Kasih Yang Suci – dari novel ke drama

Saya baca Kasih Yang Suci (KYS) dalam tahun 2007. Terus jatuh chenta dengan watak utamanya, Seth Tan. Seorang yang possessive, tapi sangat romantik. Pada saya, beliau seorang lelaki yang ideal. Adik beradik sepusat sepusing Chow Yun Fat ini akhirnya memeluk Islam setelah berkahwin dengan Nora Elena.

Kalau baca novel ni, mudahnya hati berada dalam takat lebur dengan babak-babak yang sangat romantis. Saya memang cepat angau overdose. Sambil baca, boleh senyum sendiri, gelak sendiri, malu-malu sendiri. Entah berapa kali saya ulang pembacaan novel ni. Dan bila ia adalah sebuah novel yang sangat manis, tidak boleh tidak saya mahu kongsi dengan yang lainnya. Kausar, kita sama-sama jatuh chenta dengan Seth Tan. Cedera parah, kan?

Sampai kadang-kadang, saya mengharapkan wujudnya seorang Seth Tan yang sebenar.

Tiap kali lalu di Bukit Pantai, Bangsar..saya akan melihat tiap-tiap banglo yang berdiri megah dan indah. Sambil meneka sendiri, yang manakah satu agaknya banglo ‘kepunyaan’ Seth Tan sepertimana dalam KYS? Bila saya makan di La Bodega Bangsar, tercari-cari saya manakah satu agaknya meja yang mungkin Elena dan Seth duduk makan bersama-sama?

Ya, imaginasi saya bekerja lebih masa.

Rasa bahagia bila hampir separuh bonet kereta Mercedes-Benznya penuh dengan bunga ros dari Cameron Highlands, khas untuk Elena. Rasa sangat manis bila dibelinya pashmina dan terus membaluti dada isterinya kerana ada mata nakal yang memandang. Terasa dia begitu cheeky bila dia tersenyum sendirian bilamana terlihatkan isterinya memakai baju kurung di hari biasa dan bukannya skirt ke pejabat kerana perut yang makin membesar. Di pergola banglonya ditanam dengan bunga kesidang, bunga yang sama ditanam di pagar rumah keluarga Elena di kampung. Dia tetap menjamah lauk asam pedas kegemaran Elana walaupun dia tidak tahan pedas. Mahu belajar makan pedas katanya. Senang bila nak balik rumah mak mertua. Comel, kan?

Seth Tan. Lelaki ini hatinya di mulut. Bait katanya penuh dengan bicara romantis. Perlakuannya gaya seorang gentleman. Kasihnya tepu untuk isterinya yang satu.

Dari belog penulisnya sendiri, Meen Zulaikha novel ini akan diadaptasikan dalam bentuk drama. Aaron Aziz sebagai Seth Tan (wah!) dan Siti Saleha sebagai Nora Elena. Pelakon utama sudah sajak benar. Dijangkakan penghujung bulan Mac akan disiarkan. Di stesen tv yang mana, tidak pula diberitahu. Nampaknya kenalah tunggu.

Saya pernah kecewa dengan drama Cinta Pertama (Carl Zafran & Nurul Iman) karya Norhayati Berahim. Juga dengan filem Lagenda Budak Setan (Kasyah, Ayu & Katerina). Harap sangat KYS tidak menghampakan. Kalau tidak, habislah musnah segalanya. Punah ranah imaginasi saya.

Bagaimanakah agaknya dengan babak hadiah kotak beriben merah dari Bangkok tu? *evil grin* Hmm..kena potong tak agak-agaknya?

For the thousandth time, saya nak khatamkan lagi novel KYS balik kerja nanti. Tak pernah jemu ;)

About these ads

124 thoughts on “Kasih Yang Suci – dari novel ke drama

      • tak pernah baca novel ni. tapi dh tgk drama nora elena..mmg dh angau dgn seth tan..hihihi..nak sgt baca novel ni, tapi ada lagi ke di pasaran..

