. Biar dia basah. HUWARGHHHHHH!! Lelaki basah adalah sangat hotttttttttttt!!!

Tapi kan, kalau adat orang Melaka memang pengantin kena cuci periuk kenduri lepas majlis, kan? Correct me if I am wrong, ye orang Melaka. Tapi setahu gua, pengantin perempuan yang selalunya kena buat..bukannya pengantin lelaki! LOLOLOL.

Boleh tak Elena cakap padan muka kat laki dia bila dia nampak Seth sungguh-sungguh sental periuk kenduri semua. Durhaka tau! Nasibla Pakcik Nordin datang sebagai penyelamat. Tak pasal-pasal Seth jadik buruh kasar cuci periuk. Tukang cuci periuk/kuali/pinggan mangkuk yang paling sexay dalam donia!!

Malam menjelang tiba. Atan duduk melunjur sambil bersandar di pembaringan.. *cough* dalam bilik pengantin *cough* Berjeans biru dan t-shirt polo berwarna coklat. Bersendirian sambil membaca buku agama, perihal tanggungjawab suami dan isteri. Apasal gua senyum sampai telinga ni?? Aishhhh..imaginasi sudah bekerja lebih masa!! Bahaya!! Bahaya!! Elena masuk dalam bilik pengantin. Buku agama masih di tangan, sepertinya Seth masih lagi meneruskan pembacaan. Tapi dengan suara yang lunak, Seth menegur Elena..

 “Pandai awak kenakan saya petang tadi. Tapi takpe, saya masih ada tenaga untuk malam ni.”

 Seth senyum nakal penuh makna, dan mukanya dia tutup dengan buku yang berada di tangan.

HOMAIIIIIIGOOOOODDDD!!! YA TUHANNNNNNNNNNNN!!!!!!!!! Mintak nyawa!!! Mintak nyawa!!! *istighfar banyak-banyak sambil urut dada*

Di balik buku tu, gua tahu senyuman nakal Atan masih bersisa. Kanda, kenapa kanda seksa dinda begini??

Elena marah bila dengar Seth usik dia macham tu. Ala maksu garang ni, usik sikit pun tak boleh. Bukan orang lain, husband you jugak. Kalau dia tak usik you, takkan nak usik I pulak? Eh! I RELAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!! Elena cakap dia nak salin baju. Disuruhnya Seth keluar sebab tak selesa. Alahai, kalau gua..terus aje gua STRIPPPPPPPPPPPPPPPPP!!! Hueheuheuhe.

“Kenapa pulak saya kena keluar?” Seth seakan-akan tak mau mengalah.

Tapi diikutkan jugak permintaan Elena. Elena siap kasik isyarat, kalau pintu dah diketuk 3 kali..itu tandanya Seth dah boleh masuk. Hehe..apasal tak kasik password skali maksu? Dengan langkah yang berat Seth keluar dari bilik pengantinnya. Berdiri tercegat di luar bilik tak kena, sudahnya dia berjalan mundar-mandir macham ayam berak kapur menantikan pintu diketuk. Kanda, coba bawak bertenang! Gelojoh sangat tau!

Dalam bilik, Elena dah siap salin pajama. Pajama jek? Tak matching plak tu! T_____T Elena resah gelisah dalam bilik. Nebes mungkin. Teeheehee. Pintu bilik dia ketuk 3 kali sebagai isyarat yang Seth dah boleh masuk. 1..2..3.. Tiada respond. Elena ketuk lagi sekali. 1..2..3.. Masih tiada respond. Elena kaget. Terus dia bukak pintu dan carik kelibat Seth. Tiada.

Mana Seth? Seth majuk dah ke?

“Taknak masuk, sudah! Lagi bagus!”

Aik. Ni marah sebab apa ni? Sebab Seth tak tunggu ke? Seth dah tunggu tadi tapi Pakcik Nordin ajak minum kopi. Sambil sembang-sembang kat serambi rumah, Pakcik Nordin cakaplah pasal duit hantaran Seth kepada Elena dah terlebih satu kosong. RM50 000!! Sila perhatikan jumlah angka sifar itu wahai sekalian makhluk alam. Tapi Seth cakap, dia tak buat kesilapan. Memang itu jumlahnya dia nak kasik kepada Elena.

