Teater Muzikal Tun Mahathir

Pergilah segala hamba sahaya ke Istana Budaya kelmarin untuk menonton Teater Muzikal Tun Mahathir. Secara terus-terangnya, memang perasaan tidak begitu teruja bilamana pendukung watak utama iaitu Esma Daniel, Zizan Nin dan Erra Fazira diwar-warkan.

Bolehkah anak kelahiran Perak membawa watak seorang tokoh terulung yang berasal dari Kedah?

Perginya bersama-sama Teacher Shy. Excited sungguh beliau nak pergi menonton bersama-sama saya. Sedangkan saya pula..

Di perkarangan Panggung Sari, ada pameran berkenaan Tun Mahathir. Tentang sejarah hidupnya, pencapaiannya, koleksi peribadinya, dan juga beberapa replika dan dokumen berkenaan dengan beliau.

Kisah hidup Tun dibahagikan kepada 3 peringkat; zaman kanak-kanak, zaman remaja, dan zaman dewasa.

.

Zaman Kanak-Kanak

Zaman kanak-kanaknya diceritakan bermula dari hari kelahiran beliau. Terkesima sebentar kerana Jalaludin Hassan memegang watak sebagai ayah kepada Tun. Begitu berkarisma walaupun usia menganjak tua.

Jelas diceritakan dalam pementasan ini yang Tun merupakan anak yang bijak dan suka belajar sejak kecil lagi dan gemar membaca tidak kira masa.

Lakonan pelakon kanak-kanak yang membawa watak Che Det ini begitu cilik sekali. Juga pelakon kanak-kanak yang lain.

.

Zaman Remaja

Zizan Nin membawa watak Tun semasa beliau remaja. Senyum lebar orang yang duduk di kiri dan kanan saya. Maklumlah..tempat duduk kami di di tengah-tengah, betul-betul di hadapan pentas. Memang jelas kelihatan tiap pelakon di atas pentas.

Sampai bulu kaki Zizan Nin pun boleh kira ;)

Dalam babak ini, fokus tertumpu kepada Tun yang melaluinya kehidupan di zaman penjajah. Walaupun beliau masih bersekolah tetapi Tun merupakan seorang pemuda yang berani memperjuangkan hak-hak Melayu apabila British memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak kerakyatan kepada semua berdasarkan konsep Jus Soli, juga menidakkan kuasa Sultan. Beliau begitu lantang menentang penjajahan di Tanah Melayu. Di sinilah bermulanya penglibatan Tun dalam arena politik.

Dan apabila beliau melanjutkan pelajarannya di Kolej King Edward VII (Singapura), di sinilah bermulanya bibit-bibit percintaan beliau dengan Tun Siti Hasmah yang wataknya dipegang oleh Erra Fazira.

Oleh kerana kedudukan yang dekat dengan pentas itu, asal Erra keluar je..semerbak bau wangi. Wangi sungguh! Dan Erra adalah sangat chantek. Putih mulus, kurus dan tinggi. Pakai pulak kebaya dengan kain sarong berbelah di tengah. Walllllllaaaaahhhhhh wehhhhhhhh…gebu gebu gebu!!

Oh, zaman remaja ni memang banyak sekali babak nyanyian. Dan kesemua babak nyanyian dalam persembahan ini adalah dirakam terlebih dahulu lagu-lagunya.

Zaman remaja Tun lebih menghiburkan dan berwarna-warni berbanding zaman dewasanya yang lebih serius.

.

Zaman Dewasa

Di sinilah transformasi watak yang tidak diingini itu!! Terus jatuh merudum tahap kegedikan masing-masing bila Esma Daniel dah naik pentas. Hahahahaha.

Peralihan babak ini selari dengan perubahan hidup Tun di ketika itu. Di sini banyak sekali menceritakan kisah hidup Tun yang sudah mula berkecimpung dengan serius dalam arena politik dan UMNO. Daripada bermulanya beliau menyertai UMNO di peringkat negeri Kedah, membawa kepada perlantikannya dalam MAGERAN, dilantik sebagai Menteri Pelajaran, kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya sebagai Perdana Menteri.

Dan ada satu babak nyanyian yang tentang 3 bekas Timbalan Menteri beliau iaitu Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim. Dalam suatu rangkap lagu yang dinyanyikan oleh watak Anwar Ibrahim yang agak menarik perhatian saya

Pandai mengarang bunga,

Bijak juga karang seloka.

Dan babak yang paling menyentuh hati ialah apabila ditayangkan di layar putih, hari di mana Tun mengumumkan perletakan jawatan beliau dalam semua jawatan yang beliau sandang.

Saya masih ingat, pada hari sebenar Tun membuat pengumuman ini..saya menangis.

Diteruskan dengan babak luahan hati Tun dengan keputusannya meletakkan jawatan. Walau dipujuk oleh Tun Siti Hasmah, namun Tun masih tetap dengan pendiriannya.

Begitulah kisah perjalanan hidup seorang insan yang bernama Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Dari segi pambawaan watak, saya lihat Esma Daniel punya kelebihan. Hal ini adalah kerana, beliau berjaya meniru aksi Tun! Cara jalan, cara berdiri, cara Tun bercakap..memang nampak sama. Terutama sekali dalam babak Tun ditemuramah oleh Misha Omar yang memegang watak pengacara bersempena 100 Hari bersama Dr. M yang pada ketika itu menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Gaya pertuturan Tun yang begitu lembut dan teratur, dan ayat-ayat yang selalu Tun ucapkan seperti;

“Tak paaaa..”