    • hahaha..btol2, ini pun wase nak pi cari dah bukunyer…btw, baru semalam tengok ceritanyer, rasa macam ada satu tarikan, walhal tak ada la suke sgt drama magrib nim…

      • takpe, sempat lagi layan kat tonton.com.my.. tak ketinggalan keretapi lagi tu hehe. tapi kalau nakkan kepuasan, mmg kena baca novel la. baru leh berangan lebey sikit ;)

  1. yaaaa ada lagi!!! jangan risau!! masih di pasaran, carik kat mph o popular berdekatan(>___@)

    erkkk..nieh fiza TR ker bukan??**maaf saya peramah org nya;D

  2. i like this novel as well… dh baper kali baca… i geram ngan elena coz she shud be thankful to hv somebody like seth as her hubby… n yg wat i tk sangka, my fren actually went to d set to meet aaron, n we actually had a video call! sgt tk sabar nak tunggu drama ni kuar… hope it is as good as the novel..

    • that’s why..for me, husband yang paling ideal skali adalah seth tan. period! hahaha!!
      oh my!! oh my!! i envy ur friend dapat jumpa aaron aziz U___U
      btw, i heard the drama will be postponed to may to be aired on tv3..hmmm

  3. hello geng!

    btw, i’m the one of KYS’s fan. Memang best baca novel ni..dah khatam 2 kali…tapi pinjam kawannya. that dah survey kat MPH the curve, xde stock. so now tunggu dorang call for collection once buku dah sampai…

    memang tak sabar nak tgk drama ni on air kat tv. hopefully can be a killer drama…expecially aaron aziz tu jadi Seth….bertambah angau la kita semua ya =)

    Izzie, who knows maybe you’ll meet someone that has Set’s criterias…dan I pun nak jugak….AMIN!

    • hello geng!

      i kan..kalau tak larat nak baca dari mula sampai abis, i akan ulang chapter yang ada seth-elena. masa derang kat cameron, kat rumah, masa baru kawen. oh my! ulang, ulang, ulang dan ulang. pastu senyum sendiri. up to the level that i can feel macham mana tenungan mata seth, sampai elana resah gelisah. gila i angau overboard :P

      oh, i can’t wait for the drama too! jangan hancus..sudey. nanti kuciwa, punah ranah segala imaginasi. nanti kita sama2 tercongok depan tv tunggu Seth and Elena ya!

      Insya-Allah. i really hope i’ll meet someone that has Seth’s criteria. but the beauty in life is, we’ll never get what we want..we always get what we don’t want. isn’t true, dear? :)

  4. Pingback: Nora Elena « i.Z.Z.i.e

  5. serius suka gilerrr ngan novel ni, suka seth gak!
    nasib baik x terlepas tgok episod 1 ari ni..
    harap2 best cam lam novel gak r..

    *kita sama r, part cinta pertama tuh… saya pun kecewa ngan citer tuh*

  6. i missed the 3rd one today! tkpe, layan thru tonton… walaupun a lil bit divert from d novel, still bleh layan… aaron is really fit for seth tan… n wan sharmila for yvonne… yeah, it fits as well…

    • i really hope tomorrow akan banyak scene Seth Tan yang akan meluruhkan jantung ;)
      nak buat modal tiga hari tuuuuu sementara nak tunggu isnin depan plak.. *sigh*

  7. see the way he looked at elena? memang mamat tu pandai betul la menjiwai watak seth tan… i salute aaron aziz! tiba2 terasa mcm lama pulak nk abeskan 24 episodes – they shud make a muvi, no ad, no breaks

    • he did well as Seth Tan. memang tak rosaklah imaginasi i selama ni..pheww! tapi kalau buat movie, musti jalan cerita banyak lompat2. just like Lagenda Budak Setan. i rela lagi tengok drama, sebab boleh tengok Aaron lamaaaaaaa sikit.. nyeh nyeh nyeh

  8. tak dapat dinafikan, saya sangat menyukai novel ini., terutama watak hero dan heroinnya: seth tan dan nora elena. terbawa2 rasanya tenggelam dalam watak mereka. novel terbaik pada masa ini. sangat terkesan ceritanya, beberapa kali dah selesai membacanya, ulang lagi. klau rasa2 rindu dgn seth dan nora… baca lagi… mula2 baca novel adik, akhirnya beli sendiri.. novel ini sebaris dengan novel2 cinta dulu seperti badai semalam dan ombak bukan biru… sekarang ni sambungan ombak bukan biru the master piece part 1 dan 2

    • betul..betul. novel terbaik buat masa ni. ulang banyak kali pun tak pernah jemu. tahap romantis seth dan sayangnya kepada elena tu mencairkan hati siapa2 pun ;)

  9. kalau tengok sinopsis dekat internet, seth yang rogol dia kan? tapi dalam tv, amir yang rogol.

    hmmm. memang lain dari novel niyh.

    p/s : CERITA INI SANGAT BEST!

