Nora Elena: Episode 1

Berdebar-debar semalam menantikan jam 7 petang. Awal-awal lagi dah tercongok depan tv. Tataulah kenapa perasaan bercampur-baur. Mata tertancap di kaca tv, di tangan applikasi Twitter terpampang.

5 minit pertama.. Plot hampir sama dengan jalan cerita dalam buku. Tapi lama-kelamaan, perasaan mula terasa berbulu. Bahaya. Kerna gua meletakkan harapan yang tinggi tetapi apa yang disaksikan dengan mata dan kepala sendiri adalah bertentangan sekali. Dan sudah semestinya, tidak 100% jalan cerita akan kekal sama sepertimana dalam novel.

BILA MASA PULAK SETH TAN MIXED? AYAH CINA, MAK MELAYU??!! T_____________T

Dan Seth Tan tak kerek macham tu pun kalau dengan Nora Elena. Tak gugup, tak gelabah. Beliau punya tahap yakin diri yang tinggi, begitu romantis dan sangat..mencairkan hati. Mungkin genre yang ingin diketengahkan penulis skrip/pengarah/penerbit adalah sketsa romantik, makanya karektor watak-watak yang terlibat pun berlainan sikit.

“Bila kita baca dan divisualkan tidak sama. Dialog di dalam novel memang romantik sangat malah lokasinya banyak di rumah dan di kamar tidur. Justeru, ia akan menyentuh sensitiviti masyarakat,”  – Suryatie Sidek, penerbit drama Nora Elena. Sumber dari sini.

Rumah? Kamar tidur?

Jadi, gua mengandaikan bahawa tiadalah babak romantis selepas selesainya parti di rumah Seth Tan & Nora Elena itu.. Tiadalah aksi berdua-duaan di Cameron Highlands.. Dan mungkin babak hadiah dari Bangkok dalam kotak beriben merah itu siang-siang lagi sudah dipotong.

Oh, sayang sekali kerana tidak dapat divisualkan dan ditonton di kaca tv aksi-aksi di rumah dan kamar tidur itu. Nasib baik imaginasi gua ini mampu bekerja keras *evil grin* LOLOLOL!

Ini adalah sindrom biasa bilamana novel yang gua baca diadaptasikan. Terlalu mengharapkan drama/filem akan menjadi sebagus novel. Penulis asal tidak berkata apa tetapi gua pulak yang lebih sudu daripada kuahnya ;)

Kalau mahu tahu bagaimana romantisnya Seth Tan, sila baca novel. Kepuasan paling maksimum!

.

i.Z.Z.i.e:

Berharap punya kesabaran untuk terus kekal di hadapan kaca tv setiap Isnin-Khamis, jam 7 petang-8 malam.

About these ads

6 thoughts on “Nora Elena: Episode 1

    • welcome to the club, nurul! trust me, i know how u feel hehe..
      cuba carik kat MPH. i am sure derang akan republish Kasih Yang Suci since the drama is like pisang goreng panas.
      i bet, u akan jatuh chenta lagi parah lepas baca novel. coz seth tan in KYS sangat super duper romantik.

  1. yup3…. i stuju… i jatuh chenta dgn seth tan and bukannya aaron aziz…. hehehe… seriusly bygkan mamat cina ensem jadi hero, alih2 aaron aziz… tapi xpe, kita layan jerk Nora Elena a.k.a Kasih yang Suci…..

    • bingo, darl! kita jatuh chenta dengan Seth Tan dari mula lagi..cuma skang ni Seth Tan sudah divisualkan di tv. kalau dulu, kita cuma berimaginasi.
      but to think back, i’d rather Aaron Aziz as Seth Tan than any other actors, say Farid Kamil (?).
      esok kita layan lagik, kay!
      xoxo (to Seth Tan! LOLOLOL)

  2. entah la…terserah la pada korg untuk menilainya…………masing2 ada pendapat masing…….but bgi i pula Aaron aziz sesuai sngat jadi hero dlam crita ni…………..

    • compared to other actors, memang Aaron Aziz sesuai pegang watak as Seth Tan. sebab tu i kata, kalaulah FK as Seth Tan..maunya i amukan puaka. dan takkan tengok langsung pun drama ni. but to think back, one of the reasons kenapa i suka Aaron Aziz as Seth Tan, adalah sebab i dah chenta sama itu Muhammad Seth Tan in the novel..Ahmad Seth Tan (lakonan Aaron Aziz) cuma mengamplitud dan menguatkan lagi perasaan kesukaan itu :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s