Seth, kanda ada lagi 3 kuota kosong tau! Elena, you sanggup terima ‘adik’ tak? *cough cough*

Elena dalam bilik macham panas punggung. Tak tau nak buat apa. Sudahnya buku yang Seth baca tadi dicapai. Ye, sila baca bahagian tanggungjawab isteri tu Elena. Buku diletakkan semula dan dia baring, coba nak lelapkan mata. Tapi tak berjaya.

Muka Eid muncul kat skrin tv. Terus padam senyuman gua. Potong stim betullah dia ni! Pffttt. Eid kluarkan satu kotak. Dalam tu semua harta benda masa tengah syok berchenta dengan Elena. Dia terpandangkan kad kawen yang tertulis nama Saiful Idham & Nora Elena. Terus ingat balik kenangan dulu. Kalau tengok masa berchenta, memang manja gila Elena dengan Eid. Very loving. Tapi sayang, chenta tu tak berakhir di jinjang pelamin. Semua salah Eid. Terima kasih Eid sebab kalau lu tak buat perangai, Seth tak dapat kawen dengan Elena.

Back in the bilik pengantin, Elena masih tak dapat tido. Tiba-tiba Seth masuk. Terus Elena pejam mata. Seth tengok Elena dah tido kat tempat yang dia baca buku tadi. Haha..gila awkward Seth masa ni. Macham tak tau nak ke mana, nak kena buat apa. Sudahnya, dia ambik selimut dan selimutkan Elena. Awww… Elena yang pura-pura tido terus pejam mata rapat-rapat lagik. Dan Seth baring di sebelah. Elena pulak tido membelakangkannya. (Elena, dosa tau tido membelakangkan suami). Hanya dipisahkan dengan seketul bantal golek di tengah-tengah. *fuuuhhhhh fuhhhhhhhhhhhhhh*

Seth masih tak mampu pejamkan mata. Dijelingnya Elena di sebelah. Elena tak berkutik. Dan bila Seth coba nak berkalih, tangannya terkena bahu Elena. NGAAAAAAAAAA!!! Terus Elena mengelak. Ceh! Tak tido lagik ropanya! Kenapa you elak Elena??!! RUGINYAAAA!!! Kalau I, I akan ________ (fill in the blank). Bila Elena mengelak begitu, Seth perasan. Nampak wajahnya kecewe (ke suka sebab dapat tersentuh badan Elena dan tau Elenapun tak tido lagi?). Awww.. Terus diambil bantal peluk yang berada kat tengah-tengah tu dan dipeluknya. Hmmm..tak dapat orangnya, dapat peluk bantalnya pun jadiklah kan? Untungnya kau bantal peluk, jom kita tukar tempat nak? -_-“

Elena bangun untuk bersolat Subuh. Seth masih lagi di pembaringan (tak solat Subuh letewww!), tido dengan jeans dan t-shirt polo. Alahai, kesiannya..baju pun tak tukar. Elena tak kasik kain pelekat untuk salin ke? Dan dengan aksi posing sebegitu, TIDO PUN PERLU NAMPAK SEXY KE WAHAI SETH TAN???!!! Subuh = sejuk. Kalau sejuk perlu carik selimut. Selimut = Seth Tan. *tampar diri sendiri laju-laju*

Paginya, Elena dan Seth dah nak bertolak pulang ke KL. Elena tak boleh coti lama-lama sebab dah banyak hari sangat dia coti. Bila Pakcik Nordin tanya, derang tak pergi honeymoon ke, cepat je Seth jawab,

“Honeymoon kat rumah je, ayah.”

