Bandung, Indonesia [Part 5]

~ 6th March 2011 ~

Pasar Gasibu

Subuh-subuh sepeie dah tercongok kami semua kat Pasar Gasibu. Kira macham pekan sari sebab kat sini macham-macham ada. Dari pakaian, sampailah kepada perkakasan dapur.

Sebelum memulakan aktiviti marathon, perut perlulah diisi terlebih dahulu sebagai tenaga penggerak. Ini namanya bubur nasi. Kalau amek yang special, dia letakkan serba sikit; ayam, hati, telur.

Makan bersama-sama keropok. Kat Bandung ni, memang derang suka makan apa-apapun tambah keropok.

Anak ayam berwarna-warni. Dolu masa saya kecik-kecik, kalau nampak anak ayam warna-warni kat pekan sari..mesti pujuk Mak suruh belikan sebab comel sangat!! Kaler-kaler pulak tu. Tapi Mak cakap, warna tu tak tahan lama. Bila anak ayam tu dah besar nanti, dia akan bertukar jadik warna asal U___U

Tengok! Pakcik ni gigih tau! pakcik tu kena kayuh beskal kat belakang supaya mainan bebudak kat depan tu boleh bergerak. Rasa sangat terharu. Biasanya kita letak coins je, mainan dah gerak-gerak dengan lagu segala. Tapi yang ni? Oh, gigihnya pakcik mencari rejeki.

Gua try tudung untuk mak Kak By

.

Kalau nak diikutkan, harga yang ditawarkan di Pasar Gasibu lebih murah. Contoh; telekung. Kalau pandai tawar, dengan sulaman penuh boleh dapat harga yang berpatutan berbanding di Pasar Baru. Sebab di sini sewa tapak lebih murah. Cuma kalau di Pasar Baru, mungkin lebih banyak pilihan.

Pasar Gasibu ni bukak hari Ahad sajo. Hari lain tarak. Hampir seluruh pekan Bandung ditutup untuk Pasar Gasibu. Memang padat dan mampat.

Memang sangat banyak jualan. Tapi tak sempat nak tengok semua. Tu pun cuma sempat jalan kat satu bahagian je. Padahal ada lagi bahagian-bahagian lain yang tak sempat nak jengah sebab nak ke Pasar Baru pulak.

Silalah bawak beg yang boleh digalas. Senang nak isi barang-barang pembelian ;)

.

Pasar Baru


Sampai di Pekan Baru dah hampir menginjak ke tengah hari. Ini belum lagi sampai di kompleks Pekan Baru lagik. Ni baru laluan ke sana tapi dah beraneka pakaian dah mula berjualan.

Pesanan ikhlas daripada tuan tanah: Kalau dah berkenan, terus je beli jangan nak tunggu lagik/nak survey kedai lain dulu. Sebab nak patah balik atau nak carik semula kedai yang dah berkenan tu memang dah tak jumpa dah.

Apa yang ada di Pasar Baru?

Ada telekung sembahyang bersulam, ada kain ela, kain lace, carpet, baju siap, kebaya bersulam, baju renang muslimah, and the list goes onnnnnnnnnn..

Kak By sedang memilih kain. Murah tahu, murah!!

.

Kak By sedang mendengar dengan tekun penjelasan tukang jahit

.

Tak dinafikan memang kain kat sini murah-murah. Patutlah ramai orang Malaysia borong di sini sampai peniagapun dah kenal. Tapi, untuk siapa-siapa yang tak tahu sebenarnya boleh terus tempah baju di sini. Banyak bakal-bakal pengantin yang tempah dress dan suit. Jangan terkejut sebab semua tempahan boleh disiapkan dalam masa 2 hari!

Kak By beli material sendiri dan tempah kat tukang jahit Ian. Memang seharian habis di sini. Mana tidaknya, nak pilih material dah satu hal, nak ambil ukuran lagi, gedebak-gedebuk..sampai ke petang. Baju apa yang ditempah, rekaan macham mana, material jenis apa, that’s not my story to tell.

Pesanan ikhlas daripada tuan tanah: Kalau memang ada yang berhajat nak beli kain untuk majlis perkahwinan dan tempah terus di Bandung, silalah pergi ke Pasar Baru dan seleseikan segala urusan pada hari pertama lagi. Lepas tu barulah teruskan dengan aktiviti-aktiviti lainnya. Lebih mudah begitu. By the time nak pulang ke Tanah Melayu, dah boleh dapat baju tempahan. 

Sementara nak menantikan ukuran badan Kak By & Abam Nazim diambil, gua sempat jalan sendiri. Sebab gua nak carik kebaya untuk Angah sama Alang, juga untuk diri sendiri. Kebaya bukan sebarang kebaya. Gua carik kebaya bersulamkan manik dan labuci.

Tiadalah sempat gua mengambilkan bahan bukti. Tapi gua dapat sambar 4 helai kebaya yang begitu sarat sekali dengan sulaman manik dan labuci beserta dengan corsetnya sekali. Tapi kain sarongnya tidaklah gua rembat sekali kerna sarongnya adalah batik Jawa.

Percaya atau tidak, untuk sehelai kebaya itu harganya tidak sampaipun RM100. InsyaAllah, gua akan tunjuk kebaya yang gua belikan nanti bila dipakei.

Bila hari makin petang, pertu mula berkeroncong semula mintak diisi. Tempat makan yang paling afdal adalah di foodcourt. Tak susah, cuma perlu ke Lantai 6 (tingkat 6).

Yummehhhh!!

.

