Mendengarkan berita yang disampaikan di corong radio semalam yang tidak begitu jelas, lantas aku meng-Google mengenai berita yang samar-samar itu.
Benarlah, seorang pelajar meninggal dunia di universiti yang pernah ako mencari ilmu selama 3 tahun. Benar telahanku, kejadian berlaku di kolej yang pernah ako diami. (Baca dengan lebih lanjut).
Punca kematian arwah masih lagi belum dapat diketahui. Namun aku berharap tiada unsur-unsur jenayah dalam kejadian itu. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.
Kepada rakan-rakan yang mendiami KPZ, diharap kejadian ini tidak melemahkan semangat kalian untuk terus menginap di situ.
P/s: Baru sahaja melangkahkan kaki ke pejabat (wah..skematiknya saya!) pagi ni selepas bercuti pada Jumaat dan menjalani kursus pada hari semalam dan kelmarin, sudah ditegur “nampak gemuk” oleh Kak Maz (-_+”).