Bandung, Indonesia [Part 1]

Maafin. Bukan sebab malas nak tulis. Tapi malas nak edit gambar-gambar sekalian ada yang boleh tahan banyaklah jugak. Oleh yang demikian halnya, entry tentang vacay di Bandung ni asiklah tergendala. Tambahan pula gua jadual gua adalah agak padat dan sendat di bulan Maret ini. Makanya, bapak-bapak ibu-ibu sekalian diharap dapat bersabar.

Mana-mana gambar yang sekalian banyaknya itu, adalah tidak dapat kesemuanya dimuatkan di sini. Arakian, di Facebooklah juga tempatnya.

Kita mulakan dengan cerita dari Paris Van Java. Bandung. Indonesia.

~ 4th March 2011 ~

Beda masa antara BDO dan KUL adalah 1 jam. Andai di BDO jam 10 pagi, di KUL jam 11 pagi. Cuaca di BDO adalah nyaman kerana bentuk muka buminya yang tinggi dari aras laut dan terletak berhampiran dengan gunung berapi Tangkuban Perahu.

Kalau di sini, dapat dilihat rata-rata penduduknya memakai jacket dan sweater walaupun matahari terik memancar. Angin  yang bertiup dingin sekali walaupun di tengah panas mentari. Gua yang hyperhidrosis ni  pun tak berpeluh. I LOIKE!

Cuma gua flu je, sebab sejuk.

Tempat penginapan adalah di Royal Dago 2, Jalan Dago. Dari airport ke sini dalam IDR 40 000. Kalau nak pergi Indonesia, baiklah tukar currency siap-siap dengan nota yang kecil. Nak membayar teksi, hazab sangat kalau takde tukar. Balance tu dia kira sedekah.

Harga semalaman di sini boleh tahan murah. Memandangkan kitaorang ni memang gunakan bilik untuk mandi dan tidor sahaja, makanya..harga bilik yang murah lebih diutamakan tetapi keselesaan masih terjamin.

Aktiviti untuk hari pertama: Shopping di factory outlets.

Jalan Dago

Memandangkan Jalan Dago adalah lokasi hotel penginapan, makanya sangat mudah untuk kami semua ke sini. Hanya perlu jalan kaki di sepanjang Jalan Dago, dan terbentang luas segala factory outlets yang ada.

Kalau tak cukup IDR, VISA dan Master Card juga diterima ;)

Bila sudah suku Jalan Dago ditawaf, kami berkeputusan untuk ke Jalan Riau. Kerana mengikut Kak By, di sana lagik banyak factory outlets. Langsung kami ke sana tanpa membuang masa. Dari Jalan Dago, boleh naik angkutan (van yang dijadikan public transport) dengan IDR 2000. Harga tu dikenakan untuk ke mana-mana destinasi, sepanjang jalur (laluan) angkutan tu.

Kalau naik angkutan, jangan terkejut kalau tetiba ada je penghibur jalanan yang tompang skali sambil menyanyi dan memetik gitar. Kat sana, memang ramai yang mata pencariannya begitu. Sumpah, suara derang sedap-sedap belaka. Macham..wadehel suara kau nyanyi merdu sambil petik gitar tapi kau sempoi je nyanyi cenggini? Kalau kat Mesia, sure dah masuk top 10 Malaysian Idol.

Di Jalan Dago, ada satu outlet yang namanya Kartika Sari. Kat sini banyak kek dan oleh-oleh. Kalau sapa nak borong, bolehlah singgah. Ada satu lagi kedai jual kek, Amanda. Sama jugak. Sila sila.

Jalan Riau & Jalan Djuanda

Ini memang sorga. Antara larat dengan tak je nak heret kaki. Lepas satu outlet, pergi outlet yang lain. SA kat sini semuanya baik-baik belaka. Tak menyombong. Kirailah baju/seluar banyak mana pun, derang tak buat muka pun nak lipat balik.