Oh ya, Pasar Baru tutup awal tau! Jam 5 sudah tutup.

End of Day 3

.

~ 7th March 2011 ~

Hari terakhir kami di sini. Memandangkan yang lainnya mahu meneruskan pencarian di Pasar Baru kerna semalamnya tidak sempat membeli yang sudah tersenarai, gua pilih untuk tinggal.

Tinggal di hotel??!! TIDAKKKKKKKKK~~!!

Gua ronda-ronda Jalan Dago sebagai penutup. Dan jugak menghabiskan saki-baki IDR yang ada. Untuk yang tidak tahu, di Bandung ni banyakkkkkkk jual perfume. Cakap je nak perfume yang mana, semua ada. Dan sangat murahhhhhhhh!! Segala jenama ada!!

Hahahaha..suka suka suka. Borong kesemuanya!

(Mr.K dah sentap dengan gua sebab gua ngaku gi jalan sengsorang kat Jalan Dago. Masa kat Bali aritu, jangankan nak lepas gua nak balik hotel sendiri sebab gua kena heat cramps, gua nak gi beli McD yang dekat secoet sengsorang pun dia tak kasik. Maafin ya, pak!)

Nampak kedai kaler kuning tu? Kedai tu adalah kedai di mana segala minyak wangi dibeli

.

Sini ada Rumah Penang! Gua sangat bervangga jadik orang Penang!!

.

Oh, murah gilak! Nanges T_____T

.

Gua sempat shopping jeans, t-shirts, souvenir di sini sebelum berkemas untuk pulang

.

Sebelum ke airport, sempat mintak supir singgah di Jalan Cihampelas untuk belikan oleh-oleh dan Kek Lapis Legit untuk Mak.

Bye-bye Bandung!

.

Pesanan ikhlas daripada tuan tanah: Shopping tu..shopping gak. Tapi jangan lupa simpan sikit duit untuk airport tax (IDR 75000). Dan manalah tau, kena bayar lebih untuk extra baggage.

End of Day 4

Fin.

About these ads

15 thoughts on “Bandung, Indonesia [Part 5]

  1. salam dek!, akk ni mcm2 nak tanya….harap xmengganggu. akk n hubby might be going to bandung this july…nk sopng2 gitu, need some advice, klu ada in mind nk tempah kain kan its better i go to pasar baru dulu ke to foc…disten from foc to pasar baru jauhx? do u rekomen us stay kt foc ke kt pasar baru. we intend to go there 4dys 3nites saje..huhu

    • salam kak lia.
      kalau akak nak tempah kain..memang baik kalau pergi pasar baru dulu. kat sana memang akan rambang mata sebab banyak pilihan. so kalau hari pertama masih keliru, masih ada hari kedua. kalau hari kedua tu nak tempah, masih ada masa nak siap n fitting segala. lepas tu kalau nak shopping kat factory outlets pun hati dah senang.
      distance from foc to pasar baru..saya tak pasti sangat. tapi jalan2 yang banyak foc; jalan riau, djuanda, dago, cihampelas. kalau saya, tinggal dekat dengan foc is better kot..sebab foc bukak sampai 9 malam, pasar baru sampai jam 5 je. so kalau dekat dengan foc, boleh rayau2 lagik waktu malam.. hehe

    • tak sura kat mana yang banyak tapi hari tu i ada beli kat jalan dago. jeans tu boleh beli n banyak pilihan kat FO. jalan dago, jalan riau memang banyak FO yang besar-besar. kalau nak lagi puas, pegi kat toko 3

  2. Salam sis, sis tempah baju kat kedai kaen tu ok x jahitan die? berape upah jahit? kain sifon kat sane byk pilihan x? sory byk tye..sy nk g bandung nex month..hope sis sudi jwb..tQ:)

    • jahitannya ok, kemas n halus. upah jahit tu tak pasti pulak sebab kawan i yang tempah baju pengantin tu. kat sana memang banyak pilihan fabrik, sampai rambang mata jadinya alynn :)

      • owh..thx sis..excited nk g bandung,pd ms yg same takot gak..takot abis byl duet..hohoho :P btw,thx again for the info..:)

  3. Assalam..kak nk tnya sikit laa..akak p sana sendri2 or amik package nye yerk..mcm p tmpt2 shoping tu sume redah je or ade pakai supir?

    • pergi bandung sendiri je. kitaorg tak amek package pun. kecuali hari nak pergi tangkuban perahu tu memang amek supir sebab nak pergi sana memang jauh. dah abis round tangkuban, kitaorg bagitau je kat supir nak pergi mana n supir tu bawak je

  4. Salam…
    Sy nk tumpang tanye la… Kwn awk tempah bju pat sane ape name kedai 2 eh?? Pasal sy denga ade kedai jahitan die tk selesa… Since awk ade comment kate jahitan nyer bgus so bole sy tau ape name kedai nyer??
    Sy nk g bandung on 2 june ni… Motif utama nk tempah baju la… So 1st time g sane takot gak kalo bju jd tk cantek…. Hehehe…. ;)

    • hi atikah,

      iz tak ingat kedainya nama apa. sebab hari tu kebetulan pembantu kedai yang jual kain tu kenalkan tukang jahit untuk baju pengantin.

    • harga hotel depends pada hotel yang dipilih. kalau royal dago 2, takdelah mahal mana. kurang daripada RM100 per night.
      kalau supir, satu hari dalam IDR 400k-500k per day, farisha.

      pergi in a group, untung sikit sebab boleh share accomodation + transportation. banyak boleh save kat situ :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s