Ya, kanda. Lebih afdal begitu. Marilah kita pulang ke rumah kita kanda, suruh Pak Ali bawak lajuk-laju tau! Biar cepat sampai :P

Bila dengar Seth jawab macham tu, muka Elena tak senang. Elena nak masukkan beg dia dalam boot kereta tapi Seth cepat-cepat ambik beg berat tu dari Elena. Maka, tersentuhlah tangan isterinya itu. Tapi Elena cepat-cepat tarik tangan dia, macham taknak langsung ada body-contact dengan Seth. Your lost, Elena! Seth sedar Elena macham tak rela. Makcik Jijah dan Pakcik Nordin pun nampak Elena buat perangai cenggitu kat Seth. Nak masuk keretapun Seth bukakan pintu untuk Elena. Oh my! Seth, kanda sangat gentleman. Mana nak carik lelaki seperti kanda di Malaya ni??!! TAK ADA!! TAK ADA!!!

Sampai rumah Seth, Elena kagum tengok rumah Seth. Mewah. Maria buru-buru turun tangga mendapatkan Elena. Terus dipanggilnya Elena dengan panggilan “kakak” sebab sekarang dia dah jadik kakak ipar Maria. Elena tak suka, dia suruh panggil Nora je macham biasa. Seth tolong cover cakap yang Elena tak suka dipanggil “kakak” sebab rasa tua. Awww..kanda sangat memahami tau! Kenapa Elena tak coba untuk fahami kanda sepertimana kanda memahaminya? Tsk.

Seth ajak Elena naik ke atas, nak tunjukkan bilik derang. Yes, yes!! Bilik lagik!! Cepat tunjuk bilik you yang besar tu Seth..gagagaga. Tapi Maria kacau line. Ada ke dia tanya Elena nak bersembang dengan dia ke nak ikut Seth naik atas tengok bilik? Dahlah Elena asik mengelak dari semalam, musti-musti jugaklah dia pilih nak sembang dengan Maria. Demmm you Maria! Dendam gua dengan lu semalam pun tak abis lagi tau! Ni lu tambah lagik satu!

Seth tak cakap apa. Dah orang tak sudi nak tengok bilik.. TAPI DINDA SUDI, KANDA!! Marilah kita ke atas buat apa-apa yang patut *uhuk uhuk*

Malam tiba. Seth di hadapan pc. Kanda, buat apa duduk depan pc je?? Bukan itu tempat yang sepatutnya kanda duduk. Aishhhh…dah ada Elena pun masih lagi sibuk dengan pc? Geek sangat tau! Cubit sikit pipi dia tu. Elena mundar-mandir dalam bilik. Wah! Ada dalam bilik yang sama!! GUA SUKA SCENES DALAM BILIK, KATIL-KATIL SEMUA NIIIIII!!

Seth boleh agak Elena ada benda yang nak dicakapkan. Memang pun. Elena terus-terang bagitau yang dia belom sedia nak jadi isteri Seth sepenuhnya. Duh! SAYA SEDIA!!! SEDIA!!! Dan dia kawen dengan Seth pun sebab mak dia, dia tak cintakan Seth pun. Seth tak marah, malah dia tak paksa Elena. Malah apa sahaja Elena nak, dia redha. Ya Allah, bagai ditusuk-tusuk dengan belati bila Seth cakap macham ni. Betapa lukanya hati dia. Elena, sudah-sudahlah buat Seth cenggitu. Kenapa nak seksa dia? Kalau tak suka dia, hantar dia balik kat pangkuan I semula. I akan terima dia dengan tangan yang terbuka.

Dan paling sedih bila Elena mintak tido di bilik asing-asing. Seth setuju tapi sekurang-kurangnya tunggulah sampai Maria dah balik semula ke Australia. Wajah kecewa lagi jelas terpamer di situ. *sobs*

Seth bangun dari kerusi di hadapan pc menuju ke bilik air sambil nak tanggalkan baju untuk disalin. YES!! YES!! SIKIT JE LAGI KANDA..TERUSKAN..TERUSKAN~~~

“Arrghhhhh..!! Seth!!” Elena menjerit. Seth terkejut. Terhenti perlakuannya nak salin baju. DEMMMMM YOU ELENA!!! I HATE YOU NOW!!!