  10. yup, i agree… elena is too confident that amir was the culprit, itu yg dok termimpi2… dh tgk karekter eid… i setuju bebenor la kalo dia jd kawin ngan mamat tu… dia dok bz giler sampe bleh tgglkan tunang mcm tu aje tkpe pulak… tp tunang wat salah sket nk mrh2… go seth go seth! seth barulah betul jantan hahahahahahaha (ter-emo lak)

    • eid tu, memang patutpun terlepas elena. nyampah sungguh. nak tulis pasal dia pun dah koser. busy ntah pape, pastu salah elena nampak sangat..salah sendiri dia buat tak nampak. pfffttt!

      nasib ada seth sebagai penyelamat. dia tau nak menghargai elena. apa2pun, elena tetap didahulukan mengatasi segalanya. oh seth, i always love uuuuuuuu :D

  11. salam.
    reading ur entry make me more suffer! praying hard still available this novel kat mana2 kedai buku! waaaaa….
    tak sedar kewujudan novel ni sampai cerita ni muncul di tv3.. thanks for this entry!
    doa for me this book still available in the market k! :p

    • Gud luck dear! For sure nanti alaf 21 akan republish kasih yang suci. Or maybe u can buy directly from alaf 21..
      Drama nora elena best kan? Jatuh chenta kat seth tak? Hehe

    • Hehehe.. Yes! Cameron! And better,scene kat bilik tidur tu..!! Oh my, i am going to post the video here soon. Lagi tak sabar nak tunggu next episode ni Lin!!

  12. …WOWOWOWOWWWW….I LOVE SETH TAN…AND I BCA NOVEL NI DLU BERKALI2…SETAHUN 4 KALI BCA MEMG X PUASSSSSSSSSSSS…..MCM X PERCYA CITER NI D DRAMAKAN…DUHHHH…….MEMG X LPS LAAA

    • eheh, kan? baca dah berkali-kali tapi tak penah rasa boring!
      drama Nora Elena pun memang so far puas ati..apatah lagi Aaron Aziz sebagai Seth Tan :P

  13. hai izzie..

    yeeaahhh…!!bca ur entry really makes me x sabo nk carik KYS..huhuhhu…siyess..!!1st epsd nora elena da wat i trtarik…tgk2 dlm ytube upa2nya adaptasi KYS….soo… dis nvl WAJIB d cari…heeheh

    p/s:hopefully ada g stock kat populr png >__^

    • hi eena!!

      yaaaa!! sila baca novel untuk kepuasan yang dijamin. lagi banyak romantic scenes and ayat power dari seth yang i confirm akan membuatkan mana2 perempuan pun akan cair. baca banyak kali pun takkan bosan.

      all the best to you untuk dapatkan novel KYS tu kat popular (prangin mall?) penang. kalau takde, cuba carik kat MPH gurney or borders queensbay mall ok!

    • hey chubb!

      betul ni nak tau ending this story? erk..u’re referring to the novel kan? sure tak kisah spoiler eh?? ;)
      ok..kalau based on novel, of coz it’s a good ending..happily ever after ending.
      tapi kalau drama, kita kena tunggguuuuuuu!! (takot ada twist, but i hope not)

  14. suddenly i feel like i wanna read KYS for the umpteenth time! ooo ya, more cameron scenes in ost nora elena – dan bila esok… inc d scene masa seth peluk nora kt balcony hotel room diorg!!!

    • homaigod, buat i lagik tak sabar nak tunggu that scene!! they look so good together!! and seth looks so…timid bila dengan elena, bila dia pandang tu, bila dia raih elena dalam pelukan dia kat balcony tu…OMOOOOO~~!!

      i die!