Ini kedai yang menjual oleh-oleh. Oleh-oleh ni sebenarnya macham kerepek pisang, kekacang, kek semua tu. Tapi kerepek dia lain. Kerepek pisang ada pelbagai rasa, ada perisa keju, coklat, strawberi, pisang madu. Siap ada sample lagi untuk dicoba.

Makan tengah hari di kedai Masakan Padang. Oleh kerana terlalu kebuluran di tahap petala ke-8, tiada bahan bukti di tempat kejadian sempat diambil.

@VARC

.

to get to the other side

.

@Terminal TAS

.

@Heritage

.

Berjuta-juta sudah dihabiskan di sini. Baru hari pertama. Masih tinggal 3 hari nak meneruskan kehidupan dan berperang dengan diri sendiri. Adalah sukar untuk mengawal kewarasan bilamana hampir kesemua tempat yang dilawati punya jualan yang murah-murah. Sukar untuk tidak membeli.

Bankrupsi.

To be continued..

About these ads

111 thoughts on “Bandung, Indonesia [Part 1]

  1. salam.. tiba2 saya terjumpa blog cik sebab saya tgh gigih mencari hotel murah kat area bandung melalui google.. saya nak tanya pasal hotel royal dago 2 tu.. kalau tak keberatan.. bole emel pada saya rate bilik di hotel royal dago dan cara nak booking? atau ada contact number? tq..

    • IDR 2 juta tu dalam RM700. kalau u dah exclude siap2 untuk accommodation, transportation, food, fees and tax, insya-allah cukup. depends jugak apa yg u nak shopping. kalau u nak beli kain lace segala kat Pasar Baru tu, i advice bawak lebih. say..u nak nak beli kebaya jawa yang bersulam manik n labuci, jubah, kain telekung, etc kat Pasar Baru tu and tak cukup IDR, derang accept je MYR :-)

  2. Please email contact Hotel Dago tu… hapenning betui u all kat sana..jeles … nak pegi jugak tu yg buat persiapan…10Q

  3. hi,i nk tnya pasal tax..kena dlm brapa?i tkut overspen shopping n end up xde duit nk byar tax plak..mcm mna dia kira tax tu ye?

    • kain lace i tak berapa pasti. ada banyak jenis dan kualiti. so depends on that. tapi sememangnya lebih murah kalau nak dibandingkan dengan KL. RM1000 tu nak shoppung apa lagi? kalau nak beli kain je mungkin boleh. tapi kalau termasuk benda-benda lain lagi, lebih afdal u bawak extra money

  4. Hi Izzie,

    Am going to Jakarta & Bandung next week. Can you email me detail of Dago’s Hotel and tips. Am going with family. Saje bawak anak2 jalan.

    Plz reply.
    TQ ya.

  5. hai!

    i pun nak tau info mengenai hotel dago ni.
    dkt ngan center factory outlet ke?
    saya bwk anak kecik, so better u advise details ye… hehe….
    lg satu, Hotel Karmila tu nampak lebih selesa tak dari Hotel Dago?
    saya mcm pening sikit coz hotel dago mcm byk je kat sane.
    nanti tlg citer jugak yang mane lebih ok tau.
    thanks ya….

  6. Assalamualaikum izzie,

    Seronoknya baca citer izzie kat bandung. Sebenarnya kak sekeluarga akan kesana pada bulan february nanti. Boleh tak bagi semua info pasal hotel royal dago 1 dan hotel royal dago 2. Dan cuba call royal dago tapi tak dapat…mgkn no telefon dah berubah kot. Ramai yg suggest so booking royal dago 1 atau 2 tu. Satu lagi bole tak bagi info tentang factory outlet yang boleh terima tempahan jean dan boleh siap dalam masa 3 hari. Betul ke?

    Harap sangat dapat maklum balas dari izzie.

    Terima kasih.

  7. saya pun dah beli tiket ke bandung. tapi next year (2012) mac. ingat nk stay kat royal dago 2 tu. hope u can email me the contact no hotel tu & the price.terima kasih.