“Lain kali kalau nak tukar cakaplah.”

“Nak salin baju pun kena mintak izin ke?”

Tak perlu kanda!! Tak perlu!!! Dinda beri keizinan selama-lamanya untuk kanda salin baju di hadapan adinda tak kira masa dan ketika. Boleh jua adinda strip bersama-sama…lalalala.

Esok paginya, Elena di dapur menyiapkan sarapan. Nasi Goreng Kampung. Seth duduk di atas kerusi dan mencedukkan nasik goreng untuk Elena. Wah! Ini sudah terbalik. Siapa yang serve sapa ni. Adoiyaiiiiii..untungnya badan you Elena. Mr.SexyGojes sudi berkhidmat bakti setia untuk you sorang. Nanges! Kalau kawen dengan Eid, mungkin you takkan dapat layanan 1st class cenggini.

Seth puji nasik goreng Elena sedap. Tapi being maksu yang garang, suami puji pun dikatakan tak ikhlas. Hey babe, you and I ada persamaan!! I pun susah nak accept compliments tau! Kalau orang gimme a compliment, I rasa macham orang tu tak ikhlas, macham nak perli I. Bila Elena offhanded macham tu, Seth jawab balik.

“Macham la awak tau apa dalam hati saya.”

Awww…kanda, dinda tau! Dalam hati kanda ada taman. Taman Astakona.

Maria datang nak join sarapan pagi. Tapi dia tengok satu atmosphere yang sunyi sepi. Terlalu sunyi untuk pasangan yang baru kawen. Awkward. Maria tanya, Seth dan Elena gaduh ke? Takkan baru kawen dah gadoh kot? Sepantas kilat Seth sangkal. Untuk membuktikan, Seth secara spontan suap sesudu nasik goreng ke mulut Elena sambil senyum simpul.

MINTAK NYAWAAAAAAAAAA!!! MINTAK NYAWAAAAAAAAAAAAAA!!!

Homaigod Seth!! Kenapakah kanda sangat charming!! Hati dinda sudah tidak dapat diselamatkan lagi ini!! Masukkan dalam peti ais semula pun tak mahu beku kembali..ottoke??!!!

Elena yang terkejut dengan aksi spontan Seth tu terpaksa juga membuka mulut dan menerima suapan nasik goreng dari Seth. Terjegel mata Elena. Muka Seth sangat chumilsss!!! Senyuman tuuu..ehehe. You guys are so sweet. Oh..I am so in love with this Seth yang selalu curik-curik peluang nak manjakan isterinya.

Amir tepon Seth, nak ucapkan selamat pengantin baru. Disebabkan dia tepon macham masih lagi awal pagi, dia tanya ganggu Seth ke? Mana tau kot-kot Seth tengah honeymoon, tengah atas katil lagek.

“Aku kan multitasking.” Jawab Seth.

Kanda ni nakal tau! Dinda geget pipi tu kang baru tau.

Elena dah bersiap nak pergi shopping dengan Maria. Sempat lagi touch-up mekap depan cermin. Bila nampak Elena dah chantek begitu, tidak boleh tidak..mulut Seth ringan je nak tegur.

“Janganlah chantek-chantek sangat. Nanti saya gak yang susah kalau orang lain tackle awak.”

 Oh, pandangan mata itu…dengan nada suara yang seromantis begitu. Dinda tak jadik keluarlah kanda, marilah dinda temankan kanda di rumah sahaja.

Tapi itu gua. Gua je yang tak sampai hati nak tinggalkan suami yang baru dikawenkan kat rumah sorang-sorang. Elena tetap kluar jugak. Aishhhh…meninggalkan suami yang sexay di rumah sorang-sorang adalah suatu kerugian besar! Buru-buru Elena kluar. Dan saat pintu ditutup, kelihatan Seth yang seperti kecewa. Hmmm..salam tangan pun tidak.