      • hai izzie…I just start to watch KYS – drama..In fact shoq I baca your comment about KYS novel..terus buat I nk cari novel tu..btw still ada di pasaran ke??

        you r right about seth tan…In fact sbb dia la yg buat I nk cari novel ni..and tak sbr nk follow drama ni..mmg leh gugur jiwa raga hahaha…

        mesti some part dlm novel diorang tak adapt dlm drama kan..so I cannot miss that…especially part seth tan dgn elena….so let me know where can I get the novel, takut dh tak de dlm pasaran je..please…please…plese….

      • ada yang cakap dapat jumpa lagi novel ni kat bookstores, but most of them kata memang tak jumpa. and some of them willingly write to alaf 21 and kak meen zulaikha sendiri to order Kasih Yang Suci. Coz this novel was publish in 2007, so macham dah lama la jugak.

        just try your luck k. mana tau derang republish lagi. try tengok kat MPH/Popular/Borders. kalau u tengok novel KYS i, memang tak dah kusam..selalu sangat baca. even babak mana, mukasurat berapa semua dah hafal. and yes, seth tan akan buat u lagik angau lepas ni..hehe

        happy hunting, milia!

  15. Pingback: Nora Elena: selingan « i.Z.Z.i.e

  16. gals, dat day i tgk kt mph midval ada lg… KYS is the pisang goreng panas now… terer btul la kak meen pny tulisan, effect terbawa2 sampai dlm mimpi tuh…

    p/s: terbabas sket from orig topic but since si aaron ni terer sgt bawa watak seth tan, i really can’t wait to watch ombak rindu in cinema & teater badai semlm

    • there..there.. cepat serang MPH Mid Valley for the novel!!

      kak lin, i pun rasa nak tgk ombak rindu. the character as haridz is diff from seth tan..so nak tgk macham mana mr.sexygojes. oh teater badai semalam? main kat IB ke? when when when???

      • Ah ha…I just called MPH Sg. Petani, buku tu baru je released, but finished in 1 day. Just imagine…but they reorder and have to wait for 2 weeks, and I dh booked. Can’t wait to read it and I will attach with KYS forever….wink**…wink**..

      • wah! memang betul2 goreng pisang panas nih! good good..bila dah dapat nanti, peluk ketat-ketat novel tu tau! hehe

  17. KYS will become the novel which i need to lock in my safe… precious possession tuh! dat day masa vid call ngan aaron he said ombak rindu is due in may, tp recently baca somewhere it will be released after raya… badai semlm will be staged in november… so book your diary gals!

    • oh my! ombak rindu will be released after raya?
      and badai semalam pulak in november?? kat Istana Budaya eh??
      gosh, can’t wait can’t wait!!!
      thank kak lin for the info.. muahhh!!

    • kak lin!!! i really can’t wait nak tengok aaron aziz main teater!!
      omg!! aritu masa tengok sri mersing, dah jatuh rahang sebab dapat tengok adi putra depan2 (coz i was seating in front row)
      kalau dapat tengok aaron aziz depan mata plak nanti, i dunno how to react..

      mak tiri!!!
      jom tengok badai semalam, nak?? front row!! front row!! front row!!!

    • Kak Linnnnnnnnn!!!!
      Tiket Badai Semalam dah jual and guess what???
      I purchased opening show, FRONT SEATS!!! (along with Leanne and 5 other friends)
      Gagagagagaga

  18. izzie, they r selling it already? OMG, how come i don know abt it? i shud notify my gal-pals now… thx babe…

    • semalam saya teringat nak check kat ticket2u..skali, hamek kau!! dah jualllll!!! terus melompat tinggi!!
      cepat kak lin!! saya amek opening show..hehe

  19. ok ok… kene kawtim ngan bebdk lain dulu… insya Allah will go… hey gals, since yesterday, lakonan aaron sgtlah adorable… he’s a diff seth pas kawin ngan nora… comel sey… menjadikan KYS so real!

  20. cair abis kalau ingatkan seth tan sampai blh termimpi-mimpi……dia punya romantik tu pergggghhhh betul2 buat semua perempuan cair…….i love u seth tan!!!

    hope dpt jumpa dgn lelaki mcm seth tan satu hari nanti…….