  8. can u plz e-mail to me about the hotel royal dago 2 n how to book?
    i just want a room that can share with 3 others of my friends.
    tq..

  9. salam, izzie saya plan nak ke bandung bln feb nie i plan nak stay di royal dago2 blh x u cite serba sedikit mengenai hotel tu…mcm mana nak booking melalui online @ contact aje…tq

  10. Hi iZZie,

    Dari Royal Dago 2 ni nak ke Pasar Baru betul ke dalam walking distance? Agak2 brapa minit yea kalau jalan kaki.
    Pls email me info hotel ni jugak.
    Thanks.

  11. Hi there..

    Nice post..I’m going to Bandung on this coming February..
    Berminat nak stay kat Hotel Royal Dago ni..
    Could I get the details from you..
    Rate and contacts..
    Saya berminat Royal Dago 1 tu if u have the infos..
    If not, Dago 2 pun xpe..
    This is my email..bizarre_delia@yahoo.com
    Thank you..;).

  12. hye izzie, am going to bandung this coming february. i budget shopping around rm700 je. plan nak shoping sikit kain lace, sulam and batik2 kt sane and a few jeans. Do u think its enough? haha your help is really appreciate. Thanks :)

    • hi syafinaz!
      harap i tak lambat lagi untuk balas komen u. rm700 insyaallah cukup kalau nak beli kain lace. tapi kalau nak shopping lain lagi, better ada duit lebih. tak best nanti tengah2 nak shopping tak rupiah dah abis. jeans kat FO dalam rm80-100. batik ikut kualiti. kalau yang kualiti tinggi tu mahal lah sikit.

  13. Hi Izzie,

    Am going to Bandung this coming April. Can you email me detail of Dago’s Hotel and tips. Am going with family.

    Plz reply.
    TQVM

  14. sy baru balik bandung…tks kat Izzie pasal info Hotel Dago tu…kalo nginap kat hotel tu jgn lupa bawak charger yg 2 pin..sbb kat sana pakai two pin socket..kitorg tak bawak..seminggu hp x bercas..bawak Rp 2juta tak pun x cukup..jgn lupe beli perfume kat sana..sgt2 murah..kualiti sama..

    • sama-sama. that’s the least that i could do to help everyone here.
      ye betul tu. bukan Indonesia je, tapi kalau ke Thailand pun memang derang guna two pin socket. universal plug tu memang kena hangkut sekali kalau nak travel. tak pun, boleh tanya kat receptionist or beli je on the spot kat kedai sana.

  15. hai izzie. kalau tak keberatan tolong email kan jugak psl hotel royal dago yg cheap cheap tu..saya akan pergi nov nie. nak survey dulu. pastu kat sana u tak pakai supir ke. pergi shopping nak apa. sbb saya pun x pakai supir. boleh jalan kaki jer ker gi fo tu.tq email saya shaariah78@gmail.com.
    tq izzie

  16. HAI IZZIE SAYA WATI DARI CHERAS BOLEH TAK TOLONG EMAILKAN NO PHONE HOTEL ROYAL DAGO YANG MURAH DALAM RM50+++ SEMALAM DAN ALAMAT SEKALI COZ SAYA NAK PERGI HARI KHAMIS NI 23 FEB 2012 EMAILKAN arniwati@bernama.com TERIMA KASIH BEBANYAK ATAS INFORMATION

  17. SALAM,

    nak tanya opinion izzie, duk jl dago best ke jl riau. emel kat I tips and details hotel boleh..klbssb@gmail.com. nak gi march tapi tak tau duk mana lebih senang. I pegi tak guna supir..public transport je..satu lagi bilik you all duk tu toilet, kaatil ok ke? thanks for your help

    • nur,

      i jawab kat sini supaya readers lain boleh tau jawapan untuk soklan u ni.

      Jalan Dago & Jalan Riau, dua-dua banyak FO. public transports (angkutan) tak putus-putus lalu depan jalan utama, jadik memang tak ada hal nak bergerak ke sana sini kalaupun tak amek supir.

      bare in mind that this royal dago 2 hotel is not a 5 stars hotel, but only 2 stars. keadaan bilik masih memuaskan. kalau untuk tido, mandi, rehat, solat tak ada masalah.