Masa Elena tengah syok shopping, ada stalker duk ikut. EID!! Really, Eid?? Dah upgrade jadik stalker plak skang ni. Euuuuwwww…sangat tak senonoh okeh tengok bini orang senyap-senyap. Lu memang lain! Tak sama macham Seth. Lu tak gentleman langsung!

Di rumah, Eid tengok surat tawaran. Datuk Husin tawarkan dia keje di Qatar. Bagus! Senang hati gua. Pergi main jauh-jauh sikit. Bila Yvonne dapat tau Eid nak pergi Qatar, dia takleh terima sebab Eid macham dah give-up dengan Elena. Sebab kalau dia, she will stay and will fight until she get what she wants. In this case, Seth!

Di rumah Seth, Maria dah bersiap-siap nak balik Australia. Hailah Maria. Untungnya dapat kau jadik adik Seth. Dapat peluk cium dari Mr.SexayGojes itu. I really jeles. Rasa hati seperti dipulas-pulas  T_____T

Maria lambai dari dalam kereta. Seth dan Elena lambai dari perkarangan rumah..sambil lambai, sambil Seth paut bahu isterinya. Seth kasik senyuman yang paling manis sekali mengiringi keberangkatan adiknya. Awwww…pandainya dia!! Pantang lepa, cepat je tangan tu. Nakal kanda ni!

Dan laju jugak Elena rungkaikan pautan Seth bila Maria hilang dari pandangan mata. Pffttt! You ni kan Elena, spoil betul lah! Asik turn off kan I jek! Kasik lah I chance sikit nak buat modal tido malam nanti. Ini tidak. Sejuk macham air batu. Bila Elena tolak pautan Seth, Seth buat-buat macham dia tengah eksesais tengan. Sambil senyum! NGAAAAAAA!! COMEL TERAMAT!!!

Geget pipi dia!! Geget pipi dia!!

Babak berakhir dengan satu lagi keberangkatan. Keberangkatan Eid meninggalkan Malaya. YAAAABEDADUUUUUUUU!!!

.

i.Z.Z.i.e:

Ahmad Seth Tan dan Muhammad Seth Tan sangat berlainan wataknya. Hmmm..nantilah buat kesimpulan panjang lebar.

Gua putus nyawa tengok episode 11 ni. Tak bernapas dibuatnya. Semput!! Dan gua rasakan episode semalam macham sekejapan sangat. Ke gua sorang rasa cenggitu?

About these ads

42 thoughts on “Nora Elena: Episode 11

  1. ah dan2 lah scene sat.abeh scene kat katil takkan nak tunjuk lelama? kena ban nanti! hahahahaha.

    excited gila aku baca weh!!!! comelnyaaaaaaaaa seth tan masa cuci periuk! ai like!! he looks hot and spicy. aummm!

    • auuummmmm!! terkam dia!! terkam diaaaaa!! awatlah dia hot sangat wehhhh? cuci periuk pun nampak sangat gagah perkasa. nanges!!

      a’ah, takleh tunjuk banyak scene dalam bilik..nanti kena ban. sikit2 ban..sikit ban. susah woahhhh..

  2. tak suka seth tau, malu saya smlm, semua ingat saya gatai.

    statement: Lelaki basah adalah sangat hotttttttttttt!!!
    sangatlah setuju!!!

    eh mana ada gatai, saya inecent..

    • hahaha..sampai terjerit kat depan customer!! kamo memang tauuuu!! sukar nak kawal perasaan letteww!! saya paham kamoo..saya paham *tepuk tepuk bahu jasjamal*

      tapi saya tak setuju statement bawah skali tu: kamo memang gatal lahhhhh!!!