  21. Great!! baru semalam perasan yang drama Nora Elena di adaptasi dari sebuah novel “Kasih Yang Suci”, dan2 hari nie cr info dan jumpa blog nih..haha…btw, ptg nie jgk aku g survey kat mph!! nak tunggu isnin lambat ar..Jiwa Kacau sudah..!! haha…thanks izzie

    • hi liza.. all the best and happy hunting! dengar kata most of the book stores yang jual KYS suma sold out.. memang goreng pisang panas!

  22. Izzie! x sabo rasanyer nk cari novel ni…xper2 tggu smpi akhir ln ni..lg 3, 4 hari jer… Baru abis suku bacaan novel kat online tp bkn full story…setiap kali baca bab seth tan & nora elena pasti kan berimaginasikan arron aziz & siti saleha. watak yg amat padan sekali..

    • cepat cari KYS zeela!! wpun drama memang dah best, tp kena jugak baca novel. sebab dalam novel, citer dia lain sikit..tapi kepuasan terjamin. drama n novel sama2 best!!!

  23. tu la… i told my fren… kalo i la nora, i terkam aje seth tu!!! hahahahahahahahaha kemaruk…. keep me updated on nora elena… i’m away from msia, kot tk smpt nk lyn tonton…

  24. iZZie

    Thank you for your review pasal KSY ..hahah i terus gie beli novel tu online sbb merata kedai buku dah cari takde…i like your words “angau overdose” coz i rasa i pon dah jadi cenggitu..since baca novel tu and tgk pulak drama Nora Elena :)

  25. updates on where to get the novel, my SIL managed to buy KYS in MPH Shah Alam few days ago (err i think MPH giant sek 13 kot)..at the mo.. SETH.. SETH..SETH..(hubby tereksidenly tertgk scene kat cameron..tetiba dia cakap “rasa cam nak gi cameron pulak”… ohh i like :) )

  26. izzie… i’ll be back to kl soon… but i’ll miss ep 17 & 18 coz flight from heathrow on monday nite, then flight from dubai on tuesday morning… sampe kl tuesday nite… sob sob… anyway, seronok dpt layan eps 13-16, tu pun thru youtube… alahai… cair gua esp part kt cameron tu… oh is there really a malay man camtu kt real world ni?

    • waaaaahhhhhhh!! jauhnya kak lin pergi jalan-jalan..!! ok, sangat jeles! tapi kalau kak lin cakap pergi cameron highlands..lagek saya jeles hahahahaha. anyway kak lin, have a safe journey ya!

      oh..i don’t think dalam donia ni ada a malay man macham tu (Seth Tan).. ini adalah statement yang mungkin akan mengundang kemarahan lelaki-lelaki melayu di seluruh Malaya.. *larikkkkkkkk*

  27. Hai! *waving*

    Tau tak..I’ve started reading this since last week lagi..
    Gila leh sengih n gelak kuat2 sensorg baca all the reviews..

    Btw mmg hot kan aaron?So i understand how u felt sbb masa baca novel dia dlu lagi i da start imagine siapa laa yang sesuai bawak watak Seth Tan n Aaron Aziz sememangnya tidak menghampakan! ommoooooo *drooling*

    Keep up the good jobs by writing the review dear.. I mengisi masa lapang di opis *bos ampun yeh* dengan membaca keseluruhan review u and the comments yang sgt mencuit hati!

    Peace! (-.-)v

    • hello cheQpora
      thanks for reading this belog yang i tau sangat merapu meroyan bila mai tang seth tan.
      i really heart seth tan..i mean the character..to be precised, i heart muhammad seth tan.
      hehe.. tu pasal bila jadik drama, i nak tau apa jadik pada my ideal man..as in real life
      aaron memang sesuai sangat, nasib baik lah bukan actor lain. kalau tak, mmg amukan puaka la jawabnya.
      takde orang lain yang lagik sesuai kan!
      u kena pandang kiri kanan bila bukak belog ni, nanti org ingat u tak betul apsal sengih n gelak kuat2 sengsorang
      oh my.. i give u bad influence izzit?

      • Kih Kih Kih..