  18. hye izzie..i’m nurul. kindly email me the detail price/rate for royal dago 2..saya bace banyk review pasal hotel tu kt tripadvisor.com tp mcm bnyk je merungut pasal hotel tu…but still sy nk hotel tu yg penting ade tmpt nk tdo je..sb mesti half day hbis kt jalan je nk shopping..huhuhu..my email nurulhasanah0507@gmail.com

    • royal dago 2 ni memang tak dinafikan murah, setara dengan kemudahan yang ada. kalau sapa-sapa yang mau keselesaan seperti di hotel bertaraf 5 bintang, sini bukan tempatnya. harap maklom.

  19. Hai Izzie

    Boleh email info room rate & no tel royal dago2. Saya akan ke bandung dlm bln Mac ni. Wondering ada tak bilik untuk 3 org?
    Tq

  20. assalam izzie. saya akan ke bndung bulan depan..sy nak minta izzie emailkan info royal dago dan royal dago2.sebab sy tgk di agoda,
    ,ada royal dago(2star).jd confuse pula…thanks alot..

  21. Hai izzie.

    Saya Azza, dr KL.. Boleh email kan details tentang hotel royal dago (version murah).. Sbb susah sgt nk dpt much info kt web.. Harga, macam mana booking, etc? Ni email saya : azzaky2011@gmail.com

    Saya akan pergi berempat this 9 April 2012. Tapi kami tak kisah pun hotel berapa bintang asalkan boleh lah selesa utk tido, rehat2 jap, solat, mkn, dan dkt dgn FO..

    Thank you!!

  22. hye izzi,

    Seronok baca pengalaman u. saya plan nak ke bandung April ni. harap dpt email details hotel Royal Dago tuh..

    Klu email literary skali pon ok. ade idea sket,. Thnx sis (x2reef@yahoo.com)

  23. salam izzie :)
    saya pun mcm yg lain2 pun nak ke Bandung. So, mintak jasa baik emelkan details hotel royal dago 2 & contact no pak supir tu klu maseh ada. thanks in advance:)
    emel sy namalinaj dot gmail dot com

  24. Salam Izzie,kak jun akan ke bandung bln 7/2012 ni.. gi 4 org je, blh email kt akak detail hotel royal dago 2 atau apa2 yg dpt membantu akak disana nt. pergi kali pertama. ni email akak junmealhaj@yahoo.com. tima ksh ats bantuan…

  25. Hi, dulu saya gi bandung duk kat royal dago 1, agak mahal laa sbb haritu walk in penuh kat royal dago 2 tu, terpaksa la duk kat royal 1. Kali ni nk try g royal dago 2 pulak, tp stil terima walk in ja kan?

    • royal dago 1 memang agak mahal kalau nak dibandingkan dengan royal dago 2. jauh beza jugak rate nya. tapi tu lah, royal dago 2 cuma terima walk-in guest, tak terima booking in advance.

  26. Salam izzie.. Boleh x emailkan kat saya rate, details, contact, utk hotel royal dago 2? Saya akan pegi Jan 21HB ni.. Berdua saja..(gurls).. N ini 1st time saya Dan Kwan pegi.. N dekat x dengan rumah mode? Janji ada tempat tuk tidor Dan solat.. N jauh x dengan airport? At the same time nk Cari barang hantaran di sana.. Kwan sy nk kwin bulan 4 ni..Ni email saya… Thanks ye izzie.. aien86aien@yahoo.com.my

  27. salam.. tiba2 saya terjumpa blog cik sebab saya tgh gigih mencari hotel murah kat area bandung melalui google.. saya nak tanya pasal hotel royal dago 2 tu.. kalau tak keberatan.. bole emel pada saya rate bilik di hotel royal dago dan cara nak booking? atau ada contact number? tq..n tip2 utk g bandung. .putikapas@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s