  3. yahuuu dr td i tggu u & leaane update hehe. mmg frus i tgk episod ni tau. asyik kena potong stim je…muka eid muncul tak psal2 & replay scene dia dating dgn elena dahulukala. issh.. skrg baru nak ingatkan saat2 indah tu…org xsbr nak liat scene dlm bilik/katil je :P

    & ku kira scene mlm pengantin tu, bila seth ambik bantal peluk tu, dia sje nak pindahkan sbb dia nak terkam je elena gara2 geram. heheh…tapi lgk2 i hampa sgt. :p

    issh issh blm pun smpt pape, abis epi ni. mmg tak bagi chance lgsng. i plak yg tak leh tido kerungsingan…

    • kan? sian seth..memang dia ikut je rentak elena. memang sabar sungguh! now i cant wait nak tunggu derang gi cameron highlands..weeeeee!!

  4. Okey. first time I jumper your blog sebab google Nora Elena, and seriously, I sangat-sangat suker dengan your review on each episode. And imagine yer, I macam tunggu-tunggu your review for yesterday’s episode…:) Boleh tak?
    Seriously, I pon dah jatuh cinta siap berguling-guling dan begolek-golek kat Seth Tan nie….:) *Lap peluh sebab terlampau hot sangat*
    Nasib baik la kiter dah kawen…:)

  5. teman nk tnya ni..huhuhu..mengikut dlm novel kan msa bila yg nora elena tu boleh trima seth tan tu sbg suami & loving couple..teman mmg x sbar nk tnggu scene diorg g cameroon highland tu…huhuhu..lg 3ari nk tnggu next episod..ssngguh menyeksakan idup utk mnanti episod strusnya..sngguh kejam TV3..pastu dh ler byk iklan..lg meroyan dibuatnya..hahahaha…

    • amboiii..tak menyabor benor..kalo teman criter kat sini, abih la suma spoiler :P
      kalo dalam novel tu, elena dah boleh terima seth sebelom pegi cameron lagi nyer
      sama2 ler kita tunggu minggu depan nak tgk lagi sambungan nora elena..teman pun rasa sesak napas nak menugggukan

  6. hi beauty..thanx for review about this drama..i like ur style of writing..cant wait ur review about ep12..for me, the cute episode ever..ahaks~

  7. huhuhu..excited je nk tau..apa2 pun TQ..bila plak nk publish episod 12..xsbar nk tnggu ni..dhlh 3ari ckup myeksakan..kejam sngguh..

    • azali, bawak bersabor ye..nanti teman publishkan recaps episode 12..teman busy bebenor. malam tadi tido awal. tapi teman janji tulih panjang2 nanti ye.. :P

  8. mmg betol izzie..citer nie sangat sekejap n x puas tengok,sampaikan anak den pon x terlayan.punyela kusyuk tgk cite nora elena.hehehehehe..izzie tau ke siapa yang rogol elena tue sebenarnyer?rasanye seth tan la..sbb tue die bersungguh cari elena n kawen akhirnye..tp kan best la izzie, create cite nie..mmg menjadi giler akk..yang episode 12 bile lg..huhhuhu

    • kalau ikut novel, memang seth yang rogol. tapi dalam drama ni, tak berani nak teka sebab so far, memang ada banyak twist! berdebar-debar nak tunggu, suspense sangat.
      seth tu nak kawen sangat2 dengan elena bukan sebab dia penah rogol elena je, tapi sebab dia betul2 sayangkan elena n nak memiliki chenta hati dia.
      hehe

  9. izzie selamat berkenalan.hari-hari kak ja baca review izzie. suka betul dengan 2 watak utama ni.sesuai sangat. sama kacak,sama cantik.ki.ki

  10. salam izzie..nak bace review dr awak episod semlm..semakin byk aksi romantis ni..tul2 tak sabar tunggu minggu depan..

    • salam syida
      episode semalam tu sangat mencabar jiwa!!! 2 hari dah sawan ntah pape jek
      tunggu ye, i tak sempat lagi nak karang panjang lebar sebab semalam sexcited sangat

    • mya.. sorry..
      recaps episode 12 memang lambat ler jawabnya
      semalam dah layan ABANG SETH
      tak sompekkkkkkk!! tunggu eh, nanti i tulis laju2..banyak koje nak kena siapkan -_-“

  11. hi, izzie…
    aduhai best nyer ngok cita ni…. tp pastu mesti gaduh ngan anak dara i 8 and 9 yrs old… diorang suka eid ngan elena… pastu i suka seth and elena… masa tgok tv sesama..bila dah abis cita… 2 2 masuk bilik tak nak tegur i…hahah..jd musuh la plak… tp semua cakap cita ni terbaeekkk.

