RSS

comfort food

Kalau pulang ke Penang, tak sah kalau takde senarai makanan yang hendak dimakan. Sampaikan seminggu coti, badan boleh jadik macham tong dram. Tembun macham dipam-pam. Itulah dianya kalau dapat makan masakan dari air tangan mak. Terasa sampai ke perut.

Yang ni bukan Mak yang buat. Ini Cendol Penang Road yang wajib pekena semangkuk kalo pi Penang. Nikmat makan di kala tengah hari panas tu memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Inzal! Eh.

Sebagai seorang penggemar labu tegar, adalah mustahil untuk tidak merengek-rengek kat Mak mintak dibuatkan Sekaya Labu. Mudah je nak buat.

Tebuk bahagian atas sebijik labu yang saiz kecik. Bersihkan dan keluarkan bijik-bijik labu tu. Kalau rajin, bijik labu tu boleh goreng buat kuaci. Ketepikan.

Resepi sekaya pandan tu lu orang boleh gugel kat mana-mana pun. Sama je kaedahnya. Telur, gula, santan, daun pandan, pewarna hijau. Kalau taknak cair sangat, buh sikit tepung gandum. Dah siap, curah je dalam labu yang dah ditebuk tupai tadi.

Sebelum nak kukus, pastikan balut dengan aluminium foil dulu. Kalau tidak, labu tu nanti pecah. Kukus dalam 30 minit. Siap sedia dengan sudu dan tisu. Sudu untuk suap labu, tisu untuk lap air mata. Maklomlah, sedap melampau tahap nanges air mata kegumbiraan!

Laksa Kerabu. Sama je macham Laksam tapi Mak guna mi lidi (orang belah Pantai Timur sure tau mi ni). Makan sepinggan sahaja adalah mustahil. Cikai-cikai tiga pinggan sekali makan. Kemudian diulang selang 4 jam.

Ubi kayu rebus + kelapa parut + sambal tumis. Ubi kayu panas yang maha empuk. Kelapa parut yang lemak-lemak masin. Cicah dengan sambal tumis yang extra bawang potong. Makan pulak di kala petang ketika hujan. WIN RAR!

Motif tepek gambor makanan besor-besor? Saja. Dengki. Nak kasik lu orang kecor ayor lior *evil grin*.

 
1 Comment

Posted by on May 29, 2012 in Food & Cuisine

 

Tags: , , , ,

I don’t belong here. I belong in your world, at Hogwarts.

Makanya, genaplah sepurnama sudah kehilangan gua di donia maya. Eh, tidaklah hilang mana pun. Kat belog ni je yang tenggelam timbul. Medium lain masih lagik aktif dan bernyawa.

Salam wahai kalian semua. Ada yang merindui gua, si pacal yang hina?

Sudah gua bilang, April terlalu nakal. Terlalu banyak perasaan yang sengaja dimain-mainkan. Tatkala gua mengharapkan kehadiran bulan Mei sebagai sinar baru, tidak juga datangnya sebagai penyelamat. Masih lagi nakal, masih lagi mahu menduga hati dan perasaan. Masih lagi mahu menduga sejauh mana tahap kesabaran dan iman di jiwa.

Walaupun sebenarnya, sabar dan iman di dada itu tidaklah setebal mana. Hanyalah senipis kulit bawang.

Penat. Penat memujuk hati dan perasaan sendiri. Kepada teman yang sering dijadikan tempat mengadu nasib, sudah tentu kalian sedar betapa gua yang kerdil ini sudah hampir berputus harap. Sudah tak termampu untuk menangkis tiap dugaan itu.

Tuhan itu Maha Adil. Tiap ujian yang diberikan, adalah mengikut kemampuan setiap hamba-Nya. Dia menguji kerna Dia mengasihani hambanya. Supaya hambanya itu ingat akan pencipta-Nya, supaya hambanya itu mengadu kepada-Nya, dan berdoa serta merayu-rayu kepada-Nya.

Dan pengalaman itulah yang mendewasakan. Benar, payah benar untuk ditelan. Terasa tersekat di kerongkong. Nak ditelan, pahit. Nak diluah, sakit. Apa yang mampu gua lakukan hanyalah bertahan. Kerna gua pasti, pahit akan manis akhirnya.

Walaupun seringkali benar, kemanisan itu hanyalah sedetik cuma kalau nak dibandingkan dengan kepahitan yang membelenggu setiap masa. Sudah gua katakan, Tuhan itu Maha Adil. Kalau manis sepanjang masa, nanti kencing manis pula. Ye dok? Nanti lupa diri pula. Ye dok? Nanti bila rasa susah sekali-sekala, nak terjun jambatan pula. Ye dok?