        Actually due to work and time constraint i barely made it to every episodes..
        Luckily ada cheq izzie yg suka merapu meroyan! Haha!
        Me tooo!! I heart both Seth Tan..Hik hik..Di drama n di novel :D

        I cam terbayang kalaulah jehan miskin (due to his kacuk blood) jadik seth tan..
        Mmg x semengancam skrg laa! Definitely!
        Haha..Diorg mmg da x heran kalau i sengih sensorg..
        Tapi kalau gelak tuh mmg ada mata yg menoleh2 gak..
        Ahhh..Macik pedulik haper! >:)

        Takdak bad influence nyaaa cheq izzie oii..Suke jek! Sbb sekapla dongga! Har har haramjadah~
        Keep up the good works..Pasnih drama len plak tuh..

        Peace! (-.-)v

      • NOOOOOO!! i tak mau terbayangkan orang lain, be it jehan kaya, farid kamil or whoever!! JUST A BIG NOOOOOOO!!
        terus turn off! kakakakakak

        drama lain tu i tatau la macham mana.. banyak sungguh aaron aziz berlakon tahun ni, especially based on novels.
        lately banyak sangat adaptasi dari novel. i cuma mampu berharap semua adaptasi tu takkan mengecewakan.

  28. (walaupun wa dh kawin, i must agree wif ur stmt hahahahahhahahahaha) anyway babe, kita lupa la… seth tan is haf malay!

  29. a’kum..nak tanya..ada lagi tak novel yang watak lelaki dia bukan islam atau chinese?Macam bayangan rindu tu kan..

    • ada.. tapi i tak ingat tajuk. kisah seorang laki cina yang berminat dengan islam. dia kawen dengan perempuan melayu yg dia minat, tapi lepas tu atas sebab lain, dia kawen lagi satu..hmm..i betul2 tak ingat tajuk dia apa..gomen nehy!

  30. baru2 nie saya accidently menonton Nora Elena di TV3, jalan ceritanya mmg interesting sampai I nak tau apa synopsis cerita yg sebenarnya! tapi lepas baca blog nie saya mesti dapatkn buku ‘Kasih Yang Suci’.. Thank u Izzie, your blog got me in da mood to read the novel!!!!!

    • thanks haema.. don’t mention it.. of coz i nak share a very good book for others to read..
      oh yes, there’s a link kalau nak baca online. one of the readers ada share the link here in my blog kat komen. do check it out ya!
      happy reading!

  31. i dah puas cari link untuk baca buku tu sbb tak sabar nak tunggu pergi bookshop tapi all da web yg i vist ada a few page in between not in preview.. link nie full book ke?

  32. there’s a book – cinta 365 hari… d chinese guy (superbiker babe!) minat kat malay gal… by noorzailina nordin kot… citer ni pun best n sweet…

    izzie, sori la i nk tumpang blog u nk promo some titles yg i rasa kaki2 novel wud enjoy baca… (1) pergilah air mata by hanni ramsul (2) sehangat asmara by aisya sofea (3) bicara hati by damya hana… n lots more la actually but these 3, other than kasih yg suci, mmg worth reading 15x!

  33. luckily i hv both nora elena & kasih yg suci in my safekeeping… akan melayan both sampe sangap tahap cipan (ntah bila la tu sbb both tk pnh wat i sangap!)

  34. Izzie, I read a novel yesterday – sayangku merajuk. OMG, dia mention d hero muka ala2 Aaron aziz! Maklumlah hero citer tu mualaf. Dan2 la I sengih sorg2 baca novel tu. Sib baik dlm bilik, en hubby tgh lyn DVD kt bwh

  35. Best la, tp tkleh lwn KYS. When u read it, mesti teringat skrip drama nora elena. Then again, u’ll be mad at the heroin as well becoz hero tu sgtlah baik, mcm abg seth tan gak. Well, hero pun non-malay, mcm abg seth tan gak hahahahahahaha

    • saya ni kan…memang mudah benar cairnya kalau mai tang non-malay guy ni
      isk isk isk
      nanti akan diusahakan pencarian di MPH
      banyak sungguh nak novel dalam list kena baca ni… hmmmmmm

  36. pastu bila sumer novel turns into drama, n heronya aaron aziz, sumer drooling tk hengat punye hahahahahahahahaha well wat to do… he’s a great actor kan? can’t blame him for having such talent

  37. EERRMMM….pas tgk citer ni….hero yg charming…sabar…tabah…Seth tan…how I wish….I miss that someone…..mmg best sgt citer ni….pai angau di buatnya…ffoooyyoohh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s