  12. izzie…,
    ur review is the best, like pro writer…
    bg la hint sket pisod 12… tak nak bli novel…nnt tak thrill lg….tp tak sobar den nak nunggu 3 ari ni… tv3 tolong la buek slot ni 7 ari seminggu… buleh ko?…..

    • hi kak rathna, thanks sebab baca recaps saya.. saya tulis ikut perasaan dan perasan sendiri je kak.. kadang emo terlebey huhu
      anak dara akak sokong Eidena? oh noooo…!! sangat tak setuju. takpe, kita sama2 team ABANG SETH!!
      episode 12 tu lambat sikit sebab semalam memang takleh nak buat apa, asik senyum sampai telinga..memang tak tulis apa pun lagek
      nanti saya tulis panjang lebar..sebab banyak sangat aksi yang boleh gugur jantung..hehe

  13. i dah naik giler…tambah tambahhhh menggiler bile bace ur review..ep 12 paling malatops…cant wait ur review….aauuuummmmm.

  14. Hi Izzie,

    Mintak permission promote your page ni kat fb I ye sebab ramai my friend yg sgt gilekan citer ni..and your storyline..terbaekkkkkkkkk!!!! Menggembirakan saye:)

    TQ

    • kak ja..sorry sangat. memang review kali ni lambat keluar. my wrist sakit..nak menaip memang seksa T_____T
      btw, harap kak ja enjoy recaps episode 12..

  15. bila nk recap episod 12 ni..dh x sbar ni teman..dri mlm tdi tnggu…seksa sungguh nk mnantikan recap ep 12 dri izzie ni..

    • sorry la azali.. nak buat macham mana, bukan teman saje nak buat gimik
      ni ha, teman dah publishkan recaps episode 12
      hopefully, u will enjoy my entry :)

  16. cheQ izzie,

    adoih da abes kt ofis smbung kt phone plak.. tp i start bce aritu review utk episode berapa tah n i’m goin backwards..

    btw,jgn kn u meroyan yg baca review u nih pun i bet ramai yg meroyan psl SETH TAN ;)

    i g tgk kl gangster, pun i leh sengih sensorg ingat dia as seth tan..dok renyih mcm pompan gatai pdhal tunang kt seblah terabai.. kahkahkah.. maafkan i inchek tunang.. penangan aaron aziz kuat sgt :D

    keep up the good work smpai finale tau cheq izzie! u go girl!

    peace (-.-)v

    • just imagine macham mana i duk bayangkan seth tan dalam novel selama ni..memang betul2 otak bekerja lebih masa.
      terlalu terbuai dengan angan2 sendiri..sampai hidup dalam fantasi. mana ada lelaki kat mesia macham seth tan??!! habaq mai sat kalo ada.
      MEMANG TADAK!

      i tengah berusaha dengan gigih duk tulis episode 16 dari minggu lepas ni tau! punyalah banyak dugaan.. aishhhhh

  17. I feel u babe.. i do..

    Mula lah nk kene sawan tarik bila dah kelua dialog cam yg berikut nih kat dia..

    “bila badan u nk jadik cam aaron aziz nih?”

    inchek tunang smbil bo-layan ckp “japgi japgi”

    *&%##&/- grrrrrrr!!!!

    anyway wat pelan2, jgn rushing nnt tak feel! knape xde seth tan di alam nyata nih? huhuh..

    keep up the good work smpai finale tau cheq izzie! u go girl!

    peace (-.-)v

    • thanks cheQpora. i just published recaps episode 16. lagik 8 episode nak kena bayar balik.. hopefully momentum untuk terus menulis tu masih ada sebab drama Nora Elena pun dah abis kat tv3 kan?

      -_-“

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s