Buat masa ini, boleh jua gua katakan yang gua temui sekelumit ketenangan itu. Ketenangan yang dicari-cari selama ini. Terasa seperti bernyawa kembali. Dan gua pasti, segalanya terserlah di wajah ini.

Terasa diri ini bebas dari belenggu yang begitu menyesakkan. Kaki yang terantai dan digelangi dengan kebobrokan terurai sama sekali. Memang begitu sukarnya untuk membuat keputusan. Apatah lagi apabila berada dalam zon selesa. Sukar untuk keluar dari situ untuk bermula semula dari sifar. Khuatir dengan pelbagai kesan yang akan dihadapi di hari mendatang.

Alhamdulillah. Masih ada sinar harapan untuk sebuah penghidupan. Gua harap, inilah platform yang betul untuk gua sampai ke Hogwarts. Gua harap, inilah dia Platform 9 3/4 yang gua cari selama ini.

Kuntuman bunga sebagai penyeri di kamar yang menjadi donia kecil gua. Kini. Akhirnya.

 
1 Comment

Posted by on May 28, 2012 in Storie-Morie, Things to Ponder

 

Tags: , , , ,

Gua budak baru belajar

10 minit berteleku di hadapan keyboard, fikiran seolah-olah kosong dalam mencari bait-bait kata sebagai pembuka bicara.

Oh, betapa gua rindukan ruangan ini. Ruangan yang kerap kali mendengar tiap nukilan. Rasa macham terlalu lama tak menulis. Terlalu lama tak menjengah ke sini.

Apa khabar mu di sana?

Gua bukan jenis rajin yang blog-hopping. Ada tak ada, gua baca beberapa belog yang memang dah menjadi rutin. Tapi skang ni pun akibat kekangan masa yang melampau, belog-belog otai yang dah jadik rutin pun dah lama tak dijengah.

Tapi beberapa hari lepas, gua terjumpa satu belog. Keterujaan kali pertama membaca belog yang baru, belog yang masih lagi coba bertatih seperti gua, yang belum pernah gua baca adalah sangat memuncak. Macham mana gua nak gambarkan eh? Macham, mula-mula nak kenal.

Berkenalan melalui pembacaan adalah sangat berbeda. Yang boleh menjadi tarikan adalah cara penulisan. Lain kalau kita jumpa secara berdepan. Body language, nada suara dan riak muka dapat dilihat dengan nyata. Namun di alam maya, itu semua tiada.

Tidak. Anggap sahaja ini lahir daripada kata-kata seorang pembaca. Gua tidak bandingkan cara penulisan gua dengan penulis belog tersebut. Masing-masing punya identiti sendiri.

Ya benar, cara penulisan adalah paling penting. Bila baca belog otai, kita memang tau itu cara dia menulis. Tapi sekarang banyak benar belog-belog muncul. Ada jugak yang coba untuk menulis seperti ‘orang lama’ atau blogger lain. Jangan!

Tulis dengan gaya sendiri. Tak perlu untuk ikut sesiapa. Kerna dari situ secara tidak langsung akan menciptakan gaya penulisan yang tersendiri, yang punya identiti. Selama mana sangatlah kita mampu nak ikut gaya orang tertentu?

Dan tanpa kita sedar, dari situlah kita akan mampu menarik minat dan perhatian pembaca. Dengan cara kita sendiri, bukan kerna meniru gaya bahasa orang lain.

Semalam gua terdetik untuk melihat semula penulisan di belog sendiri.

Masya-Allah *urut dada sendiri*

Tatau nak ulas bagaimana. Rasa termalu sendiri pun ada bila dibaca semula entries yang lama. Mana tidaknya, rasa seperti orang tidak waras akalnya pun ada, ataupun terlalu beremosi jua. Tetapi itulah perasaan yang dirasakan ketika itu, yang hanya mampu diluahkan melalui bait-bait kata.

Itu yang gua rasa. Tatau kalian pulak bagaimana? Muntah hijau barangkali? Ataupun menjulingkan bola mata?

Sebelum gua tinggalkan kalian untuk suatu jangkamasa yang sukar untuk ditentukan, gua tinggalkan dengan senarai yang perlu gua makan. Ya, to-eat list. Akan gua laksanakan sewaktu pulangnya ke pangkuan bonda. Tee-hee.

 
2 Comments

Posted by on April 24, 2012 in Self-Conscious

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 150 other followers