“Apa namaaa..”

dilakonkan dengan baik sekali. Mungkin suatu kelebihan kepada Esma Daniel kerana bahan seperti video-video temuramah, ucapan daripada Tun dapat dijadikan sebagai bahan rujukan. Dari situ, sedikit sebanyak gaya Tun dapat diangkat ke pentas dengan berkesan.

Dan tak keterlaluan rasanya kalau saya mengatakan, wajah Esma Daniel ada iras-iras dengan Tun apabila beliau memakai cermin mata.

Lain halnya dengan watak Tun di zaman remajanya. Tak begitu banyak persamaan yang saya nampak dengan watak Tun pada hari ini berbanding dengan watak yang dibawa oleh Zizan. Walaupun demikian, loghat Kedah Zizan adalah lebih baik berbanding Esma. Kadangkala, lontaran dialog Esma saya dengar tenggelam timbul dan tidak begitu jelas.

Erra? Kenapa saya macham nampak Elly Mazlein sesuai pegang watak Tun Siti Hasmah, ya? Mungkin impak daripada lakonannya dalam Sri Mersing. Tapi pada saya, lakonan Erra biasa-biasa sahaja. Tidak memberikan banyak kesan kepada saya.

Barisan pelakon pembantu

.

Plot digarap dengan baik. Cuma ada beberapa babak yang saya tak paham kepentingannya. Seperti babak di mana Tun menaiki kapal buatannya sendiri bersama-sama keluarganya. Ya, mungkin mahu menunjukkan minat dan kejayaan Tun sebagai individu pertama yang menghasilkan kapal dengan fiber glass dan kayu tetapi saya masih tak faham kenapa babak itu perlu dimasukkan sekali.

Oleh kerana terlalu banyak plot dan babak yang ingin dipersembahkan, maka banyaklah pertukaran babak di atas pentas. Jenuh jugak sebab tiap kali kena tunggu peralihan babak ke babak tu yang lebih daripada 5 saat setiap peralihan.

Jangan ingat loghat Utara ni mudah ya. Kalau tak berlatih betul-betul, memang bunyik tu akan jadik lain. Bukan setakat menukarkan setiap perkataan dengan bunyi ‘-aa’ atau tukar setiap perkataan dengan huruf ‘Q’ di hujungnya.

Suara Misha Omar menyanyikan lagu terakhir di hujung pementasan sangat mendayu. Orangnya kecik sahaja tapi suaranya ‘besar’ sekali.

Saya berpuas hati dengan pementasan teater kali ini. Bukan senang untuk mengangkat kisah perjalanan hidup seorang tokoh disegani ke pentas teater. Mungkin lebih senang menjadikannya sebagai dokumentari tetapi untuk mengolah dan mempersembahkan kepada umum, suatu kerja yang begitu mencabar.

Para hadirin yang hadir juga tidak menghampakan. Panggung Sari penuh. Ramai warga emas yang turut hadir.

Teater Muzikal Tun Mahathir akan dipanjangkan tempoh pementasannya sehingga 9 Oktober. Pergilah menonton.

Hayatilah Hayati pengorbanan dan sumbangan yang telah Tun Mahathir berikan kepada Malaysia. Selagi ada hayatnya, hormatilah dan kenanglah jasanya kepada negara. Jangan nanti bila beliau pulang kepada Pencipta-Nya, baru nak meratap hiba. Sedangkan semasa hidupnya, beliau dicerca.

Tapi itulah Malaysia.. Menghargai bila telah tiada.

About these ads

12 thoughts on “Teater Muzikal Tun Mahathir

    • yeap he is..
      beliau tiada ganti
      donia tak kenal malaysia, tak tau malaysia kat mana
      tapi bila sebut nama Dr. Mahathir, depa tau.. tsk
      a great leader..Dr.M

  1. aku pun ingat lagi masa kes Tun nak letak jawatan tu. dah la masa tu live kan? ada apa entah blablabla. semua sedih weh dlm rumah tu(aku kat kg). mcm berkabung apa dah.

    anyway,aku rasa depa pilih Esma sebab muka ala2 nak iras kot. aiseeeyy jeles nyaaaa hang selalu tgk teater! aku x penah seumur hidup hoi!!! :(( sumpah teringin gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

    • owh, masa dia buat pengumuman perletakan jawatan tu masa perhimpunan tahunan UMNO kat PWTC. memang sedih weh! rasa macham malaysia akan hancuq kalau pemimpin lain ganti dia.. tengok lah sekarang malaysia jadik lagu mana *sigh*

      dah minat weeda..tu pasai ako gigih pi tengok. kalo hang turun kl tu, boleh haih nak singgah IB. jom, nanti ako belanja hang tengok teater mau?

  2. Salam. Terima kasih atas kunjungan anda ke MTM. Terima kasih atas puji-pujian. Terima kasih atas saranan. Terima kasih kerana menyedarkan bangsa dan jiwa kita peri pentingnya menyintai manusia yang berbudi kepada kita ketika hayatnya masih ada.
    Terima Kasih atas segala-galanya.
    -Penerbit MTM

  3. Pingback: Teater Muzikal Tun Mahathir II « i.Z.Z.i.e

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s